Saturday 16 October 2010

A129088 RAFIUDDIN LJ09

Salam 1Malaysia dan Salam 1Cinta terutama kepada blogger yang sedang mabuk dalam mood percintaan. Tidak salah rasanya jika kita hendak bercinta ketika usia muda dan masih bergelar seorang pelajar, namun apa yang paling penting ialah bagaimana kita menguruskan cinta itu dan landasan yang bagaimanakah perlu kita turuti. Jika anda memilih landasan Islam, insyaAllah jaminan  titian ke jinjang pelamin dan cinta sampai syurga yang bakal anda perolehi.

 

Dalam mana-mana organisasi pun, pasti wujudnya aspek emosi yang akan menetukan berjaya atau tidaknya organisasi tersebut. Begitu juga bagi institusi kekeluargaan. Dalam usaha mengekalkan hubungan yang baik antara isi keluarga, emosi setiap pihak perlu dijaga dan senantiasa dipantau. Seperti yang kita sedia maklum, keluarga terdiri dari ibu bapa itu sendiri, adik beradik, anak-anak, bapa da ibu saudara, datuk dan juga nenek. Malahan, tidak terlanjur kiranya saya mengatakan bahawa sahabat juga merupakan ahli keluarga kita kerana mereka jugalah yang mengajar kita pelbagai ilmu dalam kehidupan.

 

Isu inilah yang menjadi tumpuan dan menjadi fokus saya pada minggu ini. Pengurusan emosi kekeluargaan merupakan tajuk yang selesa namun tidak semua yang berasa senang membincangkan perihal kekeluargaan ini. Keluarga wujud apabila dua insan iaitu  tatkala lelaki dan si wanita mendirikan rumah tangga. Kebanyakan perkahwinan adalah hasil putik cinta dua insan tersebut. Namun begitu, ada juga perkahwinan yang dilangsungkan secara paksaan dan terpaksa menurut pilihan keluarga. Sukar bagi mereka untuk memperoleh kebahagiaan jika tidak mampu menerima diri pasangan mereka seadanya. Walaupun bukan dengan rela, apabila cinta sudah bertaut, isteri wajar mentaati suami dan perlu melupakan lelaki yang pernah dikasihinya dulu, jika ianya perkahwinan desakan keluarga, seperti kisah Lagenda Budak Setan. Penghubung emosi yang paling baik ialah dengan menguntumkan senyuman kepada suami atau isteri secara ikhlas setiap hari.

 

"Keluarga adalah anugerah, anak ialah rezeki"

 

Namun, langit tidak selalunya dan sentiasa cerah, sentiasa mendung di pertengahan pesta. Kiasan ini sudah cukup menggambarkan bahawa kita perlu bersedia menghadapi emosi sedih dan kecewa ketika ditimpa musibah dan kecelakaan kerana sesungguhnya, malang tidak berbau. Sebagai contoh, apabila anak yang ditatang bagai minyak yang penuh oleh keluarga En Jazimin, Nurul Jazlin hilang, dan terbunuh, sudah pasti emosi sedih menghempap jiwa si ibu dan si ayah yang keras hati. Tapi, sedia atau tidak, begitulah lumrah dunia, Qada' dan Qadar.Hargailah keluarga kita selagi mereka berusia. Jenguklah kedua ibubapa kita selagi hayat mereka masih ada, kerana kita tidak tahu bahawa ajal dan maut urusan Yang Maha Pencipta. Subhanallah…

 

Topik pada minggu ini juga banyak berkisar tentang isu yang berkaitan dengan Teori Femism, yang banyak diketengahkan oleh pemikir barat berkaitan man conquer the world. Dalam hal ini, wanita sering kali dianggap lemah oleh golongan lelaki dan seharusnya pemikiran tipikal sang pria ini perlu dihakis kerana wanita kini lebih sofistikated dan unggul, tidak seperti wanita yang mengikut suara lelaki, 20 tahun yang lalu. Isu-isu yang klise seperti lelaki bekerja, dan wanita menjaga anak tidak boleh lagi digunapakai bagi mengukur tahap social wanita berkeluarga pada hari ini.

 

Konklusinya, wanita dan lelaki perlu bergandingan dalam pelayaran bahtera rumahtangga dan menguruskan keluarga, dan perlu menjadi teladan yang baik kepada anak-anak. Percayalah, jika anda memperlakukan ibu bapa anda dengan kejam dan acapkali mengabaikan mereka, anda perlu sedar yang anda juga akan tua suatu hari nanti dan hukum karma akan menyusul. Anak anda mungkin akan melayan anda seperti apa yang telah anda lakukan pada ayah dan ibu anda sewaktu muda dahulu. Renungkanlah, dan pulanglah mengucup dahi kedua ibu bapa anda selagi masih ada masa, jarak dan masa tidak wajar dijadikan kekangan...


No comments:

Post a Comment