Friday 1 October 2010

A132896 NUR LJ10

Asslamualaikum dan sala sejahtera…

Pada hari rabu yang lalu saya telah belajar berkenaan topik pengurusan emosi yang seterusnya iaitu Kebijaksanaan Emosi. Saya telah belajar dan memahami makna pengurusan emosi.Pengurusan emosi memerlukan kebijaksanaan emosi. Maksud kebijaksanaan emosi ialah bagaimana kita mempengaruhi emosi kita dan emosi orang lain.Contohnya kawan saya menghadapi masalah dengan teman lelakinya. Bagi mengelakkan diri daripada terlalu memikirkan masalah tersebut dia menyibukkan dirinya dengan belajar dan aktif berpesatuan.Terdapat empat model Kebijaksanaan emosi iaitu yang pertama ialah Ability Based Model, The Emotional Competencies (Goleman) Model, The Bqr-on Model of Emotional Social Intelligence dan yang terakhir sekali ialah The Trait EI Model.

Saya juga belajar sedikit sebanyak tentang gejala Alexithymia. Gejala ini merupakan gejala kekosongan emosi. Seseorang itu tidak tahu apa perasaan yang  sedang dialaminya. Individu tersebut akan mereka tidak mempunyai perasaan marah,sedih, suka dan lain-lain. Antara tanda lain seseorang individu itu mengalami gejala alexithymia ialah mereka jarang menangis.

Antra keempat-empat model tadi, The Emotional Competencies (Goleman) Model lebih diberi penekanan. Model ini diperkenalkan oleh Danial Goleman.Dia menyatakan kebijaksanaan seseorang dalam menangani emosi bukanlah merupakan kebolehan semulajdi. Model ini juga menganggap emosi merupakan sesuatu yang normal yang terdapat pada setiap manusia. Sebagai contoh, marah dipandang sebagai emosi yang negatif iaitu marah boleh member kekuatan peribadi kepada seseorang.Contoh lain ialah takut.Takut dapat mempercepatkan reaksi terhadap sesuatu yang berbahaya.

 

Aspek-aspek yang tedapat dalam model Goleman ialah Kesedaran kendiri,Pengurusan diri, Kesedaran masyarakat dan keyakinan diri. Kesedaran kendiri merupakan kebolehan seseorang untuk membaca emosi dan seterusnya dapat mengatasi emsosi tersebut. Pengurusan diri pula bermaksud bagaimana kita bertindak untuk mengatasi emosi. Di dalam aspek pengurusan perhubungan konflik merupakan sesuatu yang normal dan ia tidak boleh ditolak tetapi boleh dikawal. Dengan adanya konflik kita boleh berjaya. Kita juga boleh membangunkan orang lain dan memberi semangat kepada mereka. Antara lain ialah kita dapat menyelesaikan perselisihan serta kita akan mudah untuk berkerja didalam satu kumpulan.Sekian terima kasih.end#


No comments:

Post a Comment