Friday 1 October 2010

A 130854 Rafidah LJ 10

Assalamualaikum…W.B.T.. dan Salam Sejahtera…….

Pada minggu ini, kita telah pun mempelajari tentang 'kebijaksanaan emosi' menerusi kelas pengurusan emosi. Sebagai makhluk yang dilahirkan di atas muka bumi ini, dengan amanah sebagai seorang khalifah di muka bumi Maha Pencipta ini kita seharusnya bijak dalam menguruskan emosi kita. Samada kita adalah pemimpin tertinggi sesebuah kerajaan, pemimpin kepada sesebuah organisasi, pemimpin kepada sesebuah keluarga mahupun kita menjadi pemimpin kepada diri sendiri, kita seharusnya bijaksana dalam menguruskan emosi kita justeru itu kita juga dapat menguruskan emosi orang yang berada di sekeliling kita. Kebijaksaan emosi adalah kebolehan kita untuk mengesan atau mengenalpasti emosi diri kita sendiri juga orang lain di samping boleh membezakan pelbagai jenis emosi.

Apabila kita marah, cuba tidak berkata dan melakukan apa-apa. Orang yang gagah itu bukanlah orang yang paling gagah di medan pertempuran, melainkan orang yang gagah itu adalah orang yang dapat mengendalikan dirinya semasa marah. Kemampuan seorang mengawal emosinya tidak dinilai pada saat biasa, pengaruh yang merangsang emosi hanya sedikit ataupun tidak ada. Melainkan semasa mereka diuji oleh Allah s.w.t. dengan pelbagai musibah dan cabaran. Di sini diselitkan satu kisah yang dipetik dari satu artikel kebijaksanaan emosi.

Jason H. Palajar pintar dari Coral Springs, Florida dan dijangka akan memasuki sekolah perubatan, Harvard. Dia lulus dengan semua mata pelajaran mendapat A. Cuma David Polorguto, guru fiziknya memberinya B dengan markah 80 dalam ujian akhirnya. Akhirnya Jason H marah dengan keputusan itu dan bertindak menyerang gurunya di dalam makmal dan telah dileraikan oleh pembantu makmal. Hakim dalam perbicaraan membebaskan Jason dengan sebab dia mengalami ketidakwarasan sementara. Goleman di dalam Emotional Intelligence mengajukan soalan, "bagaimana orang sepintar Jason H sanggup melakukan sesuatu yang tidak rasional, hilang pertimbangan dan menjadi seorang yang bodoh?" Jawapannya, adalah kepintaran akademik hanya sedikit sahaja membantu kejayaan hidup individu. Orang yang pintar antara kita adalah mereka yang tidak pintar dalam mengurus kehidupan peribadinya. Kajian mendapati faktor kepintaran akademik individu pada kejayaannya hanyalah 20 peratus sahaja. 80 peratus lagi daripada faktor-faktor lain. Ramai pelajar yang cemerlang akademik dengan mendapat keputusan yang menakjubkan sebelum memasuki institusi pendidikan tinggi.

Namun disebabkan masalah sikap dan tabiat seperti memenuhi masa dengan bergayut di telefon, tidur lewat, ponteng kelas dan lain-lain. Akhirnya mereka yang dianggap pintar ini hanya menghabiskan pengajian lebih lewat daripada yang sepatutnya. Dr. George Vaillant di dalam Adaptation of Life menyebut daripada 98 graduan daripada Harvard pada tahun 1940. Didapati pelajar-pelajar dalam lingkungan pencapaian tertinggi tidak begitu berjaya daripada rakan sebaya mereka yang mendapat pencapaian yang rendah daripada segi pendapatan, produktiviti dan status dalam bidang yang mereka ceburi. Malahan mereka tidak mendapat kepuasan hidup dan kebahagiaan. Pakar di Barat mendapati  masalah orang yang cerdik dalam meluahkan perasaan mereka. Gary adalah pakar bedah yang berjaya tetapi secara emosinya dia seorang suami yang membosankan dan tidak mampu mengekspresikan dirinya.

Pemimpin berkarisma adalah tuan kepada emosinya sendiri. Mereka bijak dalam mengawal dan mengaplikasikan emosi mereka. Emosi mereka yang mendalam berkenaan perkara yang memandu diri mereka kepada melaksanakan sesuatu di peringkat luar biasa. Contohnya apabila pemimpin menyampaikan ucapan mengenai masalah remaja yang serius kepada khalayak para guru dan pelajar sekolah, dia mampu menghargai kehadiran faktor emosi disebabkan mendalamnya perasaan dia memikirkan masalah itu.

 

Sekian,,,, Wassalam........................


No comments:

Post a Comment