Saturday 16 October 2010

Lj 12 A128223 ROSIDI

                   Assalamualaikum,salam sejahtera dan salam satu Malaysia di ucapakan kepada pensyarah saya iaitu En Zamri dan kawan-kawan yang di kasihi sekalian. Tanpa kita sedari masa telah berlalu dengan pantas,dan peperiksaan akhir semester akan bermula tidak lama lagi,saya berasa sedih kerana kuliah subjek pengurusan emosi ini semakin menhampiri penghujungnya,mungkin selepas ini saya tidak akan lagi berpeluang untuk mempelajari subjek pengurusan emosi ini. Namun begitu,ilmu yang saya dapat daripada kursus ini akan saya gunakan dengan sebaik mungkin.

 

 

                     Tajuk kuliah yang telah di kuliah oleh Encik Zambri pada minggu ini adalah mengenai emosi ditempat kerja,pengurusan emosi yang baik khususnya di tempat kerja amat penting bagi seseorang,hal ini kerana emosi dapat mempegaruhi prestasi kerja seseorang.Selain itu ia juga dapat mempengaruhi seseorang itu membuat sesuatu keputusan.Sesuatu masalah tidak dapat diselesaikan dengan baik jika seseorang individu itu berada dalam keadaan marah,bahkan dapat menjadikan sesuatu perkara atau masalah itu lebih teruk dan rumit.Sebagai contoh pada suatu hari kawan saya bergaduh dengan seseorang,saya tengok muka dia masam,lalu saya tegur dia dan tanya kenapa beliau kelihatan marah,lalu tanpa di sangka-sangka dia memarahi saya sedangkan dia merupakan kawan baik saya,selama ini dia tidak pernah marah pada saya.Di sini saya dapat lihat bahawa emosi telah menguasai beliau,emosi marah tersebut telah menyebabkan beliau membuat keputusan yang tidak rasional.Sepatutnya beliau berfikir positif,rasional dalam membuat sebarang keputusan.Terdapat beberapa konsep yang berkaitan dengan pengurusan emosi,seperti Teori kerjaya Holland,Personaliti type A dan type B,dan seterusnya adalah penggunaan emosi dalam tugasan harian yang dikenali sebagai Emotional Labour,dan budaya kerja di Malaysia.Bagi personaliti type A dan B adalah berbeza antara satu sama lain,dimana Type A adalah individu yang gemar melakukan kerja dengan pantas,membuat dua kerja dalam satu masa,mereka juga menilai kejayaan diri berdasarkan setakat mana mereka meyempurnakan sesuatu kerja dan mereka juga taksub dengan nombor.Pada pandangan saya,personaliti type A adalah meyamai personaliti diri saya,yakni saya akan melakukan tugasan yang diberi dengan bersungguh,dan akan menyiapkannya,tanpa megira masa yang di ambil,manakala Jenis B pula, adalah individu yang tidak merasakan perlu berdasarkan desakan kerja, contohnya menganggap bersukan sebagai kegiatan riadah, bukan sebagai satu cara untuk mempamerkan kehebatan diri. Contohnya Saya menpunyai mempunyai seorang kawan yang mempunyai ciri-ciri jenis B ini,beliau selalu bermain beliau juga beranggap bahawa bermain bola itu hanyalah beriadah,padahal beliau begitu hebat bermain bola,dengan mewakili pelbagai pasukan.

 

 

                     Emotional Labour pula ,adalah keadaan di mana seseorang pekerja itu menjalankan kerja dengan menggunakan emosi.  Sebagai contoh, sebagai pramugari. Mereka yang mempunyai profesion ini, mesti tersenyum walaupun pada waktu itu mereka merasa sedih atau marah.  Selain itu, kaunselor juga adalah antara pekerjaan yang memerlukan emosi semasa menjalankan pekerjaannya.  Kaunselor haruslah pandai menguruskan emosi dirinya agar kelihatan sentiasa ceria dan bersemangat ketika menerima pelanggan. Hal ini kerana,mereka harus sentiasa menunjukan emosi yang baik walaupun berada dalam emosi negatif demi memberi layanan yang terbaik kepada pelanggang. Emotional Labour kepada dua iaitu, Surface Acting dan Deep Acting. Surface acting adalah di mana seseorang pekerja  itu memaksa dirinya untuk tersenyum walaupun mereka tidak gembira.  Deep acting pula adalah di mana staff itu berusaha untuk melahirkan perasaan yang dikehendaki oleh tuntutan profesyennya.

 

 

                   Saya akan menggunakan ilmu yang diperolehi daripada kursus ini dengan sebaik mungkin,dengan mengamalkannya dalam kehidupan seharian saya,Hal ini kerana pengurusan emosi yang baik amat penting bagi seseorang individu terutama kepada pelajar dan pekerja.Pengurusan emosi yang baik dapat menjadikan hidup kita lebih teratur dan damai.

 

SEKIAN…WASSALAM..

 


No comments:

Post a Comment