Friday 1 October 2010

A127856 EAISHAH LJ10

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setiap daripada kita pastinya pernah membuat mimik muka sama ada marah, terkejut, sedih, gembira dan sebagainya. Pastinya muka adalah luahan apa yang kita rasakan. Melalui air muka juga kita dapat mengetahui perasaan seseorang . pastinya pembelajaran pada minggu ini begitu menarik iaitu berkaitan dengan kebijaksanaan emosi. Hal-hal yang berkaitan dengan pembelajarn pada minggu ini adalah bagaimana kita menguruskan emosi kita dan juga orang lain.

Apakah tindakan yang akan dilakukan oleh kita sekiranya kita berhadapan dengan emosi orang lain yang tidak begitu stabil. Sebagai contoh, saya sebagai seorang anak bongsu dalam keluarga pastinya saya mahu menjaga perasaan dan emosi setiap ahli keluarga saya. Terutama terhadap kedua ibu bapa saya. Tambahan pula usia mereka sudah meningkat, pastinya emosi mereka paling saya kene jaga. Sebagai contoh, apabila saya meminta izin untuk keluar bersama-sama rakan. Saya akan melihat emosi dan muka mereka pada masa itu. Sekiranya seperti mereka tertekan, saya tidak berani tuk meminta kebenaran keluar.pastinya akan dimarahi oleh mereka. Oleh itu, kita akan dapat mengetahui emosi yang dialami oleh seseorang itu melalui air muka yang ditunjukkan.

Melalui pembelajaran pada minggu ini menambahkan lagi pengetahuan saya mengenai kebijaksanaan Emosi. Sebagai contoh mengenai satu penyakit atau gejala kekosongan emosi atau dalam bahasa saintifiknya ialah Alexithymia. Baru saya tahu bahawa terdapatnya gejala seperti ini. Gejala ini menunjukkan tanda seseorang itu tidak tau perasaan yang sedang dialami olehnya. Disamping itu juga mereka juga tidak dapat menyatakan secara terbuka emosi yang sedang dirasai oleh mereka. Melalui  pembelajaran minggu ini juga saya mengetahui bahawa  seseorang yang mengalami gejala ini mereka sudah tidak memiliki perasaan apa-apa pun seperti marah, sedih, suka dan sebagainya. Mereka juga jarang menangis. Saya masih belum lagi berjumpa dengan seseorang yang mengalami gejala seperti ini. Sekiranya saya berjumpa dengan orang yang mengalami gejala seperti ini pastinya saya rasa simpati terhadap yang dialami olehnya.

Teori yang mendasari perkara ini adalah The Emotional Competencies (Goleman) yang dikenalkan oleh Daniel Goleman. Dalam pembelajaran ini saya diterangkan mengenai Emotional Competence yang menyatakan bahawa emosi merupakan sesuatu yang normal dan setiap manusia pasti mempunyai emosi. Emosi perlulah dikawal oleh kita.tanpa kawalan dari diri kita emosi akan mengawal kita maka akan terjadi nya kita seorang yang akan bertindak dengan emosi. Segala tindakan kita kan dipengaruhi oleh emosi. Perkara ini adalah sesuatu yang tidak elok dan baik. Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu dipengaruhi oleh emosi dalam setiap tindakan yang dilakukan, dia akan bertindak tanpa menghiraukan setiap lakuan atau pandangan daripada orang lain. Ada juga akan bertindak yang ganas dengan membunuh atau memukul tanpa rasa belas kasihan. Disamping itu, adanya kes yang melibatkan suami memukul isteri,mendera isteri dan anak-anak. Suami bertindak sedemikian kerana sering mengikut emosi.

Dalam pembelajaran ini juga berbincang mengenai bagaimana untuk menguruskan sesuatu hubungan. Pastinya kita mempunyai hubungan dengan orang-orang disekeliling kita. Dalam setiap hubungan yang kita jalinkan pastinya sesekali adanya kesilapan dan kesalahan yang dibuat.pembelajaran minggu ini menyatakan bahawa perkara tersebut boleh kita kawal suapaya tidak berlakunya sesuatu yang tidak sedap dirasai dalam sesuatu hubungan. Disamping itu juga, dalam sesuatu hubungan yang agak istimewa kita perlulah adanya sikap yang akan memujuk dan memahami. Hal ini kerana bagi mencipta satu hubungan yang sempurna bukanlah mudah. Disamping perlukan kepercayaan serta pengorbanan.

Sebagai kesimpulan, kita perlulah pandai mengawal perasaan supaya kita tidak akan bertindak mengikut emosi. Menunjukkan perasan simpati terhadap kepada orang lain merupakan sikap yang mebentu kita membina hubugan dengan orang disekeliling kita.disamping itu juga kita perlu selalu bertanya dalam diri kita bagi mengurangkan perkara-perkara yang negatif.

No comments:

Post a Comment