Friday 1 October 2010

A126968 Liyana LJ10

Selamat sejahtera. Pada kali ini saya ingin mengemukakan tentang tajuk kuliah pada minggu ini iaitu Mengesan Emosi. Dalam tajuk ini telah mempelbagaikan sub-sub seperti cara-cara untuk mengesan emosi seseorang, bagaimana untuk menguruskan emosi sama ada positif mahupun negatif, keadaan seserang tentang emosinya, dan sebagainya.

Pada pendapat saya, peranan emosi amat memainkan penting dalam hidup kita untuk melatih seseorang bagi menguruskan diri dan menentukan masa depan hidup mereka. Pengurusan emosi amat penting sebagai langkah-langkah yang terbaik untuk menstabilkan emosi kembali kepada normal. Setiap individu mempunyai matlamat sendiri dan mempunyai cara sendiri bagi memastikan mereka selesa dengan cara tersendiri bagi menguruskan emosi mereka.

Cara untuk mengesan emosi seseorang adalah melalui perubahan mimic muka yang berbeza-beza. Boleh dikatakan sedikit-sedikit saya boleh membaca isi hati orang dengan melihat mimik muka seseorang. Apa yang saya pelajari ketika kuliah pada minggu ini, mimik muka yang senyum bukanlah sebenarnya seseorang itu berasa gembira malah disebaliknya. Pasti setiap manusia akan berbuat begitu. Ia dikatakan sebagai senyuman sinis tetapi dihati berasa marah dan bensi dan seseorang itu terpaksa berpura-pura untuk gembira.

Sebelum ini, berlaku satu peristiwa yang agak mengecewakan bagi saya. Fokusnya, hubungan persahabatan antara rakan menjadi renggang kerana perselisihan faham berlaku. Tetapi, walaupun kami bergaduh, senyuman dan teguran tetap timbul. Sebaliknya dalam hati ini membuak-buak kerana terlalu geram dan marah dengan sikap mereka. Akhirnya, kami membuat keputusan untuk memujuk semula dan ia sebagai satu tanda titik untuk menjelaskan sub topik pengurusan emosi selepas ini.

Pengurusan dalam emosi ini memerlukan kebijaksanaan yang tersendiri. Ia adalah kelebihan kita untuk mengesan emosi kita sendiri. Kita perlu menggambarkan emosi yang akan mempengaruhi aspek kehidupan mereka. Emosi ini adalah sesuatu yang normal dan tidak pelik untuk seseorang yang ingin membangkitkan tentang emosi ini adalah rekaan semata-mata. Ia adalag bersifat inniate. Pengurusan emosi boleh selesaikan secara semulajadi, pengurusan yang perlu dibimbing dan dipelajari. Setiap orang memerlukan kedua-duanya, setiap orang juga memerlukan salah satu daripada penyelasaian tersebut. Bagi penyelesaian pengurusan emosi yang perlu dibimbing, individu tersebut perlu mendapatkan khidmat kaunseling untuk memastikan keputusan yang dibuat adalah benar. Selain itu, mereka juga perlu mendapatkan kursus motivasi yang lebih berkesan tentang pengurusan dalam membuat keputusan.

Ketika saya mengalami masalah, saya sentiasa ingin merujuk seseorang untuk mendengar luahan hati saya. Perbuatan tersebut akan membuatkan saya berasa lega. Perasaan yang berbagai-bagai di dalam lubuk hati yang telah dilukai akan terlepas jua ketika saya meluahkan masalah saya kepada orang lain. Selain itu, sekiranya saya mengalami stress ketika berada dikampus, saya akan pulang ke kampung sebagai jalan penyelesaian daripada kesibukan yang melanda selama digelar sebagai mahasiswa. Sekian.

No comments:

Post a Comment