Friday 3 September 2010

LJ07AZLINA128782

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Emosi, ingatan dan pembelajaran merupakan tajuk kuliah pada minggu ini. Tajuk pada minggu ini juga amat mudah untuk difahami..mengapa? sebab setiap orang pasti akan merasai peristiwa tidak kira manis, pahit atau sebagainya. Tentu sekali peristiwa akan diingati oleh setiap individu bukan…

            Bencana tsunami misalnya merupakan suatu episode duka bagi rakyat Indonesia khususnya dan Negara lain umumnya…walaupun peristiwa ini merupakan peristiwa sedih dan pahit untuk diterima tetapi ia akan tetap diingati selama-lamanya. Setiap peristiwa yang berlaku mengandungi homah sebaliknya dan bukan terjadi semata-mata. Daripada peristiwa ini kita dapati bahawa apabila manusia itu lalai kepada yang maha kuasa maka diturunkan musibah supaya manusia sedar akan kealpaan dan kelalaian yang dilakukan. Sebagaimana yang sedia maklum bahawa sebelum kejadian manusia lalai akan kewajipan tetapi kini manusia mula insaf dan menerimanya dengan takdir. seterusnya mereka tidak akan mengulangi kesilapan yang dilakukan. Begitulah sejarah yang mana kita mesti mengambil iktibar dan tidak mengulanginya.

            Sesat di pudu raya merupakan satu kenangan pahit yang akan saya ingati selama-lamanya. Dengan hanya bersendirian saya berusaha mencari jalan untuk ke stesen  pudu dari Seremban. Hal ini kerana inilah kali  pertama saya pulang sendirian kekampung dari seremban ke Perak. Dengan semangat yang tinggi akhirnya saya temui juga jalan untuk ke pudu setelah sesat di Petaling Street yang merupakan kawasan yang agak bahaya dan menakutkan….tetapi selepas peristiwa ini saya semakin berani untukberjalan sendiri tanpa bantuan sesiapapun…bak kata pepatah jauh perjalanan luas pemandangan…

                        Kehidupan kita sewaktu kecil merupakan peristiwa manis yang akan kita ingati sampai bila-bila kerana ia hanya berlaku seumur hidup sahaja dan tidak berulang lagi. Sebagai contoh jatuh parit  dan kejar orang gila. Ramai orang akan melihat bahawa ia merupakan kenangan pahit tetapi bagi saya ia merupakan kenangan manis yang tidak akan saya lupakan. Ia akan menjadi sejarah dalam kehidupan kita yang penuh dengan keceriaan. Hal ini kerana tidak semua orang akan merasai apa yang akan kita rasai.

            Lain pula jika memperoleh  keputusan yang cemerlang seperti madiha, amalina dan sebagainya. Kejadian manis memperoleh keputusan yang cemelang akan terus diingati kerana ia mungkin akan terjadi sekali dalam seumur hidup. Dengan kenangan manis ini juga akan menyebabkan mereka lebih berusaha dan bukan tersungkur di tengah jalan. Bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan mereka ini menjadi contoh supaya Berjaya seperti mereka. Melalui kenangan manis orang lain kita juga boleh mencipta kenangan manis seperti mereka. Oleh itu iktibar kejadian mereka akan disemat dalam diri mereka.

            Kesimpulannya, semua manusia itu akan merasai kenganan manis dan pahit dalam kehidupan mereka. Ia akan diingati selama-lamanya supaya ia tidak akan berulang lagi dan menjadi pengajaran yang berguna dimasa hadpan.adakah kenangan manis akan lebih diingati ataupun kenanagan pahit. Ramai ahli pakar mendakwa emosi negative akan lebih diingati tetapi adakah benar? Bagi saya kenangan manis atau pehit tetap akan diingati dan ia merupakan sebahagian daripada kehidupan kita.


No comments:

Post a Comment