Thursday 30 September 2010

adda A133767 LJ10

Assalamualaikum dan salam sejahtera

    Alhamdulillah,pada minggu ini saya telah pelajari ilmu yang sangat berguna kepada saya serta rakan-rakan yang lain. Semestinya, tajuk pada minggu ini sangat menarik perhatian saya kerana ia berkaitan dengan ekpresi emosi seseorang samada marah,sedih, takut, jijik dan sebagainya. Mengetahui emosi seseorang sangat penting bagi kehidupan seharian kita. Tajuk kuliah pada hari ini ialah Kebijaksanaan Emosi. Objektif kebijaksanaan emosi ialah memahami apa itu makna pengurusan emosi, memahami pengaplikasian teori-teori emosi bagi menguruskan emosi memerlukan kebijaksanaan dan kematangan emosi, dam memahami konsep kebijaksanaan dan kematangan emosi. Sebelum kuliah dimulakan, saya sangat terhibur dengan ujian-ujian mengenali emosi seseorang melalui ekspresi wajah, pada ujian yang pertama sata dapat menjawap kesemua emosi yang telah dipamerkan, tetapi pada ujian yang kedua ia sangat sukar nagi saya untuk meneka ekspresi wajah yang dipamerkan ini kerana ekspresi wajah yang ditonjolkan tidak menunjukkan sebarang emosi yang yang berkaitan, contohnya marah tetapi sebenarnya emosi yang dipamerkan adalah takut. Ini menunjukkan bukan senang untuk meramal emosi seseorang melalui pandangan, cuba gembira sahaja yang senang dilihat dan diramal.

    Definisi pengurusan emosi ialah cara-cara manusia mengurus dan mempengaruhi perasaan mereka sendiri serta ekspresi dan juga cara-cara mereka mempengaruhi perasaan orang lain, ini dinyatakan oleh Totterdal,2000. Ini kerana terdapat fakta-falta yang menyatakan bahawa emosi dapat dikenalpasti melalui mimik muka seseorang dan intonasi suaranya, contoh yang paling jelas ialah apabila marah. Selalunya kita akan meninggikan suara yang menyebabkan orang lain berasa takut dan senang meramal bahawa kita dalam keadaan marah. Sifat emosi juga berubah-ubah mengikut masa, ini kerana emosi mempunyai darjah intensiti. Intensiti di sini bermaksud kadar emosi kita berubah mengikut tempat sebagai contoh adik kita sering membuat kita sakit hati dan sering menaikkan kemarahan kita tetapi bila melihat gelagatnya yang lucu marah itu akan hilan dengan serta merta dan de gantikan oleh kegembiraan. Di sini kita dapat nyatakan emosi itu berubah dengan cepat kerana ingatan dan emosi amat berkait rapat antara satu sama lain. Emosi bermula apabila kita mempersepsi sesuatu perkara dan situasi juga boleh mengubah emosi seseorang. Emosi hanya terbit apabila ada rangsangan berkaitan, jika rangsangan hilang, emosi akan menjadi kurang aktif. Emosi boleh berperanan sebagai pendorong  kepada tingkah laku, ia juga berkait rapat dengan personaliti.  Emosi juga bersifat dinamik dan boleh berubah-ubah.

 

    Seterusnya terdapat juga model yang telah dikemukakan iaitu model EI yang dapat dibahagikan kepada empat iaitu Ability Based Model, The Emotional Competencies (Goleman) model, The Bar-on of Emotional Social Intelligences (ESI) dan The Trait EI model. Menurut Ability Based Model ia menjelaskan bahawa emosi boleh dikembangkan. Saya jiga telah didedahkkan tentang penyakit yang dialami oleh orang kekosongan emosi iaitu penyakit 'Alexithymia'. Golongan ini tidak tahu apakah perasaan yang mereka sedang alami. Mereka juga tidak dapat menerangkan scara terbuka tentang apa yang mereka rasakan. Mereka merasakan mereka tidak mempunyai perasaan marah, suka, sedih dan sebagainya. Golongan ini juga jarang menangis. Sedikit penerangan tentang emotional compentencies iaitu emosi ini menunjukkan kepada kebolehan sesorang untuk mengekspresikan emosi.

    Sebagai kesimpulannya, kuliah pada minggu ini amat berguna kepadas aya dan juga rakan-rakan. Ini kerana mengenali dan meramal ekspresi seseorang amat penting dalam kehidupan semasa kita.    


No comments:

Post a Comment