Thursday 14 October 2010

a133832 nurul lj12

               Tekanan di tempat kerja merupakan suatu perkara yang harus dihadapi oleh semua orang yang bergelar pekerja tetapi terserah kepada individu itu sendiri bagaimana untuk melepaskannya atau mengawalnya agar tidak menyusahkan orang lain. Kuliah pengurusan emosi  pada kali ini mendedahkan tentang emosi di tempat kerja. Saya amat terkejut dengan apa yang dilakukan oleh masyarakarat Barat apabila mereka berasa tertekan di tempat kerja. Mereka bertindak agak ganas dengan merosakkan kemudahan di tempat kerja dan mengasari sesiapa sahaja yang dirasakan mengganggu mereka. Tindak-tanduk mereka sungguh tidak relevan, malah turut menyusahkan orang lain. Hal ini mungkin kerana mereka tidak pandai mengawal emosi  dan tidak tahu cara untuk mengatasinya, harap-harap apa yang saya tonton tidak akan pernah terjadi di negara kita, Malaysia.

                Memang tidak dinafikan bahawa emosi di tempat kerja akan mempengaruhi prestasi kerja seseorang, malah ada yang akan dibuang kerja gara-gara merosakkan kemudahan di tempat kerja akibat tekanan yang dihadapi. Saya sendiri tidak akan pernah sanggup untuk bekerja dengan orang yang sedemikian kerana dia bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah orang di sekitarnya juga. Silap hari bulan kita pula jadi mangsa tekanannya. Emosi juga memainkan peranan penting dalam prose pembuatan keputusan. Apabila kita berada dalam keadaan tertekan, pasti sukar untuk membuat keputusan atau keputusan yang dibuat adalah salah dan menyebabkan kita berasa sangat menyesal. Saya pernah mendengar cerita daripada kawan mengenai seorang ayah yang ditipu oleh skim cepat kaya gara-gara didesak keluarga untuk membeli rumah baru untuk mereka sekeluarga malah turut diperli kerana tidak dapat memenuhi keperluan isteri dan anak-anak. Sebagai seorang leleki dan ketua keluarga pasti egonya tercabar dan berasa tertekan apabila didesak sebegitu, lantas tanpa berfikir panjang dia telah menyertai skim cepat kaya dan ditipu hidup-hidup. Beribu-ribu duitnya melayang malah keluarganya turut mencemuh tindakan tersebut, jadi jangan sesekali membuat keputusan ketika berada dalam keadaan beremosi.

                Selain itu, emosi juga mempunyai kaitan yang rapat dengan motivasi kerja dan juga berperanan dalam penerimaan mesej daripada pengurusan. Pekerja yang tertekan tidak dapat menerima arahan dengan baik daripada pihak atasan kerana mereka menganggap satu lagi bebanan perlu mereka pikul walhal perkara tersebut merupakan tanggungjawab mereka sebagai pekerja yang dibayar gaji, tidaklah nanti hanya makan gaji buta. Jangan jadikan alasan 'tension' untuk kita lari daripada tanggungjawab.

                Konsep-konsep yang berkaitan mengenai emosi di tempat kerja ialah pemadanan antara personality dengan kerjaya (teori Kerjaya Holland), personaliti  type A dan type B, penggunaan emosi dalam tugas seharian (Emotional Labour) dan budaya kerja di Malaysia. Dalam pemilihan kerjaya yang baik, kita perlu mengenali diri sendiri terlebih dahulu agar tidak salah memilih kerjaya , kenali apa yang kita minati dan mahukan dalam hidup ini. Kerjaya yang tidak menepati juga mungkina akan memberi kesan tekanan yang kuat dalam hidup kita kerana terpaksa melakukan sesuatu yang tidak disukai.

Dalam dunia ini, manusia dapat dikategorikan dalam dua jenis personaliti. Orang yang mempunyai personaliti jenis A merupakan seseorang yang suka membuat kerja malah tidak suka berehat, ada sahaja yang ingin dilakukannya, pendek kata personaliti type A tidak boleh duduk diam. Mereka juga sangat obses dengan nombor dan suka buat banyak kerja dalam satu masa. Mereka juga amat mementingkan masa dan seorang yang menepati masa, masa itukan diibaratkan seperti emas sebab itulah mereka tidak suka membazir masa. Manakala personaliti type B pula amatlah kontra daripada sikap personaliti type A kerana individu ini merupakan orang yang tidak tergesa-gesa malah ada sahaja masa untuk berehat tanpa ada masalah.  Apabila melakukan sesuatu perkara atau meraih kejayaan, mereka lebih senang untuk tidak menghebahkannya atau bangga diri. Kenalilah diri sendiri agar tidak merugikan masa depan kerjaya kita semua dan sentiasalah murah dengan senyuman apabila sedang bekerja. Akhir kata daripada saya "a man without a smile must not open a shop." End#.


No comments:

Post a Comment