Friday 1 October 2010

A134381 Abu Bakar LJ10

Assalamualaikum saya ucapkan dan bertemu kambali kita pada minggu ini dalam
pembelajaran pengurusan emosi. Pada permulaan kelas, pensyarah kami telah
menunjukkan beberapa video yang berkaitan dengan emosi dan video-video tersebut
telah menarik perhatian bagi kami mengenalpasti jenis-jenis emosi bagi setiap
individu. Sebelum mengenalkan tajuk kuliah pada minggu ini kami telah disuruh
untuk menjawab test bagi mengenalpasti jenis-jenis emosi yang ditunjukkan oleh
riak muka bagi setiap individu seperti marah, sedih, gembira, terkejut,takut,
menyampah dan pelbagai jenis riak muka yang dapat kita ketahui berdasarkan emosi
seseorang itu. Tujuan pensyarah kami memaparkan video-vedio ini adalah untuk
mengenalpasti emosi seseorang dan emosi diri sendiri. Maka berkaitanlah
emosi-emosi tersebut dengan tajuk pembelajaran kuliah kita pada minggu ini ialah
Kebijaksanaan Emosi.

Seperti yang kita ketahui, emosi mempunyai pelbagai jenis sebagai contoh emosi
marah, gembira, sedih dan lain-lain. Maka definisi pengurusan emosi itu amat
penting bagi setiap individu kerana emosi itu perlu dikawal dengan
sebaik-baiknya. Hal ini kerana kita yang sepatutnya mengawal emosi dan bukannya
emosi mengawal diri kita. Jika hal ini terjadi maka pelbagai perkara buruk
mungkin akan terjadi seperti kejadian membunuh diri disebabkan emosi yang tidak
dapat dikawal. Jadi pengurusan emosi itu bermakna cara seseorang mengurus dan
mempengaruhi perasaan dan ekspresi terhadap perasaan diri sendiri serta cara
bagaimana mereka mempengaruhi perasaan orang lain.

Emosi pada dasarnya adalah dorongan untuk bertindak. Biasanya emosi merupakan
reaksi terhadap rangsangan dari luar dan dalam diri individu. Sebagai contoh
emosi gembira mendorong perubahan suasana hati seseorang, sehingga secara
fisiologi terlihat tertawa, emosi sedih mendorong seseorang berperilaku
menangis. Emosi berkaitan dengan perubahan fisiologis dan berbagai pikiran.
Jadi, emosi merupakan salah satu aspek penting dalam kehidupan manusia, kerana
emosi merupakan motivator perilaku dalam erti meningkatkan, tapi juga dapat
mengganggu tingkahlaku intensional manusia. Sebagai contoh semua emosi menurut
Goleman pada dasarnya adalah dorongan untuk bertindak. Jadi berbagai macam emosi
itu mendorong individu untuk memberikan respon atau bertingkah laku terhadap
stimulus yang ada. Dalam the Nicomachea Ethics pembahasan Aristoteles secara
filsafat tentang kebajikan, karakter dan hidup yang benar, tantangannya adalah
menguasai kehidupan emosional kita dengan kecerdasan .

Selain itu, emosi dapat dikenalpasti melalui mimik wajah dan dari intonasi suara
Serta sifat emosi berubah-ubah mengikut situasi dan emosi mempunyai darjah
intensiti
dan berubah mengikut tempat seperti yang kita pelajari sebelum ini iaitu
mengenai Adaptation Level Theory iaitu emosi boleh berubah dengan cepat serta
Ingatan dan emosi sangat berkaitan antara satu sama lain. Emosi boleh berubah
dengan jalan berfikir dan bermula dengan bagaimana kita mempersepsi sesuatu
perkara dan situasi boleh mengubah emosi terhadap setiap individu. Seperti yang
kita ketahui emosi hanya terbit apabila ada rangsangan yang berkaitan. Jika
rangsangan hilang, maka emosi tidak aktif samada emosi positif serta emosi
negatif dan akan saling berlawanan antara satu sama lain.

Walaubagaimanapun seperti yang kita pelajari bahawa emosi lebih kepada wanita
iaitu wanita dapat mengenalpasti emosi lebih daripada lelaki. Hal ini kerana
pembahagian emosi yang telah diset didalam otak setiap individu lelaki mahupun
perempuan. Maka perempuan akan lebih banyak mengetahui dan mengenalpasti jika
seseorang itu sedang beremosi ataupun tidak kerana perempuan sangat sensitif dan
teliti terhadap personaliti setiap individu mahupun diri sendiri.

Kesimpulannya, pengurusan emosi kita hendaklah diurus dan dikawal dengan baik
dan teratur sekali bagi untuk menjalani kehidupanyang sempurna dan harmoni. Jika
kita bayangkan emosi yang tidak dapat dikawal akan menyebabkan permasalahan yang
besar akan berlaku. Seperti yang kita ketahui bahawa kita yang mengawal emosi
dan bukan sebaliknya. Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment