Friday 1 October 2010

A133756 AMANINA LJ10

Salam sejahtera. Pada minggu ini kami telah didedahkan dengan topik Kebijaksanaan Emosi. Emosi dapat dikenalpasti melalui mimik wajah dan intonasi suara. Malahan, emosi berubah-ubah mengikut situasi. Menurut Salovey dan Mayer, kebijaksanaan emosi ialah kebolehan untuk mengawal emosi diri sendiri dan perasaan orang lain serta membezakannya dan menggunakan maklumat ini untuk membimbing pemikiran seseorang dan tindakan yang akan diambil. Apabila seseorang itu mempunyai kebijaksanaan emosi, tiada aksi penolakan yang dilakukan olehnya. Ini bermakna, jika seseorang sedang marah dan ditanya tentang keadaan dirinya dan dia menjawab bahawa dia tidak marah dalam nada yang tinggi, sejujurnya dia masih lagi dalam keadaan marah kerana pepatah Inggeris pernah mengatakan "Action speaks louder than words." Kebijaksanaan emosi (emotional intelligence) terdapat empat jenis model, iaitu Ability Based Model, Emotional Competencies (Goleman) Model, Bar-On Model of Emotional-Social Intelligence (ESI) and Trait EI Model. Emotional Competencies Model menjadi fokus yang utama kerana ia merangkumi Kesedaran Diri (Self-awareness), Pengurusan Diri (Self-management), Kesedaran Sosial (Social awareness), dan juga Pengurusan Perhubungan (Relationship management). Emotional Competencies bukanlah bakat yang lahir dalam diri seseorang secara tiba-tiba, melainkan ia hanyalah sesuatu yang mampu dipelajari dan dikembangkan untuk mencapai prestasi yang luar biasa. Setiap individu lahir dengan kebijaksanaan emosi namun mereka sendiri yang menentukan potensi diri masing-masing untuk belajar mengenainya. Setiap orang haruslah mengawal emosi masing-masing supaya kita tidak dikawal oleh emosi. Sebagai contoh, ketika kita sedang marah, janganlah mengikut emosi amarah kerana seperti apa yang dikatakan oleh Aristotle "Untuk menjadi marah itu mudah tapi untuk marah pada orang yang tepat, pada saat yang tepat, untuk alasan yang tepat, dengan jumlah kemarahan yang tepat, tidak mudah." Manakala, jika berlaku sesuatu konflik, kita haruslah bersiap sedia dan mengawalnya kerana kadangkala konflik itu memacu kita untuk bergerak ke lebih hadapan. Namun begitu, kadangkala konflik juga mampu mendorong kita jatuh merudum ke bawah. Oleh yang demikian, setiap individu haruslah mempelajari kebijaksanaan emosi supaya kita tidak dikuasai emosi.
 

No comments:

Post a Comment