Friday 15 October 2010

A134730 Farzana LJ13

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kuliah terakhir minngu ini bertajuk Emosi di tempat kerja. Kebanyakan individu sering mengalami tekanan di tempat kerja. Hal ini kerana  mereka tidak dapat menyelesaikan tugas mereka dan juga adakalanya tekanan yang diberi oleh pihak atasan. Pihak atasan tidak menyedari bahawa sesetengah tindakan mereka akan mendatangkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan orang bawahan mereka dan seterusnya menyebabkan stress ataupun tekanan.

Terdapat beberapa peranan emosi di tempat kerja. Peranan yang pertama ialah emosi lazimnya mempengaruhi emosi kerja. Apabila seseorang berada dalam emosi yang terkawal, individu tersebut akan melakukan kerjanya dengan baik. Apabila tiada gangguan  maka seseorang akan berasa senang hati melakukan kerjanya. Sebaliknya pula apabila gangguan emosi berlaku, terutamanya dalam kalangan individu yang sukar mengawal emosi, ini akan mempengaruhi prestasi kerjanya. Prestasi kerja akan jatuh merundum.

Peranan yang seterusnya ialah emosi memainkan peranan penting dalam proses membuat keputusan. Keputusan yang dibuat akan dipengaruhi oleh emosi seseorang. Apabila berada dalam emosi yang kurang terkawal, seseorang kebiasaannya akan membuat keputusan tanpa berfikir dan menurut emosi. Selain itu, terdapat kaitan yang rapat antara emosi dan juga motivasi kerja. Emosi juga memainkan peranan dalam penerimaan mesej daripada pengurusan.

Beberapa konsep berkaitan dengan pengurusan emosi di tempat kerja. Konsep yang pertama ialah pemadanan antara personality dengan kerjaya. Ini merupakan teori kerjaya Holland. Selain itu, personality jenis A dan B juga turut berkaitan. Budaya kerja di Malaysia juga salah satu konsep yang berkaitan dalam pengurusan emosi di tempat kerja.

Sekian, terima kasih.


No comments:

Post a Comment