Sunday 10 October 2010

ROSIDI A128223 LJ11

                   Assalamualaikum,salam sejahtera dan salam 1 malaysia di ucapkan kepada pensyarah saya iaitu Encik Zambri,dan rakan-rakan sekalian.Hari berganti hari,minggu berganti mingggu tanpa kita sedari kita telah hampir pada akhir semester,dan juga peperiksaan akhir yang akan berlansung dalam bulan ini juga.Saya rasa amat tertekan semester ini kerana walaupun peperiksaan hampir tiba,namun tugasan masih lagi banyak yang perlu di siapkan,tambahan pula semester ini tidak mempunyai minggu mengulangkaji.Namun begitu,saya berusaha menyiapkan semua tugasan yang telah di beri.

 

 

                     Tajuk kuliah pada kali ini adalah mengenai pengurusan emosi dari aspek individu dan keluarga. Setiap kita menpunyai keluarga,keluarga merupakan segalanya bagi kita.Keadaan dalam keluarga itu dapat mempengaruhi emosi seseorang,contohnya jika keluarga bahagia,kehidupan seseorang menjadi lebih bermakna,menjadikan seseorang gembira,tenang,dan sebagainya. Oleh itu,terdapat pelbagi cara bagi menjadikan sesuatu keluarga itu bahagia,seperti perasaan cinta,seseorang yang kahwin atas perasaan cinta yang suci,tulus,jujur,dan ikhlas lebih bahagia,contohnya seperti perkahwinan Rasulullah S.A.W dengan isteri baginda Siti khadijah berkekalan hingga akhir hajat,sepanjang perkahwinan mereka,mereka hidup dengan bahagia dengan penuh perasaan cinta antara satu sama lain.Kasih sayang merupakan pegikat dalam rumah tangga,kasih sayang antara satu sama lain menjadikan sesebuah keluarga itu berdiri teguh dan bahagia.Namun begitu,kita sebagai manusia tidak terlepas daripada masalah,emosi yang wujud dalam seseorang ahli keluarga hendaklah di urusan,dan diselesaikan dengan baik.Hal ini jika tidak diuruskan dengan baik akan menyebabkan berlakunya keretakan dalam rumah tangga.Contohnya terdapat sepasang suami isteri di kampong saya selalu bergaduh,setiap kali bergaduh mereka akan mencarut,memaki hamun antara satu sama lain tanpa mengendahkan orang sekeliling,di sebabkan keretakan rumah tangga ,anak sulong kurang balik rumah,beliau tidur di rumah kawan untuk menenang fikiran. Sepatutnya mereka berbincang secara baik tentang masalah yang dihadapi,hal kerana ianya dapat mempengaruhi kehidupan anak-anak. Setiap masalah yang dihadapi hendaklah di bawa berbincang agar dapat diselesaikan dengan baik.Jika sesebuah keluarga itu hidup dengan aman,bahagia ini akan memberi kebaikan kepada kehidupan anak-anak.

 

                      Selain pengurusan emosi dalam keluarga,pengurusan emosi di tempat kerja juga amat penting. Seseorang akan berasa tertekan apabila berada di tempat kerja,kerana banyak kerja yang perlu di lakukan dan mungkin terdapat masalah yang dihadapi.Oleh itu memerlukan pengurusan emosi yang amat baik. Emosi memainkan peranan penting dalam membuat keputusan selain daripada penerimaan mesej daripada pihak pengurusan. Emosi dapat mempengaruhi seseorang.Apabila seseorang itu mengalami emosi,contohnya emosi negative akan menjadikan kita membuat keputusan terburu-buru tanpa memikirkan kesan dan akibatnya.Sebaliknya jika emosi seseorang positif membolehkan seseorang itu menjalankan aktiviti kerja,membuat keputusan dengan baik.Jika emosi berada dalam keadaan tidak terkawal mungkin akan mewujudkan pelbagai masalah,dan akan merosakkan prestasi kerja seseorang.Contohnya,selepas SPM dahulu,saya bekerja di sebuah kedai makan,pada suatu hari salah seorang pekerja di kedai itu datang lewat tapi terus dipecat oleh pemilik kedai tersebut.Saya rasa keputusan itu dibuat ketika beliau berada dalam emosi negatif,hal ini kerana sepanjang hari tersebut muka bekas majikan saya itu sungguh masam,tidak seperti hari-hari biasa. Tambah pula,pekerja yang dipecat tersebut adalah seorang pekerja yang rajin,dan beliau menpunyai alasan yang kukuh mengapa beliau datang kerja lewat.

 


No comments:

Post a Comment