Friday 1 October 2010

A135584 Qurratu Aini LJ10

Asslamualaikum dan salam sejahtera.

Pada kuliyah kali ini, kami mempelajari tajuk yang cukup mencabar iaitu "Kebijaksanaan Emosi".  Kenapa saya katakan ia mencabar? Ini kerana tidak mudah sebenarnya untuk memahami satu-satu emosi. Adakalanya emosi ini terjadi dari gabungan dua emosi. Oleh itu, pelbagai teori diungkapkan untuk memahami apa sebenarnya emosi ini.
 
Salah satu cara untuk mengekspresikan emosi adalah dengan mimik muka atau "facial expression" . Namun, tidak semua mimik muka dapat kita fahami dengan jelas. Seperti yang saya katakan tadi, mungkin mimik muka tersebut menyatakan maksud yang lain yang mungkin kita tidak dapat tangkap. Jadi banyak kemungkinan yang boleh berlaku semasa proses memahami emosi individu tersebut. Seperti seorang kaunselor, mereka perlu memerhati dengan lebih terperinci mimik muka, pergerakan dan percakapan untuk memahami emosi pelangannya supaya dapat mencari resolusi terbaik. 

Apa yang dimaksudkan oleh kebijaksanaan emosi?Ini yang didedahkan kepada kami dalam kuliyah kelmarin. Kebijaksanaan emosi adalah kebolehan dalam memantau emosi dan perasaan diri sendiri dan orang lain, untuk membezakan dan menggunakan informasi itu untuk membimbing dan perlakuan seseorang. Apa pula pengurusan emosi? Pengurusan emosi merujuk kepada cara-cara individu mengurus dan mempengaruhi perasan dan ekspresi mereka sendiri dan juga cara mereka mempengaruhi perasaan orang lain. 

Selain emosi mempengaruhi ingatan seseorang seperti yang telah dipelajari pada tajuk yang lepas, emosi juga boleh dikaitkan dengan perhatian. Perhatian mempunyai 3 perbezaan proses dimana setiap proses berlaku pada bahgian yang berbeza di "frontal lobes". 3 proses tersebut ialah :
Sistem dimana membantu kita untuk mngekalkan kesediaan untuk bertindak balas.
Sistem dimana menetapkan tindak balas untuk ransangan luar
Sistem di mana membantu kita memilih untuk bertindak balas dengan ransangan yang betul.

Dalam kebijaksanaan emosi terdapat 4 model yang dicipta iaitu Ability Based Model, The Emotional Competencies ( Goleman ) Model, The Bar-On model of Emotional-Social Intelligence (ESI) dan The Trait El Model. 4 model ini secara ringkasnya mengaitkan emosi dengan kebijaksanaan mengawalnya. Ia juga mengaitkan emosi dengan EQ seseorang.  Ability Based Model menekankan 4 jenis kemampuan iaitu mengenalpasti emosi, menggunakan emosi, memahami emosi dan menguruskan emosi. Untuk The Emotional Competencies ( Goleman ) Model, terbahagi kepada 4 iaitu self-awareness ( memahami emosi seseorang dan mengenalpasti impaknya ), self-management ( mengawal emosi seseorang dan menyesuaikan diri beryubah mengikut keadaan ), social awareness ( merasai, memahami dan bertindak mengikut emosi orang lain) dan relationship management ( kebolehan menjadi inspirasi, pengaruh dalam menghadapi konflik). 

Selain itu, terdapat perbezaan antara lelaki dan wanita dalam perkara-perkara yang melibatkan emosi. Wanita lebih mudah mengeksperesikan perasaannya berbanding lelaki tetapi lelaki lebih pintar mengawal dan memantau emosi mereka berbanding wanita. Pendapat ini mungkin terlalu random tetapi kebanyakannya begitu. Sebagai contoh, ketika abang saya terlibat dengan kemalangan, ibu saya terlalu emosional berbanding ayah saya yang lebih menyelesaikan masalah dan  menenangkan keadaan.

Walaubagaimanapun terdapat satu penyakit emosi iaitu Alexithymia . Ia adalah gejala kekosongan emosi. Tanda-tanda penyakit tersebut ialah individu tersebut tidak tahu apakah perasaan yang sedang dialami. Mereka juga tidak dapat menyatakan secara jelas dan terbuka apakah emosi yang mereka alami dan merasakan mereka tiada perasaan marah, suka atau sedih. Mereka juga jarang mengekspresikan perasaan contohnya jarang menangis.  

Sebagai kesimpulan, emosi sangat mudah diuruskan sekiranya kita mengetahui cara-cara mengenalpasti dan mengawal emosi secara efektif. Emosi adalah suatu elemen yang banyak mempengaruhi semasa hayat kita. Jadi gunakan sebaiknya. Saya akhiri dengan kata-kata ini:
"The greatest degree of inner tranquility comes from the development of love and compassion. The more we care for the happiness of others, the greater is our own sense of well-being."- Tenzin Gyatso, 14th Dalai Lamat 



No comments:

Post a Comment