Friday 15 October 2010

A123875 Nurul LJ12

Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah, itu yang dapat aku ucapkan di bibirku.. Rasa syukur dan puas menyelubungi hatiku. Pagi tadi, aku dan ahli kumpulanku membuat perbentangan projek dan ia berjalan dengan lancar, SubhanAllah.  Setelah berbulan-bulan, kami berhempas pulas untuk mencari dan memahami bahan demi menyiapkan projek, kini segalanya berakhir dengan satu kepuasan.  Benarlah, kata satu pujangga, kejayaan yang paling indah, adalah apabila sesuatu yang kita lakukan beserta dengan pengorbanan dan kesabaran.  Itulah yang dapat aku kaitkan dengan tajuk kuliah Pengurusan Emosi pada minggu ini iaitu "Emosi di Tempat Kerja".  Bagi diriku, fakulti boleh dikatakan sebagai tempat kerjaku.  Emosi dapat mempengaruhi prestasi di tempat kerja.  Ketika aku mempunyai emosi yang gembira, adalah lebih mudah bagiku untuk menerima dan memahami kuliah yang diajarkan oleh pensyarah.


Emosi juga memainkan peranan penting dalam proses membuat keputusan.  Jika seorang hakim itu ingin membuat keputusan, dia hendaklah bertindak mengikut kepada fakta, bukannya berdasarkan kepada emosi seseorang individu.  Banyak teori yang dipelajari dalam kuliah ini seperti Teori Kerjaya Holland, Jenis-jenis Personalti, dan Emotional Labour. 


Jenis-jenis Personaliti terbahagi kepada jenis A dan jenis B. Di mana kedua-dua jenis personaliti ini adalah sangat berbeza di antara satu sama lain. Jenis A adalah individu yang melakukan kerja dengan pantas, berusaha mencari jalan untuk membuat dua kerja pada satu masa, dan taksub dengan nombor, menilai kejayaan diri berdasarkan setakat mana mereka menyempurnakan sesuatu kerja.  Bagiku, ciri-ciri jenis A ini, ada yang menyamai personaliti diriku, kerana aku akan berusaha sesungguh hati untuk menyempurnakan sesuatu kerja atau amanah yang telah diberikan kepadaku.  Jenis B pula, adalah individu yang tidak merasakan perlu berdasarkan desakan kerja, menganggap bersukan sebagai kegiatan riadhah, bukan sebagai satu cara untuk mempamerkan kehebatan diri. Aku mempunyai seorang kawan yang mempunyai ciri-ciri jenis B ini, kerana dia juga seorang yang menganggap sukan sebagai satu riadhah sahaja, walaupun dia mempunyai bakat yang boleh digilap untuk menjadi bintang yang akan terkenal suatu hari nanti. 


Untuk Emotional Labour, ia adalah keadaan di mana seseorang staf itu menjalankan kerja dengan menggunakan emosi.  Sebagai contoh, penyambut tetamu. Mereka yang mempunyai profesion ini, mesti tersenyum walaupun pada waktu itu mereka merasa sedih atau marah.  Selain itu, kaunselor juga adalah antara pekerjaan yang memerlukan emosi semasa menjalankan pekerjaannya.  Kaunselor haruslah pandai menguruskan emosi dirinya agar kelihatan sentiasa ceria dan bersemangat ketika menerima pelanggan. 


Terdapat dua jenis Emotional Labour iaitu, Surface Acting dan Deep Acting. Surface acting adalah di mana staf itu memaksa dirinya untuk tersenyum walaupun mereka tidak gembira.  Deep acting pula adalah di mana staff itu berusaha untuk melahirkan perasaan yang dikehendaki oleh tuntutan profesyennya. Semoga kita semua dapat memberikan yang terbaik dalam pekerjaan kita dan menjalankannya dengan penuh dedikasi.


No comments:

Post a Comment