Friday 1 October 2010

A129205 FATHANAH LJ10

Rabu, 29 September, seperti biasa jam 4 hingga 7 petang,  saya akan menghadiri  kelas pengurusan emosi. Tajuk yang akan dipelajari pada hari ini ialah mengenai kebijaksanaan emosi. Tajuknya sangat menarik, semoga apa yang dipelajari akan dapat saya manfaatkan dan aplikasikan dalam kehidupan seharian. Sebelum memulakan kuliah, pensyarah kami ada menunjukkan sedikit slaid mengenai gambar mimik atau riak muka untuk kami kenal pasti emosi yang telah dipamerkan, tetapi ia agak sukar  kerana kita perlukan kebijaksanaan untuk menilai atau mengenal pasti apakah emosi yang telah ditunjukkan di sebalik wajah individu yang  ditunjukkan kerana ia  hanyalah gambar  dan bukannya keadaan yang sebenar. Jenis emosi yang ditunjukkan oleh individu tersebut adalah seperti marah, sedih, gembira, takut.  Berbalik kepada tajuk kuliah, definisi pengurusan emosi ialah bagaimana seseorang individu itu menguruskan emosinya  sehingga berjaya mempengaruhi perasaan diri sendiri serta  orang lain yang berada  disekeliling mereka (Totterdell, 2000).

Hasil daripada pembelajaran, saya  mendapati emosi juga dapat dikenalpasti melalui mimik wajah dan intonasi suara. Sebagai contohnya, kakak saya amat mudah mengenalpasti kesedihan  jika berlaku sesuatu kepada saya melalui riak wajah sedih  walaupun saya belum lagi  menceritakan keadaan yang sebenarnya. Misalnya, sehari sebelum  pulang ke Universiti , kakak saya sudah mengetahui kesedihan saya yang akan meninggalkan rumah  dengan mencuba menggembirakan hati  saya dengan membelanja saya makan makanan kegemaran saya dan membawa saya pergi membeli belah. Selain itu juga emosi juga boleh berubah-ubah mengikut keadaan situasi yang berlaku ketika itu, begitu juga yang berlaku kepada saya, ketika saya menerima panggilan daripada kawan saya yang mengajak saya untuk bermain sofbol untuk sukan universiti (SUKEM)perasaan saya sangat gembira kerana sudah lama tidak bermain sukan tetapi sesudahnya saya berlatih , emosi saya berubah menjadi sangat marah dan tertekan akibat keletihan selepas berlatih. Hasil pemahaman saya juga mendapati emosi juga boleh dijadikan pendorong (motivator) kepada tingkah laku. Misalnya, ketika masih bersekolah di sekolah menengah, saya mempunyai seorang kawan, dia merupakan seorang pelajar yang  sangat pemarah dan selalu bersedih apabila ditegur oleh kawan-kawan mengenai perangainya, sikapnya menyebabkan semua orang meminggirkannya,  tetapi selepas dia berjumpa serta diberikan nasihat oleh guru kaunselor mengenai tingkah lakunya, dia berubah menjadi seorang yang peramah dan gembira. Hal ini membuktikan emosi juga boleh merubah karekter seseorang individu.   

Selain itu, hasil daripada pemahaman, saya juga mendapati emosi lebih dikaitkan dengan wanita, setiapkali kita akan mendengar orang akan  bercakap asyik-asyik "emo" saja. Dan kata-kata itu selalu ditujukan oleh seorang lelaki kepada wanita. Mungkin juga kata-kata itu benar kerana perasaan  wanita mudah dipengaruhi oleh keadaan dan situasi, sebagai contohnya, kawan saya ketika menonton cerita-cerita yang menyayat hati dan sedih, dia dengan mudahnya mengalirkan air mata walhal itu hanyalah lakonan semata-mata dan bukannya terjadi dalam keadaan yang realiti. Begitu juga, ketika saya dan kawan saya, pergi ke pusat membeli-belah, ada satu ketika kami melalui ruang barangan elektronik, di mana mereka menunjukkan cerita yang agak menyeramkan atau "thriller", ketika ada babak-babak yang  mencemaskan saya dan kawan saya menjerit dan menutup mata kerana tidak mahu menontonnya babak tersebut. Aksi yang dilakukan oleh kami berdua sangat spontan.   Jadi tidak kira dimana keadaan dan situasi, golongan wanita akan mengekspresikan emosi mereka tanpa menghiraukan keadaan sekeliling mereka.

Kesimpulannya, pengurusan emosi amat bergantung kepada kebijaksanaan seseorang individu tersebut  dalam  menyelesaikan  dan mengenalpasti  masalah  dengan menggunakan kemahiran  individu secara rasional  dan efektif. Sekian.

No comments:

Post a Comment