Friday 8 October 2010

A135584 Qurratu Aini LJ11

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Kita  mulakan perbincangan kali ini dengan kata-kata ini :


"The sign of an intelligent people is their ability to control emotions by the application of 

reasons" (Marya Mannes).


Kata-kata di atas sangat berkait dengan tajuk kuliyah pada minggu ini. Tajuk ini lebih kepada aplikasi pengurusan emosi iaitu mengurus emosi di  kalangan keluarga dan masyarakat. Pertama, mari kita bagaimana membentuk keluarga yang bahagia. Antaranya ialah cara-cara menangani emosi  dalam keluarga dan panduan kearah kebahagiaan keluarga. Apakah itu keluarga bahagia? Mengikut kajian Hasnan Kasan,keluarga bahagia adalah keluarga yang dibina atas suatu ikatan perkahwinan yang amat kuat dan mesra unutk tolong menolong, berkasih saying, bahagia membahgiakan dan damai mendamaikan antara satu sama lain.


Kita ambil contoh daripada Baginda junjungan, Rasulullah SAW. Ketika Baginda berkahwin dengan Siti Khadijah, Baginda merupakan suami yang cukup baik dan harus diteladani oleh semua manusia. Walaupun Baginda sibuk dengan pentadbiran Negara dan menjalankan dakwah ke seluruh pelusuk Arab, Baginda tetap saja menolong Siti Khadijah melakukan kerja-kerja rumah. Siti Kadijah pula menjadi isteri contoh. Beliau sentiasa menyokong dan meyediakan keperluan Nabi tidak kira samada semasa di rumah, malah ketika menguruskan pentadbiran Negara sekalipun.  Beliau juga cukup memahami Baginda dan member kasih sayang yang tiada penghujungnya.


Saya juga pernah terbaca mengenai seoarang suami yang sanggup menjaga rumah dan anak-anak untuk memberipeluang kepada isteri untuk mengembangkan kerjayanya di luar Negara. Saya tertarik dengan kata-kata beliau iaitu " Saya yang menyuruh isteri saya pergi kerana peluang untuknya sudah ada di depan mata , lagipun inilah masanya saya membuktikan dan mempamerkan kasih sayang saya pada anak-anak." (Mingguan Wanita )


Contoh-contoh inilah yang wajar diikuti oleh setiap pasangan untuk membentuk keluarga yang harmoni. Daripada keluarga yang bahagia inilah, kita dapat melahirkan anak-anak yang soleh dan mewujudkan masyarakat yang aman dan sentosa.

Suami, isteri dan anak-anak perlu bijak menangani emosi. Jika terlalu banyak emosi negatif timbul di rumah, rumahtangga akan menjadi medan perbalahan. Ini kerana situasi di rumah merupakan situasi yang mengandungi pelbagai sumber ransangan ke atas emosi. Jadi, berhati-hati lah.


Kita pindah pula bagaimana mengurus emosi dalam masyarakat.  Emosi sangat penting untuk dikawal kerana dengan emosilah akan membentuk perhubungan itu samada perhubungan yang baik atau tidak. Seringkali kita mendengar bahawa khususnya orang Melayu saling dengki antara satu sama lain. Kaum lain juga begitu, tapi saya fokuskan orang Melayu di sini kerana terdapat pengalaman-pengalaman yang melibatkan orang Melayu. Ibu saya mempunyai seorang rakan yang hampir-hampir bercerai dengan suaminya. Beliau sering menceritakan kepada ibu saya bahawa beliau dan pasangan kerap bertengkar dan apabila beliau pulang ke rumah, beliau selalu merasakan 'panasnya' duduk di rumah itu. Setelah diselidiki, rupa-rupanya kawan baik beliau sendiri 'meletakkan benda' di bawah katil mereka supaya mereka bercerai. Ini kerana kawan baiknya sangat cemburu melihat kebahagiaan mereka.  Berlainan pula dengan kakak saya yang pernah terkena 'santau angin' tapi sebenarnya bukan dituju kepadanya. Kebetulan pula kakak lalu di kawasan itu semasa 'pengahantaran' itu berlaku.Tetapi kakak saya pula yang menderita sakit. Mujur saja sempat diubati, jika tidak kemungkinan yang buruk mungkin berlaku dan saya sama sekali tidak akan memaafkan orang itu. Anda lihat bagaimana perasaan cemburu boleh merosakkan diri bahkan kepada  orang lain yang tidak bersalah dan masyarakat di sekeliling kita.


Jadi, dalam hidup bermasyarakat kita harus mengamalkan sikap toleransi, hormat menghormati dan memupuk kasih sayang sesama insane. Saya tekankan di sini, buang jauh-jauh sikap anda yang dengki, cemburu, sombong dan tidak prihatin jika mahu hidup bermasyarakat. Jika kita menjaga perkara-perkara ini kita juga mendapat manfaat daripada hidup bermasyarakat ini. Saya bagi anda satu situasi, jika rumah kita terbakar atau dirompak, kepada siapa kita mengadu?Semestinya kepada masyarakat di sekeliling kita. Oleh itu, belajarlah hormat-menghormati.


Kesimpulannya, uruslah emosi kita dengan betul supaya kita mendapat manfaat yang sebanyaknya. Saya akhiri dengan dua rangkap pantun yang berbunyi:


Ambilkan saya buah delima,

Masak sebiji di balik daun;

Budi tuan saya terima,

Jadi kenangan bertahun-tahun.

 

Anak dara berkain cukin,

Dari Daik bulan puasa;

Tidak kira kaya miskin,

Asalkan baik budi bahasa.

( http://malay-arts.blogspot.com/2009/10/koleksi-pantun-budi.html)


No comments:

Post a Comment