Friday 8 October 2010

Fw: A129013 Arfa Rina LJ12



Salam satu Malaysia!semakin hamper dengan peperiksaan semakin terganggu emosi.tapi itu bukanlah tajuk yang ingin dibincangkan. Tajuk minggu ini adalah emosi di tempat kerja dan keluarga.Emosi memainkan peranan penting dalam perhubungan kita dalam kehidupan seharian.bagaimana kita menguruskan emosi kita adalah mencorakkan kehidupan harian kita. Contohnya,apabila seseorang yang kehilangan orang tersayang. Dia boleh memilih kehidupan yang bagaimana selepas itu, samada sentiasa sedih dan rasa bersalah atas kehilangan atau meneruskan kehidupan dengan baik tapi tidak melupakan orang tersayang yang telah tiada. Dalam perhubungan,terdapat dua domain yang menjadi teras iaitu, hubungan di tempat kerja dan organisasi dan hubungan di peringkat keluarga dan masyarakat.


Hubungan di tempat kerja adalah tuntutan professional yang seharusnya seorang pekerja mahupun majikan kuasai dengan baik. Di tempat kerja, emosi harus dikawal agar kerja dan hubungan dengan orang lain sentiasa dapat dijaga.contohnya,katakana cik aminah (bukan nama sebenar) adalah seorang pekerja yang bagus tetapi dia suka menjaga tepi kain orang.semua hal orang termasuklah peribadi diambil tahu.dipendekkan cerita,dia ini suka mengumpat dan senang bocorkan rahsia. Walaupun dia adalah pekerja senior disyarikat itu, tetapi ramai orang tidak senang akan sikapnya itu.kebanyakan pekerja lain selalu mengelat dari berborak lama dengan cik Aminah.  Selain itu juga, permasalahan diluar tempat kerja ataupun peribadi, seelok-eloknya tidak dibawa ketempat kerja dan sebaliknya. Senyum dan sentiasa bersikap professional di tempat kerja walaupun sedang resah kerana isteri dirumah sedang merajuk.


"there is three ring in marriage, engagement ring,wedding ring and suffer ring"


Kalau boleh,jangan lalui the suffer ring.amat menyeksakan.oleh itu, bagi menjalani perkahwinan yang bahagia, pilihlah calon yang sebaiknya. harta dan rupa serta nafsu tidak menjamin kebahagiaan sesebuah masjid yang dibina. Jalinlah perhubungan itu dengan kasih sayang. Apabila melalui tempoh alam perkahwinan, suami isteri haruslah pandai mengawal emosi, "ikut rasa binasa, ikut hati mati!". Tidak boleh kedua-duanya ego atau tidak mahu mengalah apabila bergaduh.seharusnya, salah satu pihak beralah.


Peranan domain yang telah diperjelas adalah berasaskan emosi positif dan negative, aplikasi kepintaran emosi, pengurusan rasa marah, perbezaan gender dalam menangani emosi, perspektif budaya tempatan dalam menangani emosi. Perkara- perkara ini telah dibincang dalam kuliah terdahulu dan amat berkait rapat dengan pengurusan emosi dalam masyarakat dan keluarga.

Kajian oleh Ainon Muhammad & Abdullah Hasan telah menunjukkan pelbagai perbezaan pengurusan emosi mengikut gender. Selain itu, kami juga dipaparkan satu emel oleh "Mahadizan Hamzah" mengenai Lunch Time. Secara menyeluruhnya, perempuan adalah lagi cerewet daripada lelaki.


"no wonder women are more complex than men emotionally"


Keluarga adalah kunci kehidupan kita.bagi semua insane, keluarga adalah yang terpenting dalam kehidupan ini. Dalam keluarga lah kita belajar tentang dunia. Konsep keluarga bahagia atau mawaddah warahmah , rumah adalah tempat pelbagai situasi mengandungi pelbagai sumber rangsangan ke atas emosi. Emosi suami, isteri dan anak-anak boleh berubah mengikut situasi di rumah. Conthnya, suami isteri bergaduh dirumah menyebabkan emosi anak-anak terpengaruh menjadikan suasana dirumah kelam dan kusut. Ingin ditegaskan, kebahagiaan rumahtangga terletak kepada keharmonian. Selain itu juga, gunakan bahasa komunikasi verbal bukan verbal yang sesuai. Bahasa badan mestilah selaras dengan bahasa yang dituturkan. Nada haruslah seiringan.


to guys~

"the strength of a man isn't in the deep tone of voice but in his whisper to you"


to ladies~

"the beauty of a woman is not in a facial mole, but in her reflected soul"


Sekian. ^^



No comments:

Post a Comment