Friday 1 October 2010

A134606 ting ting LJ10

Sesi perkuliahan minggu ini membincangkan tentang kebijaksanaan emosi ( emotional intelligence) . Objektif pembelajaran kuliah ini adalah untuk memahami bahawa pengurusan emosi memerlukan kebijaksanaan dan kematangan emosi , memahami konsep kebijaksanaan dan kematangan emosi itu sendiri. Kebijaksanaan emosi ini merupakan kebolehan atau kemampuan yang perlu dipratikkan supaya dapat mengatasi masalah hal peribadi, perniagaan atau masalah sosial dengan efektif. Emosi ini memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi proses pemikiran dan kelakuan. Pengurusan emosi  merujuk kepada cara di mana manusia mengurus, menguasai dan menpengaruhi  perasaan sendiri dan juga orang lain serta cara mengekspreskan sesuatu emosi. Seperti tajuk yang  telah kami pelajari sebelum kuliah ini, perasaan atau emosi seseorang dapat diekspreskan atau ditunjukkan melalui ekspresi muka atau intonasi suaranya. Sebagai contoh, biasanya apabila seseorang berasa sedih, dia akan menunjukkan muka yang tidak bersemangat dan bercakap dengan intonasi yang rendah dan lembut. Kebijaksanaan emosi ini bermaksud kebolehan seseorang untuk memerhatikan, mengenalpasti perasaan dan emosi sendiri dan orang lain serta cekap dalam pengurusan emosi dan juga mempengaruhi perasaan atau permikiran orang. Mengikut Peter Salovey dan John Meyer dalam buku ' Emotional Intelligence', kebijaksanaan emosi dapat diertikan sebagai kebolehan seseorang memantau dan mengawal perasaan diri dan orang lain dan menggunakan perasaan bagi memandu pemikiran dan tindakannya. Menurut Goleman , Kebijaksanaan emosi pula merujuk kepada kapasiti bagi mengenali perasaan sendiri dan orang lain, bagi memotivasikan diri kita, dan bagi mengurus emosi diri dan hubungan dengan baik. Mengikut Goleman lagi, 80% kejayaan seseorang bergantung kepada EQ berbanding dengan cuma 20%  sahaja disebabkan oleh IQ ( kecerdasan mental ). 

Model EI dapat dibahagikan kepada 4 jenis, iaitu model berdasarkan kemampuan, model kompetensi emosi (Goleman), model "bar-on" kebijaksanaan emosional-sosial (ESI) serta model sifat EI. Dalam model EI, ia merupakan kemampuan  mengenalpasti emosi, menggunakan emosi, memahami emosi serta mengawal emosi. Keempat-empat komponen ini adalah penting orang yang mempunyai kebijaksanaan emosi yang tinggi akan mahir dalam empat bidang ini. Mereka yang mahir dalam mengenalpasti emosi akan mengetahui emosi yang dihadapi atau dialami oleh seseorang melalui reaksi, intonasi suara dan bahasa badan ketika berkomunikasi. Apabila kita mengetahui keadaaan emosi seseorang, ini akan menjadikan kita lebih prihatin pada diri sendiri dan juga kepada orang lain.

Selain itu, mereka yang mempunyai kebijakasanaan emosi akan menggunakan emosi yang dihadapi menjadikan sebagai suatu pergerakan ataupun motivasi. Contohnya, apabila ujian berhampiran, saya akan berasa gementar dan takut. Ketakutan gagal dalam ujian telah menjadi pendorong saya untuk  membuat persediaan lebih awal dan berusaha belajar bersungguh-sungguh. Pemahaman dengan emosi dapat membantu kita dalam pengurusan emosi sendiri dan juga orang lain. Emosi ini dapat mengawal segala keputusan kita, oleh itu, jika kita boleh mengurus emosi dengan baik malah kita juga dapat mengawal proses keputusan yang di luar kawalan ( tindakan yang mengikut gerat hati ). Sebagai contoh, kebanyakkan lelaki akan berasa tidak selesa apabila mereka melihat kekasihnya bersembang seronok dengan orang lain. Bagi mereka yang tidak mempunyai kebijaksanaan emosi, mereka akan terus mengganggu percakapan itu. Kebolehan mengurus emosi yang tidak menyeronokkan selepas kita mengalami perasaan tersebut melibatkan kerja-kerja membentuk pemupukan dalaman dan belajar menenangkan diri. Misalnya, semasa saya berasa marah, saya bersenaman seperti berjoging atau berenang untuk supaya emosi atau perasaan yang dialami dapat diluahkan dengan cara yang sesuai.

Seterusnya, Alexithymia merupakan suatu gejala kekosongan. Keadaan ini berlaku apabila seseorang itu tidak perasan atau tidak tahu apa emosi atau perasaan yang sedang dialami dalam dirinya sendiri. Hal ini akan menyebabkan seseorang itu tidak dapat mengetahui dan mengenalpastikan sama ada dia marah ,gembira, gementar, takut dan lain-lain lagi. Tidak dapat dinafikan bahawa memang ada segelintir masyarakat yang mengalami keadaan sedimikian.

Kesimpulannya, kita sedar bahawa setiap manusia memiliki kepelbagaian emosi yang dibentuk oleh diri sendiri dan persekitarannya. Justeru, bagi memperoleh kesan yang positif dalam menjalinkan hubungan yang baik dengan orang lain, seseorang itu perlu meningkatkan kebijaksanaannya dalam emosi dengan mengenalpasti, memahami emosi orang lain dan mengurus atau mengendali emosinya.

No comments:

Post a Comment