Friday 8 October 2010

A134393 Yanzur LJ11

Pada minggu ni, aku datang ke kelas Pengurusan Emosi seperti biasa. Perkara yang aku belajar dan dapat dalam kuliah minggu ni ialah tentang Kebijaksanaan Emosi. Daripada pembelajaran kali ni, aku dapat memahami maksud pengurusan emosi, konsep kebijaksaan dan kematangan emosi, serta mengaplikasikan teori-teori emosi bagi mengurus emosi. Selain tu, aku juga dapat memahami bahawa pengurusan emosi memerlukan kebijaksanaan dan kematangan emosi.


Pengurusan emosi adalah cara seseorang mengurus dan mempengaruhi perasaan sendiri serta cara mereka mempengaruhi perasaan orang lain. Seperti apa yang aku dah belajar sebelum ni, emosi dapat dikenalpasti melalui mimik muka dan juga intonasi suara. Bila kita tengok je muka seseorang tu, kita boleh tau sama ada dia tengah suka, sedih, atau marah. Kalau muka dia nampak masam dan monyok je, dah tentu dia tengah sedih. Takkan gembira pulak. Kalau gembira, mesti dia akan tersenyum smpai ke telinga. Tak pun sampai nampak gigi. Tapi tak semua orang dapat nilai dengan baik perasaan seseorang, lagi-lagi kaum Adam. Diaorang ni susah sikit nak paham perasaan orang. Mungkin sebab diaorang sendiri bukan jenis yang emotional cam perempuan.


Menurut Salovey dan Mayer, kebijaksanaan emosi ialah kebolehan seseorang dalam memerhati perasaan dan emosi diri sendiri serta orang lain, juga kebolehan untuk menggunakan perasaan bagi memandu pemikiran dan tindakannya. Seseorang yang ada kebijaksanaan emosi ni takkan melakukan aksi penolakan, iaitu dia takkan menafikan emosi dia. Aku ada seorang kawan yang selalu tak mengaku yang dia tengah marah. Kami ni kadang-kadang suka bergaduh. Pastu bila aku minta maaf dan tanya "kau marah lagi ke?". Dia cakap "tak la". Tapi dari riak muka dan nada suaranya aku tau dia masih marah dan merajuk dengan aku. Lagipun dia langsung tak bercakap dengan aku. Nampak sangat la yang dia masih marah. Ini menunjukkan yang dia takde kebijaksanaan emosi.


Ada 4 jenis model Kebijaksanaan emosi yang aku pelajari iaitu 'Ability Based Model', 'The Emotional Competencies Model', 'The Bar-On Model of Emotional-Social Intelligence', dan 'The Trait EI Model'. Tapi cuma dua model pertama yang menjadi fokus utama. The Ability Based Model mencadangkan bahawa individu berbeza dari segi kemampuan memproses maklumat tentang tabii emosi dan kemampuan memenghubungkan pemprosesan emosi pada kognisi yang lebih luas. Kemampuan ni dapat dilihat dalam tingkah laku penyesuaian. Model ni menekankan 4 jenis kemampuan iaitu mengenalpasti emosi, menggunakan emosi, memahami emosi, dan mengurus emosi. Kemampuan mengenalpasti emosi ialah kebolehan mengesan emosi dari riak muka, suara, atau perbuatan seseorang. Kemampuan menggunakan emosi pula adalah kebolehan mengawal emosi supaya mudah melakukan pelbagai aktiviti seperti berfikir dan menyelesaikan masalah. Seterusnya ialah kemampuan memahami emosi. Ia adalah kebolehan memahami bahasa emosi dan menghargai hubungan antara emosi yang sulit. Yang terakhir ialah kemampuan mengurus emosi yang bermaksud kebolehan mengatur emosi diri sendiri dan juga orang lain.


Selain itu, dalam kuliah kali ni juga aku telah belajar tentang satu perkara baru iaitu alexithyma yang merupakan gejala kekosongan emosi. Seseorang yang mengalami gejala ini tak tau apa yang perasaan yang dia alami. Dia juga tak dapat menyatakan secara terbuka apa emosi yang dia sedang alami serta merasakan dirinya takde perasaan marah, suka, dan sedih. Oleh itu, pengidap alexithyma ni jarang menangis.


Kesimpulannya, kita haruslah ada kebijaksanaan emosi supaya dapat menguruskan emosi dengan baik. Pengurusan emosi juga memerlukan kemahiran mengenalpasti dan mengawal emosi dengan efektif.

No comments:

Post a Comment