Friday 1 October 2010

A133361 CHIN HUI JING LJ10

Pada hari ini, saya belajar tajuk ke sepuluh iaitu Kebijaksaan Emosi. Apabila saya diberitahu kuliah ini adalah yang terakhir, saya berasa amat keberatan kerana ini bermakna saya sudah belajar di UKM untuk satu tempoh masa. Saya berasa tidak biasa untuk belajar satu kursus hanya selama dua bulan lebih  sahaja kerana semasa di STPM, saya belajar satu subjek selama sekurang-kurangnya satu tahun setengah.  Saya berasa keberatan kerana kursus ini amat saya minati dan tambahan pula pensyarah kami, Encik Zamri yang selalu menyampaikan kuliah dengan cara yang  menarik. Hal ini kerana beliau akan menayangkan video-video yang lawak ataupun yang mengharukan kami. Memanglah kami penuh dengan emosi yang berbeza pada suatu kuliah apabila video-video yang berlainan unsurnya ditayangkan. 

                Pada mulanya kuliah ini, kami diberi beberapa soalan untuk meneka emosi orang –orang  yang berlainan melalui reaksi mukanya. Hal ini berkaitan dengan kuliah sebelum ini yang mengatakan bahawa muka ialah refleksi  emosi seseorang dan yang paling senang dilihat berbanding dengan organ lain. Daripada soalan –soalan ini,saya mengetahui bahawa saya bukan orang yang pandai melihat emosi yang dialami seseorang kerana  saya tidak mendapat betul kesemua soalan itu. Soalan –soalan yang berikutnya lebih tinggi tahapnya kerana kesemuanya tiada reaksi muka. Pengurusan emosi ialah cara seseorang menguruskan dan mempengaruhi perasaannya atau orang lain. Kuliah pada hari ini sebenarnya berkaitan dengan kuliah yang telah dipelajari sebelum ini.  Emosi mempunyai intensitinya, iaitu bergantung pada situasi berlainan seperti saya akan berasa sedih apabila keputusan peperiksaan saya tidak baik tetapi saya akan berasa lagi sedih jika tidak dapat berjumpa dengan ahli keluarga selama sekian lama. Emosi juga berubah dengan cepat seperti saya berasa amat risau kerana tidak pasti ahli kumpulan projek saya sudah menghabiskan bahagian mereka sebelum hari kena hantar projek. Akan tetapi, emosi ini akan berubah menjadi 'relief'dan gembira  apabila mengetahui mereka sudah bersiap sedia. Emosi itu sebenarnya bergantung pada cara kita membuat tanggapan terhadap sesuatu perkara. Contohnya, bagi sesetengah orang, keputusan akademik tidaklah penting. Oleh itu, dia tiada emosi stress dan bimbang untuk menghadapi peperiksaan semester. Bagi saya, saya akan berasa amat risau dan tegang menjelang peperiksaan walaupun pada kebiasaannya saya mengulangkaji pelajaran.

                Menurut Solevey dan Mayer, Kebijaksanaan Emosi ialah kebolehan seseorang mengesan emosi dan menggunakan informasi itu untuk mengawal pemikiran dan tingkah lakunya atau orang lain.  

 Alexithymia merupakan satu gejala kekosongan emosi. Orang  yang mengalami gejala ini tidak mengetahui apakah perasaan yang dialami. Mereka juga tidak dapat mengatakan emosi yang mereka alami dan  mereka  berasa  tiada perasaan marah, gembira, sedih, dan bahagia. Terdapat empat Model El iaitu 'Ability Based Model', 'The Emotional Competencies ( Goleman ) Model', 'The Bar-On Model of Emotional –Social Intelligence( ESI )', dan 'The Trait El Model'. Dua model pertama lebih ditekankan. 'Ability Based Model' ini mengatakan  individu berbeza dari segi kemampuan memproses maklumat tentang tabii emosi dan kemampuan menghubungkan pemprosesan emosi kepada kognisi yang lebih luas. Terdapat empat jenis kemampuan dalam EQ iaitu mengenalpasti emosi, menggunakan emosi, memahami emosi, dan mengurus emosi.  Mengenal pasti emosi  ialah kebolehan mengesan dan mengenal pasti emosi seseorang dari luaran seperti ekspresi muka, suara dan sebagainya. Ini dapat mewakili aspek asas dalam kebijaksanaan emosi  kerana memungkinkan proses informasi  emosi berlaku. Menggunakan emosi ialah kebolehan mengaplikasikan pengetahuan dalam emosi  untuk membantu dalam proses pemikiran dan penyelesaian masalah. Ini bermaksud orang yang bijak dalam emosinya dapat mengawal emosinya dengan mengubah emosinya termasuk dari emosi negatif kepada yang positif supaya dapat menunjukkan prestasi yang bagus dalam kerjanya. Memahami emosi ialah kebolehan memahami bahasa emosi dan dapat mengesan sebarang perubahan emosi. Mengurus emosi ialah kebolehan memanipulasikan emosi dalam dirinya.

No comments:

Post a Comment