Monday 11 October 2010

A130188 RASHIDAH LJ11

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.  Secara tidak sedar rupanya kita sudah menjengah ke arah peperiksaan tidak lama lagi. Sungguh sedih rasanya ingin meninggalkan sebuah kelas yang agak menarik dengan input-input pembelajaran yang pelbagai.  Tajuk pembelajaran pada minggu ini adalah pengurusan emosi dalam kalangan keluarga dan masyarakat.

Apabila Encik Zamri menyebut tentang tajuk ini, emosi saya menjadi tidak stabil kerana kerinduan saya pada ahli keluarga saya terutamanya kedua orang tua saya. Mengurus emosi dalam kalangan keluarga amatlah penting untuk memastikan keluarga dalam keadaan bahagia dan harmoni. Dalam tajuk ini pastinya saya akan memfokuskan mengenai pengurusan emosi dalam kalangan keluarga. Keluarga bahagia ditakrifkan sebagai keluarga yang dibina atas suatu ikatan perkahwinana yang amat kuat dan mesra untuk tolong menolong, berkasih sayang, bahagia membahagiakan dan damai mendamaikan antara satu sama lain. ( Hasnan Kasan, 2006). Untuk memastikan keluarga dalam keadaan bahagia, peranan suami, isteri dan anak-anak amtlah penting.  Hal ini kerana dalam sesebuah keluarga itu, pastinya emosi akan sentiasa berubah-ubah. Sebagai comroh apabila suami memarahi anak, isteri juga memarahi anak, maka anak akan berada dalam keadaan emosi tidak stabil. Sepatutnya, untuk mencapai kebahagiaan , sama ada suami atau isteri sepatutnya memainkan peranan yang bertentangan supaya keluarga menjadi bahagia. Di sini saya ingin memberikan contoh mengenai pertentangan sikap ini. Kita boleh lihat sendiri pengakuan yang dibuat oleh pasangan suami isteri iaitu pelakon Vanida Imran dan Rashidi Ishak. Dalam sebuah temubual, mereka telah menyatakan bahawa rahsia perkahwinan mereka kekal salaam sepuluh tahun adalah melalui sikap tolak ansut dan apabila seorang daripada mereka marah, yang seorang lagi akan berdiam diri.

Ketika saya menulis jurnal ini, tiba-tiba saya teringatkan satu movie yang baru sahaja saya tonton pada minggu lepas. Tajuk movie tersebut ialah Semerah Cinta Steletto. Walaupun ia hanyalah sebuah cerita biasa iaitu mengenai kasut merah, namun saya mendapati isu apabila emosi tidak diuruskan dengan baik seperti dalam keluarga Stella, sesebuah keluarga itu mampu pincang. Hal ini kerana ibubapa Stella akan bercerai kerana kesibukan bapa Stell manakala ibu Stella pula mempunyai teman lelaki lain. Ini menunjukkan walaupun kita mempunyai harta yang banyak, namun jika tiada perbincangan dalam keluarga jika terdapat sebarang permasalahan, mugkin masalah yang besar akan timbul dan mungkin sudah terlambat untuk memperbaikinya. Oleh itu, cerita ini memberikan sedikit sebanyak input mengenai pengurusan emosi dalam kalangan keluarga. Saya merasakan  cerita ini sesuai untuk ditonton untuk menghubungkaitkan menngenai pengurusan emosi dalam kalangan keluarga walaupun ramai yang mengatakan filem Melayu adalah membosankan. Selamat menonton

Sebagai kesimpulannya, untuk memastikan sesebuah keluarga itu berada dalam keadaan harmoni dan bahagia, seharusnya setiap permasalahan yang wujud haruslah dibawa kepada perbincangan dan cuba untuk menyelesaikannya bersama-sama tidak kiralah masalah itu besar atau masalah tersebut adalah kecil. Dalam sesebuah institusi kekeluargaan, seharusnya peranan yang dimainkan jangan diletakkan kepada hanya seorang sahaja sama ada isteri atau suami, tetapi kedua-dua mereka hendaklah memainkan peranan.  Bak kata pepatah "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing". Akhir kata terima kasih kepada Encik Zamri kerane memberi banyak tunjuk ajar dalam pembelajaran pengurusan emosi ini. Terasa masa cepat berlalu dan saya mengharap doa Encik Zamri mengiringi semua pelajar Encik Zamri ketika menjawab soalan peperiksaan nanti. InsyaAllah. #END


No comments:

Post a Comment