Friday 8 October 2010

A132484 Amirah LJ11

         Emosi aku kian bercelaru apabila aku meningkat dewasa. Jikalau dibandingkan ketika aku di waktu usia yang masih kecil,aku sentiasa mendapat perhatian daripada kedua ibu bapaku, maklumlah aku merupakan anak perempuan yang terakhir dalam keluargaku. Tambahan pula pada waktu itu,keinginan aku hanyalah untuk sekadar mendapat perhatian dan kasih sayang semata-mata berbanding dengan kehidupan aku pada masa kini. Pelbagai jenis alatan permainan menjadi penghibur buatku di kala umurku masih kecil. Riang pada wajahku memberi beribu kepuasan kedua orang tuaku. Kini, aku sudah merasakan bahawa aku mampu untuk menjaga periuk nasi aku sendiri memandangkan aku pun sudah berjaya menjejakkan kaki ke universiti.
         Namun sangkaan aku amat meleset sekali kerana kehidupan aku amat terkongkong dengan leteran kedua ibu bapaku yang asyik mencari segala salah silap aku tatkala aku berada di rumah. Kadang kala bermain juga di fikiran aku, adakah orang tua aku merasakan aku ini merupakan seorang kanak-kanak yang perlu di tegur selalu tanpa memberi aku membuat sebarang keputusan berdasarkan keinginan hatiku sendiri. Kenapa aku tidak diberi peluang untuk membuat keputusan sendiri atas kehendak aku sendiri?
         Pada satu ketika itu,sedang aku asyik leka bersama kawan-kawan lamaku di luar kerana menghadiri satu program yang telah kami rancangkan di salah satu tempat peranginan, aku pada masa itu mendapat satu panggilan telefon daripada ayahku menyuruh aku pulang awal ke rumah, sedangkan aku pada masa itu sedang bergembira bersama kawan-kawan, apa lagi terdetiklah kata-kata yang kurang enak buat ayahku iaitu, "ayah ni memang orang yang x sporting langsung, aku bukan budak kecik nak main halang-halang ni" . Emosi aku pada masa itu amat terganggu dengan bunyian nyaring telefon aku. Kalaulah yang telefon aku itu ialah teman lelaki aku, suka sangat hati ini maklumlah kerana kekasih hatiku merupakan seseorang teman yang amat memahami kehendakku.
          Aku pun lekaslah pulang ke rumah setelah selesai majlis bersama rakan-rakanku dan sewaktu dalam perjalanan pulang tiba-tiba aku rasa tidak tenang, hatiku rasa tidak selesa seolah-olah ada perkara buruk yang berlaku.. Aku tidak pernah mempunyai perasaan begini sebelum ini. Setibanya aku di rumah, aku sangat terkejut kerana ramai orang berada di rumah aku. Setahu aku, rumahku tidak ada pula membuat majlis apa-apa pun dan hatiku makin berdebar-debar.. Makin kakiku melangkah makin hatiku kencang bergolak namun aku tetap memberanikan diri melangkah bagi mengetahui apa yang sedang berlaku dan tiba-tiba je.................
          Aku terduduk!! Terbaringnya jenazah ayahanda tercinta yang beberapa jam yang lalu memanggilku pulang tapi panggilannya aku balas dengan rungutan yang tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang anak tapi apakan daya terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa. Penyesalanku tiada gunanya lagi kerana suara yang memanggilku pulang tidak lagi aku kedengaran walaupun puas aku memanggilnya.. Aku sedar akan kesilapanku tapi malangnya aku tidak berkesempatan untuk memohon ampun dan maaf terhadap seorang insan yang pada hakikatnya sangat aku sayangi..
          Aku tidak mampu berkata-kata,makan tidak lalu, tidur tidak lena, makan tidak berselera, emosiku terganggu..... Namun alhamdulillah, dengan izin Allah, aku masih mampu bangkit kembali mencari sinar keimanan dengan sokongan inu dan adik beradikku dan hidupku bertambah baik dari sehari ke sehari.. Baru sekarang aku sedar kasih sayang dan kebahagiaan bersama keluarga adalah segala-galanya tapi bukannya keseronokan bersama rakan-rakan mahupun teman lelaki... Aku mulakan hidup baru dan kenangan lama hanya mampu aku jadikan sebagai pengajaran buatku di masa hadapan.... 

No comments:

Post a Comment