Friday 8 October 2010

A132896 NUR LJ11




Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pada minggu ini saya dan rakan-rakan yang lain telah diajar berkenaan dengan tajuk yang seterusnya iaitu Emosi di tempat kerja dan keluarga. Konsep-konsep berkaitan denagn emosi di tempat kerja ialah pemadanan antara personaliti dengan kerjaya (Teori Kerjaya Holland), personality Type A dan B, penggunaan emosi dalam tugasan seharian (Emotional Labour) dan budaya kerja di Malaysia.Holland mebahagikan emosi kepada enam iaitu realitive,social,investigative, conventional,enterprising,artistic.Menurut teori yang telah dikemukakan oleh Holland,Orang yang realistic suka aktiviti-aktiviti fizikal yang memerlukan kemahiran, kekuatan dan koordinasi.Manakala orang yang investigative suka aktiviti-aktiviti seperti berfikir, menguruskan dan memahami sesuatu.Orang yang sosial pula sukakan aktiviti yang membantu dan memajukan pembangunan orang lain. Orang yang convensional sukakan sesuatu yang tersusun, berperaturan, dan jelas.Seterusnya Orang yang Entreprising sukakan aktiviti verbal di mana mereka ada peluang untuk mempengaruhi orang lain dan mendapatkan kuasa. Manakala orang yang Artistik sukakan aktiviti yang kabur dan tidak sistematik yang membolehkan mereka melakukan sesuatu yang kreatif.

 

Personaliti di tempat kerja terbahagi kepada dua iaitu Type A dan Type B.Ciri-ciri bagi individu Type A ialah suka melakukan sesuatu kerja dengan pantas, tidak suka bersuka ria dan taksub dengan nombor.Manakala individu Type B merasakan tidak perlu melakukan sesuatu berdasarkan desakan tugas.Individu ini juga beranggapan suka merupakan aktiviti riadah dan merakan ia bukanlah cara untuk menonjolkan kekuatan diri.Kefahaman  berkenaan dengan dua jenis persoaliti ini membantu kita dalam strategi untuk menyempurnakan sesuatu tugas.

 

Pengetahuan dalam emosi keluarga dapat membantu kita dalam membentuk keluarga yang bahagia. Menurut Hasnan Kasan yang juga merupakan pensyarah kursus Hubungan Etnik saya, Keluarga bahagia adalah keluarga yang dibina atas suatu ikatan perkahwinan yang amat kuat dan mesra untuk tolong menolong, berkasih sayang, bahagia membahagiakan dan damai mendamaikan antara satu sama lain.Sekian, terima kasih.end#



No comments:

Post a Comment