Friday 15 October 2010

A134329 NUR AFIFI LJ13

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada minggu ini,saya telah mempelajari  tajuk yang ke 13 iaitu pengurusa n emosi di tempat kerja dan organisasi.Pertama sekali saya cukup tertarik dan leka melihat video yang ditunjukkan oleh pensyarah mengenai  stress  di tempat kerja.Amat menakutkan jugaklah.Ada yang menghentam computer,ada yang bergaduh sesama rakan sekerja,dan sebagainya.

                Emosi di tempat kerja jika tidak dibendung ,akan menyebabkan perlakuan yang melampaui batas.Antara peranan emosi di tempat kerja adalah emosi dapat mempengaruhi prestasi kerja.Kerana jika tugasan yang diberikan oleh pihak atasan tidak dapat dilengkapkan dengan sempurna di akibatkan stress ,prestasi seseorang itu akan merudum.Emosi juga memainkan peranan penting  dalam proses pembuatan keputusan .Antara konsep-konsep yang berkaitan adalah pemadanan  antara personaliti dan kerjaya (Teori kejaya Holland) ,Personality type A dan  B,penggunaan emosi dalam tugasan seharian (Emotional Labour),dan budaya kerja di Malaysia.

 

            Pemadanan antara personaliti dan kerjaya menunjukkan pemilihan kerjaya mengikut personaliti seseorang individu.Sebelum tamat kelas ,pensyarah saya telah menjalankan ujian personaliti dan keputusannya saya telah mendapat social type.Sosial ini lebih mengutamakan aktiviti yang membantu orang lain dan membentuk orang lain.

 

            Teori kerjaya Holland terdiri daripada enam bahagian iaitu realistik, siasatan,sosial,konvensional,giat serta artistik.

 

            Mengikut teori Holland,sebagai contoh orang yang convensional sukakan sesuatu yang tersusun,berperaturan dan jelas. Mereka adalah orang yang akur kepada peraturan, cekap, praktikal, tidak suka kekaburan dan tidak fleksibel. Kerjaya yang sesuai dengan individu yang mempunyai ciri ini ialah akauntan, pengurus syarikat, pegawai bank dan kerani.

 

            Saya juga telah mempelajari 'emotional labour.'Emotional labor ialah keadaan di mana seseorang staff menjalankan kerja dengan menggunakan emosi. Misalnya, penyambut tetamu mesti tersenyum ketika menerima tetamu walau pun sebenarnya dia tidaklah begitu ceria pada hari itu. Terdapat dua jenis emosional labor iaitu surface acting dan deep acting.Contoh kerjaya,pramugari kapal terbang.

 

            Secara kesimpulannya,ini menunjukkan apa saja emosi yang berlaku terhadap kita,kita mestilah pandai mengurusnya.Jika rasa marah,cuba tenangkan hati dari perasaan tersebut.Jika berlakunya emosi sedih,cuba ingatkan perkara yang gembirakan hati.Sekian ,minta maaf sekiranya jurnal ini ada kekurangannya.Terima Kasih.end#

 


No comments:

Post a Comment