Friday 15 October 2010

A130188 RASHIDAH LJ12

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Agak janggal bila rupanya sudah jurnal dan pengajaran terakhir oleh Encik Zamri. Rasanya baru semalam gurauan senda dari Encik Zamri yang saya rasakan baru sahaja saya dengar. Namun begitu, masa semakin mencemburui, musim peperiksaan kian tiba, ini bermakna kuliah ini merupakan kuliah terakhir saya bersama-sama dengan Encik Zamri. Emosi di tempat kerja dan organisasi, itulah tajuk yang menjadi pengakhir kepada kuliah pengurusan emosi yang dikendalikan oleh Encik Zamri.

Dalam mempelajari topik ini, semua orang sudah maklum bahawa emosi mampu mempengaruhi prestasi kerja seseorang. Emosi memainkan peranan yang penting dalam proses membuat keputusan. Jika emosi tidak diuruskan dengan baik, maka segala keputusan yang dibuat juga mungkin tidak mampu menyelesaikan masalah yang ada. Hal ini kerana jika kita terlalu mengikutkan emosi maka bertambahlah teruk sesuatu keadaan itu berlaku. Sebagai contoh pengalaman rakan saya iaitu Syazwani yang bekerja sebagai promoter di kedai kasut. Dia pernah dituduh mencuri wang di kedai kasut tersebut oleh rakan sekerjanya, namun disebabkan majikannya adalah seorang yang rasional dan tidak bertindak mengikut emosi, perkara tersebut telah diselesaikan dangan cara yang baik iaitu bosnya menyiasat perkara tersebut.  Apabila disiasat, barulah diketahui bahawa rupanya rakan sekerjanya sendiri yang mencuri wang tersebut. Di sini boleh kita mengambil iktibar bahawa apabila bosnya yang tidak terlalu mengikut emosi dan menyiasat terlebih dahulu apa yang telah berlaku, maka perkara itu dapat diselesaikan dengan cara yang baik. Tambahan pula rakan saya yang tidak mudah marah dan membiarkan sahaja bosnya itu yang menyelesaikan perkara tersebut. Prinsipnya yang menyatakan orang baik pasti ditolong Allah adalah amat berkesan sekali. Ini jelas menunjukkan bahawa sesuatu permasalahan yang berlaku tidak seharusnya diselesaikan dengan emosi.

Terdapat beberapa konsep yang berkaitan dengan pengurusan emosi di tempat kerja ini. Ia termasuklah pemadanan antara personaliti dengan kerjaya yang dipanggil Teori Kerjaya Holland, kedua ialah Personaliti Type A dan Type B. Seterusnya adalah penggunaan emosi dalam tugasan seharian yang dikenali sebagai Emotional Labour dan yang terakhir adalah budaya kerja di Malaysia. Namun di sini saya lebih suka memfokuskan kepada satu teori sahaja iaitu Personality Type A dan Type B. hal ini keran mudah bagi saya menghuraikan dengan lebih terperinci apakah itu Personality Type A dan Type B.

Personality Type A adalah individu yang melakukan sesuatu kerja yang diberikannya dengan pantas dan dalam kadar yang segera dan akan merasa geram terhadap orang lain melakukan sesuatu kerja dengan begitu lambat. Selain itu, individu jenis ini juga membuat dua kerja dalam satu masa dan dia tidak suka untuk bersuka-ria. Seterusnya individu jenis ini juga taksub kepada nombor dan menilai sesuatu kejayaan diri berdasarkan setakat mana mereka menyempurnakan sesuatu kerja.

Namun ini berbeza jika seseorang individu itu berpersonaliti Type B. Hal ini kerana individu jenis ini tidak merasakan perlu untuk melakukan sesuatu berdasarkan desakan tugas.  Mereka juga tidak merasakan perlu untuk membincangkan pencapaian diri mereka kecuali diperlukan. Mereka juga menganggap bersukan sebagai sutu aktiviti riadah dan bukannya satu medan untu mempamerkan kehebatan diri. Mereka juga apabila melakukan sesuatu kesalahan ataupun tidak membuat sesuatu kerja, mereka tidak ada perasaan bersalah.

Disini, saya ingin memberikan satu contoh. Saya mempunyai dua rakan yang bersahabat baik yang mempunyai dua perwatakan ini iaitu seorang berperwatakan personaliti Type A iaitu Fat dan seorang berpersonaliti Type B iaitu Fiz. Mereka adalah bersahabat baik namun apa yang melucukan apabila tiba waktu untuk membuat tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Saya akan dapat melihat dengan jelas personaliti mereka ini apabila Fat akan memarahi Fiz untuk membuat tugasan yang diberikan oleh pensyarah kerana Fat adalah seorang yang suka membuat segala pekerjaan yang diamanahkan dengan segera manakala Fiz pula akan bersenang-lenang beristirehat dan suka membuat tugasan pada saat-saat terakhir.

Kesimpulannya, emosi perlu dikawal dengan sebaiknya tidak kiralah kita di tempat kerja, ketika berorganisasi ataupun ketiak berada di rumah. Hal ini kerana jika emosi tidak diuruskan dengan baik, maka segala permasalahan tidak akan selesai dan mungkin permasalahan tersebut menjadi lebih besar. Maka sepatutnya adalah dinasihatkan janganlah kita menggunakan emosi ketika menyelesaikan masalah tetapi menggunakan akal yang dikurniakan oleh Tuhan pencipta alam. Akallah yang membezakan manusia dengan benda hidup lain yang di ciptakan olehNya. Mudah- mudahan kita sentiasa mengingatinya. InsyaAllah.  #END 


No comments:

Post a Comment