Friday 1 October 2010

A134221 norsatarunisya LJ10

Pengurusan emosi

Tajuk 10 kebijaksanaan emosi


Asslamualaikum dan salam sejahtera, kali ini adalah kali terakhir saya menulis jurnal pengurusan emosi. Tajuk kuliah pada kali ini adalah kebijaksanaan emosi. Saya rasa tajuk kali ini amat penting kerana ia merangkumi segala apa yang kita pelajari pada kuliah-kuliah yang sebelumnya. Sebelum kuliah dijalankan, seperti kuliah sebelumnya, Encik Zamri menayangkan beberapa video berkenaan dengan pembelajaran kami. Selepas video ditayangkan, Encik Zamri menguji ketelitian kami untuk mengenalpasti ekpresi yang ditunjukkan melaui kuiz. Kuiz yang pertama amat mudah sehinggakan hampir kesemua pejar mendapat markan penuh. Hal ini kerana ekpresi muka yang ditunjukkan amat mudah diteka samaada sedih, gembira, marah dansebagainnya.

Berbeza dengan kuiz yang kedua, tiada seorang pelajar yang mendapat markah penuh, sedangan saya sendiri hanya mendapat satu markah. Hal ini kerana ekpresi yang ditunjukkan tidak dapat dikenalpasti. Mereka menunjukkan ekpresi yang lain daripada lain dan kadang-kadang kita melihat orang yang tidak ada perasaan.

Kuliah kali ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti apakah makna emosi dan kebijaksanaan emosi. Menurut Totterdell, pengurusan emosi ialah cara seseorang menguruskan emosi dan mempengaruhi emosi mereka sendiri dan cara mempengaruhi emosi orang lain. Manakala  kebijaksanaan emosi adalah keupayaan kita untuk mengesan emosi pada diri sendiri dan orang lain dan  menggunakan informasi untuk membantu dalam pemikiran(Salovey & Mayer)  

            Terdapat empat Model El iaitu 'Ability Based Model', 'The Emotional Competencies ( Goleman ) Model', 'The Bar-On Model of Emotional –Social Intelligence( ESI )', dan 'The Trait El Model'. Tetapi kita lebih fokus kepada dua model pertama. 'Ability Based Model' ini mencadangkan  individu berbeza dari segi kemampuan memproses maklumat tentang tabii emosi dan kemampuan menghubungkan pemprosesan emosi kepada kognisi yang lebih luas. Terdapat empat jenis kemampuan dalam EQ iaitu mengenalpasti emosi, menggunakan emosi, memahami emosi, dan mengurus emosi. 'The Emotional Competencies ( Goleman ) Model' pula telah diperkenalkan oleh Daniel Goleman. EQ ialah kebolehan selain daripada akademik. Sebenarnya, EQ bukanlah semulajadi tetapi mesti dipelajari. Goleman mendapati fungsi El amat berguna untuk diaplikasikan dalam sesuatu kerja dan boleh mendorong kepada kejayaan. Aspek-aspek Goleman ialah kesedaran diri, pengurusan diri, kesedaran sosial, dan pengurusan hubungan.

 Kesedaran diri ialah keupayaan baca emosi seseorang dan mengenalpasti impak mereka. Sebagai contoh kita mengetahui rakan kita sedang marah dan kita tahu kesan marah tersebut sekiranya kita meganggu rakan kita tersebut. Pengurusan diri pula untuk melihat sejauh mana seseorang dalam mengawal emosi dan mengadaptasi keadaan persekitaran. Sebagai contoh kita baru kehilangan orang yang kita sayang dan merasa sedih tetapi kita tidak menunjukkan rasa sedih kita dihadapan orang dengan bertindak seperti normal dan tidak ada apa-apa yang berlaku. Jangan sesekali membiarkan emosi mengawal kita kerana apabila emosi menguasai diri, macam-macam perkara buruk boleh berlaku seperti membunuh diri, mencederakan orang lain, dan melibatkan orang yang tidak bersalah.

Pengurusan emosi adalah amat penting supaya kita dapat menguruskan emosi kita dengan lebih positif dan berkesan.

No comments:

Post a Comment