Friday 1 October 2010

A133579 Ahmad Shukery Bin Azizan LJ10


Hari ini mungkin merupakan hari yang sangat penat bagiku. Ianya kerana hari ini aku terlalu banyak kerja yang telah ku lakukan. Namun walaubagaimanapun, aku gagahkan jua untuk melangkahkan kaki ini ke kuliah Dr.Zamri iaitu kuliah pengurusan emosi. Hari ini sebelum memulakan kuliah, beliau telah membuat satu kuiz sekadar hiburan iaitu dengan meneka emosi seseorang berdasarkan ekpresi muka orang dalam gambar yang telah disediakan dalam slidenya. Pada ujian yang pertama, aku dapat meneka ketujuh-tujuh emosi dengan tepat. Namun pada ujian yang kedua, aku hanya mampu meneka tiga emosi daripada sepuluh wajah yang ditunjukkan. Nampaknya aku masih lemah dalam meneka emosi seseorang daripada ekpresi muka sahaja. Selepas itu, kuliah dimulakan dengan tajuk Kebijaksanaan Emosi.
Kebijaksanaan emosi ini merujuk kepada kebolehan seseorang dalam mengetahui emosi sendiri dan orang lain amnya dan orang di sekelilingnya khasnya. Individu yang mempunyai kebijaksanaan emosi ini mampu membezakan serta menggunakan maklumat ini untuk membantu seseorang berfikir dan bertindak. Biasanya individu yang ada kelebihan seperti ini lebih kepada golongan kaunselor dan motivator. Ini kerana kaunselor sekolah aku pernah memberitahuku bahawa untuk menjadi seorang kaunselor sekolah ini, kita perlu bijak dalam memanipulasi kan emosi pelajar khususnya juga mengetahui dan bijak dalam meneka emosi mereka supaya dia akan dapat mendengar nasihat dan teguran kita. Kemudian aku terfikir untuk diriku. aku rasa aku tidak mempunyai kelebihan dalam menilai emosi seseorang daripada riak wajah individu tersebut.
Selain itu, kami juga belajar tentang model EI dimana ia boleh dipecahkan kepada empat kategori iaitu Ability Based Model, The Emotional Competencies (Goleman) model, The bar-On model of Emotional-Social Intelligence (ESI) dan The Trait EI model. Dibawah Ability Based Model, ia memberitahu bahawa emosi ini sebagai sumber maklumat berguna untuk membantu kita dalam memahami persekitaran sosial. Selain itu, model ini turut mencadangkan bahawa individu berbeza dari segi kemampuan memproses maklumat tentang tabii emosi dan kemampuan menghubungkan pemprosesan emosi kepada kognisi yang lebih luas. Kemampuan ini dapat dilihat dalam tingkahlaku penyesuaian. Aku agak setuju dengan cadangan ini kerana ia juga memberi maksud bahawa setiap orang mempunyai kemampuan yang berbeza-beza dalam pelbagai bidang. Itulah kelebihan perbezaan antara setiap manusia kerana ia mampu menceriakan lagi dunia ini. 
Dalam EQ (Emotional Quotient), terdapat 4 jenis kemampuan yang berbeza iaitu mengenalpasti emosi, menggunakan emosi, memahami emosi dan menguruskan emosi. Kemampuan mengenalpasti emosi ini membolehkan individu yang mempunyai kelebihan ini boleh mengesan dan mengetahui emosi seseorang melalui mimik muka, suara, tingkahlaku, gambar dan lain-lain. Kebolehan ini juga merupakan asas dalam kebijaksanaan emosi atau EQ yang tinggi. Selain itu, kemampuan menggunakan emosi adalah dengan memanfaatkan emosi untuk memudahkan pelbagai kegiatan kognitif, seperti berfikir dan penyelesaian masalah. Orang yang cerdas secara emosional dapat memanfaatkan sepenuhnya pada dirinyanya atau perasaan hatinya dalam merangka sesuatu yang paling sesuai untuk tugasnya. Dalam memahami emosi, ia lebih merujuk kepada kemampuan untuk memahami bahasa emosi dan menghargai hubungan yang rumit antara emosi. Sebagai contoh, pemahaman emosi merangkumi kemampuan untuk peka terhadap variasi-variasi kecil antara emosi, dan kemampuan untuk mengenali dan menggambarkan bagaimana emosi berkembang dari masa ke masa. Ada seorang rakan ini di mana beliau mampu sedikit sebanyak memahami emosi seseorang meskipun hanya melihat mimik muka dan respon badan. Contohnya, walaupun ada seseorang itu cuba menyembunyikan emosi sedih daripada beliau, beliau mampu meneka dengan tepat meskipun jika kita lihat dari fizikal orang tersebut sukar untuk mengenal pasti apa yang dialaminya.
Dalam menguruskan emosi pula, ia lebih merujuk kepada kemampuan untuk menetapkan emosi baik diri kita dan orang lain. Oleh itu, orang yang cerdas secara emosional dapat memanfaatkan emosi, bahkan yang negatif, dan menetapkan mereka untuk mencapai tujuan yang dimaksudkan atau yang di ingini. Untuk mencari orang seperti ini di Malaysia khususnya. agaknya dalam 1/10 sebab kebanyakkan orang sekarang lebih pentingkan diri sendiri dan mudah berfikiran yang negatif terhadap sesuatu perkara atau sesuatu isu yang timbul.
Kesimpulannya, meskipun tidak aku terangkan lebih terperinci tentang perkara ini, namun dapat kita simpulkan sedikit sebanyak bahawa kebijaksanaan emosi ini tidak terhasil dengan sendirinya. Ia lebih kepada usaha seseorang itu dan adakalanya sejak dari kecil mempunyai kelebihan dalam mengawal emosi atau mempunya daya EQ yang sangat tinggi. Orang seperti inilah diperlukan oleh negara dalam menghasilkan modal insan yang berguna bukan sekadar hebat pada IQ, tapi juga hebat pada EQ. Jika IQ sahaja tinggi tapi EQ rendah, ia tidak memberi sebarang makna atau kesan kerana tanpa EQ, IQ jadi tidak berguna sama sekali.

No comments:

Post a Comment