Friday 8 October 2010

A133818 NUR SUFIAH LJ12

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Kuliah pada minggu ini membincangkan mengenai emosi dalam keluarga dan masyarakat.Keluarga merupakan kelompok manusia yang paling kecil dalam masyarakat. Apabila kita memperkatakan tentang keluarga maka kita tidak dapat lari dari membincangkan sebahagian permasalahan masyarakat. Keluarga seperti lazimnya adalah terdiri daripada ayah, ibu dan anak-anak. Besar atau kecilnya sesebuah keluarga adalah bergantung kepada bilangan anggotanya.

Keluarga sebenarnya sendi dan asas kepada sesebuah masyarakat. Dengan yang demikian ia dijadikan sukat-sukat. Jika berkecai sesebuah keluarga maka berkecailah masyarakat dan jika aman damai sesebuah keluarga maka aman damailah masyarakat berkenaan. Pembentukan keluarga adalah asas kepada pembentukan masyarakat yang lebih besar.Untuk mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia, setiap anggota keluarga hendaklah mengetahui perasaan dan peranan masing-masing dan melaksanakan tanggungjawabnya dengan akhlak yang jujur dan sempurna. Antara lain ciri-ciri tanggungjawab yang hendak dilaksanakan ialah mencurahkan kasih sayang dengan adil dan saksama, sering mendengarkan permasalahan yang dihadapi dan cuba mencari jalan penyelesaiannya.

Satu cara yang mungkin terbaik ialah pada waktu makan malam di mana hampir semua ahli keluarga akan berhimpun. Pada kesempatan inilah ketua keluarga boleh mengadakan sesi muzakarah mendengar sebarang permasalahan yang timbul dan bertukar-tukar fikiran untuk mencari jalan penyelesaian masalah berkenaan.

Demikianlah serba ringkas antara 'tips' dan petua untuk membina sebuah keluarga yang bahagia. Asasnya yang terpenting ialah untuk menanamkan nilai-nilai moral yang tinggi termasuklah hidup berkasih sayang, hormat-menghormati dan saling kasih-mengasihi antara satu sama lain. Didikan agama juga memperkukuh lagi ciri-ciri yang sedia ada. Menyempurnakan ibadat dengan ikhlas dan tawaduk akan menambah lagi kekukuhan keluarga bahagia yang dibina sehingga menjadi sebuah keluarga sakinah.

Seterusnya kita lihat kaedah-kaedah menguruskan emosi ketika berhadapan dengan masyarakat. Dalam kehidupan seharian, kita sering bergaul bersama rakan2 dan jiran tetangga.Kadang2 kita bertegur sapa dengan orang yang tidak kita kenali. Contonhya ketika menunggu bas atau ketika berselisih di tangga masjid.Sekiranya pertemuan singkat itu dilanjutkan, lama-kelamaan orang itu akan menjadi kawan kita.

Tetapi, kita perlu ingat adab dan tatatertib ketika bergaul dan berkawan.Antaranya ialah memberi salam,menjadi pembimbing,bersifat pemaaf dan saling menziarahi.
Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik yang hidup dalam suasana yang aman dan harmoni. Untuk menjamin kesejahteraan dan keharmonian ini akan sentiasa berterusan, faktor emosi perlulah dikawal dan dijaga sentiasa. Kecerdasan emosi pelbagai etnik hendaklah sentiasa diberi penekanan dan dikawal dari kecil lagi. Begitu juga perbezaan antara gender iaitu lelaki dan perempuan.Sekian,terima kasih

No comments:

Post a Comment