Friday 1 October 2010

A134730 Farzana LJ10

Tajuk kuliah pada minggu ini ialah Kebijaksanaan. Menurut Totterdell, 2000, pengurusan emosi boleh dikonotasikan sebagai cara individu mengurus dan mempengaruhi perasaan dan emosi mereka sendiri dan juga cara mereka mempengaruhi perasaan orang lain. Setelah lebih 2 bulan mengikuti kelas ini, pelbagai fakta tentang emosi yang telah dipelajari. Antaranya ialah emosi dapat dikenalpasti melalui mimik wajah dan juga intonasi suara. Selain itu, sifat emosi juga berubah-ubah mengikut situasi. Adaptation Level Theory pula menerangkan tentang emosi yang boleh berubah dengan cepat.

Kebijaksanaan emosi pula bermaksud kebolehan seseorang mengawal perasaan dan juga emosi orang lain untuk mendiskriminasikan mereka dan juga menggunakan informasi untuk mengawal pemikiran dan tingkahlaku seseorang (Salovey & Mayer, 1990). Terdapat empat komponen dalam model EI (Emotional Intelligence). Model yang pertama ialah Ability-Based Model. Definisi EI melalui model ini ialah mengenalpasti, memahami, dan meggunakan emosi untuk kebaikan diri sendiri. Terdapat empat jenis kemampuan dalam  EQ iaitu mengenalpasti, menggunakan, memahami, dan juga mengurus emosi.

Model yang deterusnya ialah Emotional Competencies. Model ini telah diperkenalkan oleh Daniel Goleman. Terdapat 4 elemen penting dalam model ini. Antaranya ialah pengurusan hubungan. Pengurusan hubungan ialah kebolehan seorang individu untuk mengaspirasikan, mempengaruhi, dan juga membimbing seseorang apabila mengurus sesuatu konflik. Emotional competence (EC) merujuk kepada kebolehan seseorang dalam mengekspresikan dan melepaskan emosinya.

Seterusnya ialah model Bar-On. Seorang ahli fisiologi, dia menakrifkan bahawa kebijaksanaan emosi ialah pemahaman yang efektif tentang seseorang, hubungan yang baik dengan seseorang  dan juga menyesuaikan diri untuk lebih selesa dengan keadaan sekeliling.

 

 

Model yang terakhir ialah Model Trait-El. Model ini telah dicadangkan oleh Petrides dan juga Furnham. Sekian sahaja untuk jurnal kali ini.

 


No comments:

Post a Comment