Friday 8 October 2010

A131857 NORHIDAYU LJII

    Pada minggu ini saya telah mempelajari satu ilmu yang baru.Ilmu tersebut amat penting bukan sahaja bagi saya tetapi juga bagi setiap manusia.Sesi perkuliahan kali ini saya telah didedahkan kepada satu ilmu yang amat menarik iaitu pengurusan emosi di dalam keluarga.Setiap orang semestinya akan mempunyai keluarga masing-masing suatu hari nanti dan pengurusan emosi dalam keluarga ini amat penting bagi memastikan bahawa keluarga yang di bina sentiasa berada dalam keadaan yang bahagia dan harmoni.Selain itu,pengurusan emosi dalam keluarga turut mendorong ke arah pembentukan keluarga yang bahagia kerana apabila sesuatu masalah telah melanda keluarga kita akan dapat menyelesaikan apa jua masalah yang di hadapi.Jadi dengan adanya ilmu dalam pengurusan emosi tersebut kita dapat menangani emosi-emosi dalam keluarga,seterusnya hal adalah merupakan satu panduan ke arah kebahagiaan keluarga.
    Adakah kita mengetahui apa sebenarnya maksud keluarga bahagia itu?Keluarga bahagia adalah keluarga yang dibina atas suatu ikatan perkahwinan yang amat kuat dan mesra untuk tolong menolong, berkasih sayang, bahagia membahagiakan dan damai mendamaikan antara satu sama lain (Hasnan Kasan, 2006).Kita semestinya tahu apakah matlamatnya kita membentuk satu keluarga yang bahagia kerana tujuannya adalah untuk kita mencapai kebahagiaan hidup berkeluarga serta melahirkan dan mempunyai anak-anak yang soleh.Kebiasannya ketenteraman hanya akan wujud dengan adanya sebuah keluarga yang sihat,dipenuhi kasih sayang dan penuh tanggungjawab.Disamping itu,pengurusan emosi dalam keluarga ini bukan sahaja dapat melahirkan keluarga yaang bahagia namun ia turut dapat mewujudkan sebuah masyarakat yang hidup dalam keadaan aman dan sentosa.
     Bagi membentuk sebuah keluarga yang bahagia setiap individu dalam sesebuah keluarga itu perlu dalam memainkan peranan sendiri.Namun begitu,individu dalam keluarga seperti suami,isteri serta anak-anak juga adalah merupakan insan biasa.Mereka tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan mereka turut membawa bersama emosi yang di rasai tidak kira sama ada ianya emosi positif ataupun negatif.Terbukti bahawa emosi itu kadang kala bergantung kepada situasi di mana seseorang itu berada.Sebagai contohnya,bagi sesebuah keluarga rumah merupakan satu tempat yang amat penting kerana di sinilah mereka dapat berkumpul beramai-ramai,berjumpa serta berbual-bual.Rumah merupakan satu situasi yang mengandungi pelbagai sumber rangsangan ke atas emosi kita.Jika kita dapat saksikan sendiri situasi sebegini di mana kebanyakan keluarga lebih banyak meluangkan masa bersama-sama di rumah.Tetapi terdapat juga sesetengah keluarga itu tidak banyak menghabiskan masa bersama-sama.Hal sebegini adalah berpunca daripada pelbagai faktor antaranya seperti kesibukkan waktu kerana urusan kerjaya dan sebagainya.Oleh yang demikian,kita dapat mengatakan bahawa emosi seseorang tidak kira sama ada suami,isteri mahupun anak-anak boleh berubah mengikut situasi di rumah terutamanya.
    Kita sering mendengar pepatah di mana sedangkan lidah lagi tergigit inikan suami isteri,walaupun tidak sering mengalami masalah keluarga namun kadang-kadang ianya akan terjadi.Apabila sesuatu masalah itu berlaku dalam sesebuah keluarga,jika emosi khususnya emosi negatif tidak di kawal dan di urus hal ini akan meninbulkan banyak masalah dalam rumahtangga tersebut.Sebaliknya jika emosi positif sentiasa di terapkan dalam sesebuah rumahtangga itu,hubungan suami isteri akan bertambah baik dan turut akan menjadikan keluarga kita keluarga yang bahagia.Oleh itu,sekiranya kita suami isteri berselisihan faham antara satu sama lain mereka tidak seharusnya saling menyalahi tetapi apa sepatutnya yang di lakukan adalah cuba untuk menyelesaikan masalah tersebut secara damai tanpa menjadikan masalah itu semakin rumit.
    Sekiranya kita menginginkan keluarga yang di bina sentiasa dalam keadaan bahagia,suami isteri terutamanya haruslah bijak dalam memainkan peranan masing-masing.Kedua-dua mereka perlulah berperanan dalam mengawal emosi sewaktu berhadapan dengan apa jua masalah dalam rumahtangga.Apabila ianya berkaitan dengan masalah rumahtangga,ianya bukanlah sesuatu perkara yang boleh kita abaikan.Ini adalah kerana ianya melibatkan ramai insan seperti anak-anak yang masih belum mengetahui apa-apa.Jadi dalam hal sebegini,kematangan dalam berfikir adalah sangat penting.Kebijaksanaan emosi(EQ) adalah sangat penting bagi seseorang individu itu kerana dengan adanya EQ yang tinggi seseorang itu dapat mengawal emosi yang di alaminya serta dapat mengawal dan membimbing emosi orang-orang di sekitarnya.Jika di lihat dalam konteks kekeluargaan,EQ adalah penting dalam mengenalpasti antara emosi yang perlu dielakkan dan dikawal.Suami atau isteri perlu menggunakan bahasa komunikasi verbal dan bukan verbal yang sesuai bagi mengelakkan daripada menyakiti hati dan perasaan pasangan masing-masing.
    Jika kita sedar akan hal ini,bukan sahaja pengurusan emosi dalam keluarga perlu di terapkan dalam kehidupan malan pengurusan emosi dalam masyarakat turut penting.Hal ini adalah kerana tidak kira di mana-mana kita akan hidup secara bermasyarakat.Kita haruslah bijak dalam menangani emosi apabila berhadapan dengan masyarakat.Sekiranya hal ini tidak di titikberatkan maka ianya akan menyebabkan diri kita akan berhadapan dengan masalah suatu hari nanti.Hidup bermasyarakat ini tidak haruslah kita membuat hal masing-masing sebaliknya kita mesti sentiasa kunjung-mengunjungi antara satu sama lain dan salina hormat-menghormati.Jika kita sentiasa mengamalkanny maka kehidupan kita akan lebih bahagia dalam hidup secara bermasyarakat.Hal ini turut akan menjadikan keluarga kita keluarga yang aman damai tanpa sebarang gangguan daripada jiran tetangga.
    Kesimpulan yang dapat saya buat di sina adalah dalam memastikan keluarga yang kita bina selama ini sentiasa mendapat kebahagiaan individu dalam keluarga itu haruslan bijak dalam memainkan peranan masing-masing.EQ adalah sangat penting dan perlu ada pada semua terutamanya yang sudah bergelar suami dan juga isteri kerana hal ini amatlah di perlukan untuk menjamin keharmonian rumahtangga.Selain itu,EQ ini juga penting dalam menjalani kehidupan seharian kita yang hidup secara bermasyarakat.Kehidupan bermasyarakat yang harmoni adalah apabila kita tidak mempunyai sebarang masalah dengan jiran-jiran tetangga yang lain.
 
 

   


No comments:

Post a Comment