Friday 8 October 2010

A134329 NUR AFIFI LJ11

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pada minggu yag kesebelas ,saya telah mempelajari  tajuk 12 iaitu mengurus emosi  kepada individu dan keluarga.Keluarga sangat penting dalam hidup seseorang individu.Dalam keluarga juga tidak terlepas dari berlakunya pelbagai  emosi antara ahli keluarga.


Saya telah mempelajari cara untuk menguruskan emosi  dalam aspek keluarga.pengurusan emosi dalam keluarga amat penting  kerana ia pemangkin kearah pembentukan keluarga yang bahagia.Terdapat pelbagai cara untuk menangani emosi dalam keluarga. Ia juga menjadi panduan kearah kebahagiaan keluarga.


Terdapat juga kata-kata yang berkaitan dengan kebagiaan keluarga.Sebagai contoh, "Love begins with a smile, grows with a kiss, and ends with a teardrop" (anonymous).Selain itu, "Love is a single soul inhabiting two bodies" (Aristotles).Kata-kata yang cukup membuatkan hati saya terharu.Kata-kata yang berkaitan dengan perkahwinan ,contohnya, "There are three rings in M; the engagement ring; the wedding ring; and the suffer-ring!".Selain itu, "Dictionary is the only place where divorce comes b4 M".Kata ini pula,membuatkan saya tergelak.

 

Menurut Hasnan kasan,2006,mengenai konsep keluarga bahagia,"Keluarga bahagia adalah keluarga yang dibina atas suatu ikatan perkahwinan yang amat kuat dan mesra untuk tolong menolong, berkasih sayang, bahagia membahagiakan dan damai mendamaikan antara satu sama lain."

 

Matlamat dalam pebentukan keluarga sudah tentu mencapai kebahagiaan,melahirkan anak yang soleh,serta mewujudkan masyarakat  yang harmonis dan aman.Emosi juga memainkan peranan penting dalam keluarga.Suami ,isteri dan anak-anak juga adalah manusia biasa,membawa bersamanya emosi.Emosi juga bergantung kepada situasi di mana seseoang berada.Contohnya,di rumah,situasi yang berbeza berlaku.Dan emosi juga berubah-ubah mengikut situasi di rumah.Keluarga saya sangat bahagia.Tetapi kadang-kadang ada juga emosi bercampur baur dalam keluarga saya.Antaranya,emosi marah ,sedih,gembira dan sebagainya.Tapi semuanya telah berubah kerana saya telah kehilangan orang yang kami sangat sayangi.Rumah terasa sunyi tanpa dia.Emosi sedih sering menghantui kami sekeluarga.Tapi kami sekeluarga cuba untuk menguatkan hati kami.Kami cuba untuk menghilangkan perasaan sedih tersebut,tapi mungkin ia mengambil masa yang agak lama. Mungkin 1 atau 2 tahun.

 

Jika emosi terutamanya emosi negative tidak dapat dikawal dan diurus,maka akan timbul lah banyak masalah dalam rumahtangga.Jika emosi ini tidak dibendung dengan segera ,rumahtangga akan jadi medan peperangan.Sebaliknya emosi positif disuburkan ,hubungan antara suami ,isteri da anak anak akan lebih bahagia dan bertambah baik dari hari ke hari.Sebagai contoh,jika ayah saya marah ibu saya ,emosi marah ayah saya akan reda dan ayah saya akan pujuk balik ibu saya dengan membuatkan hati ibu saya gembira.Cuma semua ini Cuma kenangan yang kami tidak akan lupa selamanya.Walaupun ayah saya seorang yang agak baran tapi dia selalu mengambil hati kami.Sentiasa memenuhi permintaan dan melayan karenah saya dan adik beradik saya.Maafkan saya.

 

Saya juga belajar tentang menangani emosi negative dan positif.Dan asaya cukup tertarik engan kata-kata yang berkaitan dengan  "beauty of woman" dan "strength of man".Antara contohnya ,The strength of a man isn't seen in the width of his shoulders.Its seen in the width of his arms that circle you.Selain itu,The beauty of a woman is not in a facial mole,But true beauty in a woman, is reflected in her soul.Sangat menarik.

 

Dalam masyarakat pula,mengurus emosi sangat penting.Kasih sayang,kebahagiaan,sangat penting untuk dipupuk dalam hidup bermasyarakat.Dalam masyarakat ,kita sering mengambil tahu tentang perasaan orang lain.Menurut Brett Bischel, "We view others not by how wise and talented they are, but rather by how wise and talented they make us feel." (Me!, 1996).

 

Selain itu,menurut At Tabarani,"Sesungguhnya orang yg paling aku kasihi di antara kamu ialah yg paling baik akhlaknya di antara kamu, rendah diri, boleh memesrakan dan boleh dimesrai. Dan sesunguhnya orang yg aku benci di antara kamu ialah orang yg mengadu domba, memecahbelah ... dan sentiasa mencari keaiban orang yg bersih.Kata-kata ini menunjukkan bahawa agama Islam juga mementingkan  hidup bermasyarakat.

 

Terdapat juga kata-kata yang sangat  bermakna dan berkaitan dengan mengurus emosi.Antaranya, " Apa yang paling berat didunia ?" MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allad SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

 

Minta maaf sekiranya jurnal ini ada kekurangan. Sekian Terima kasih

.end#


No comments:

Post a Comment