Friday 8 October 2010

a134118 aimi amirah LJ11

Assalamualaikum.. Emosi adalah sesuatu yang amat berharga tetapi sekiranya kita tidak dapat mengawal emosi kita ia akan menyebabkan insan-insan di sekeliling kita terluka. Minggu ini kuliah membincangkan mengenai emosi dalam keluarga dan masyarakat. Keluarga adalah satu instituisi yang amat penting. Keluarga bahagia adalah keluarga yang dibina atas suatu ikatan perkahwinan yang amat kuat dan mesra untuk tolong menolong, berkasih sayang, bahagia membahagiakan dan damai mendamaikan antara satu sama lain (Hasnan Kasan, 2006).Ibu bapa seharusnya bijak memainkan peranan dalam melahirkan emosi positif dalam diri anak-anak kerana mereka adalah contoh terdekat kepada cahaya mata mereka. Ayah saya seorang yang sentiasa sibuk dengan kerja-kerja beliau namun beliau tetap akan meluangkan masa bersama keluarga terutamanya pada waktu makan. Sekiranya berkesempatan, beliau akan memastikan kami semua makan bersama terutamanya makan malam. Sewaktu kecil saya amat tidak berpuas hati dengan tindakan beliau kerana pada waktu tertentu saya lebih suka menonton televisyen berbanding makan bersama namun setelah meningkat dewasa barulah saya mengerti bahawa itulah satu-satunya masa bagi ahli keluarga saya berkumpul dan berpeluang untuk berinteraksi dengan lebih mesra sesama sendiri. Ayah saya juga amat menekankan solat secara berjemaah dalam keluarga dan ianya menjadi satu kewajipan terutamanya sewaktu solat Subuh. Maagrib dan Isyaa'. Keluarga yang bahagia akan melahirkan anak-anak yang tidak bermasaalah  kerana mereka sentiasa di berikan kasih sayang dan sentiasa di bekalkan dengan emosi positif.

Emosi negatif amat perlu dikawal dalam keluarga kerana ia ia akan merosakkan keharmonian keluarga. Walaupun ibu bapa saya telah berkahwi selama 25 tahun, namun belum pernah sekali pun saya melihat mereka bertikam lidah mahupun bertengkar. Lagikan lidah lagikan tergigit inikan pula suami isteri. Saya percaya kedua-dua ibu-bapa saya pernah bercanggah pendapat namun mereka tidak pernah menunjukkannya dihadapan anak-anak. Mereka bijak menguruskan emosi negatif justeru ia tidak mendatangkan impak negatif kepada anak-anak. Pertelingkahan sesama adik-beradik juga jarang berlaku dalam keluarga saya dan sekiranya berlaku pertelingkahan keluarga kami akan membicarakannya dalam ' makamah DEsa' dimana ayah saya akan menjadi hakim dan ahli keluarga yang bertelingkah berpeluang untuk memperdengarkan cerita mereka dan keputusan yang dibuat oleh hakim adalah muktamat. Selalunya pertelingkahan ini akan terlerai selepas diperdengarkan dalam makamah dan ahli keluarga yang bertelingkah akan berbaik semula. Namun 'makamah DEsa' jarang dilaksanakan kerana pertelingkahan akan terlerai sebelum hal ini diketahui oleh ib bapa saya.

 Dalam Masyarakat juga kita perlu bijak mengurus emosi. Setiap individu seharusnya tahu peranan mereka dalam masyarakat dan tidak lupa juga peranan emosi itu sendiri."Sesungguhnya orang yg paling aku kasihi di antara kamu ialah yg paling baik akhlaknya di antara kamu, rendah diri, boleh memesrakan dan boleh dimesrai. Dan sesunguhnya orang yg aku benci di antara kamu ialah orang yg mengadu domba, memecahbelah ... dan sentiasa mencari keaiban orang yg bersih" (At Tabarani).  Kata-kata ini menunjukkan bahawa setiap insan harus bersama-sama menjaga keharmonian masyarakat dan tidak memecahbelahkannya dengan mebuat onar. Masyarakat haruslah beramah mesra dan mengambil berat akan satu sama lain. Di kampung saya masyarakatnya sangat mementingkan hubungan baik sesama sendiri dan saling tolong menolong. Setiap kali adanya majlis-majlis seperti kenduri kendara,orang kampung akan berkumpul dan menghulurkan bantuan bagi melicinkan perjalanan majlis. Saya juga gemar melibatkan diri dalam aktiviti di rumah kenduri ini bukan sahaja kerana saya akan mendengar cerita terbaru dan terhangat yang berlaku di kampung malah saya juga berpeluang untuk meramah mesra dengan penduduk kampung. Pernah berlaku perbalahan antara dua buah keluarga dikampung saya kerana salah faham namun dengan kebijaksanaa penghulu kampung dalam menguruskan emosi marah keluarga tersebut, masalah ini berjaya diselesaikan dalam tempoh masa yang singkat. Sekaran kedua-dua keluarga tersebut tidak lagi bermusuhan malah hubungan mereka menjadi semakin erat.

Kesimpulannya kita seharusnya bijak mengawal emosi samaada dalam keluarga mahupun masyarakat."The sign of an intelligent people is their ability to control emotions by the application of reasons" (Marya Mannes). Oleh itu sekiranya kita merasakan diri kita seorang yang terpelajar, kita seharusnya bijak mengawal emosi. Sekian...

No comments:

Post a Comment