Wednesday 22 September 2010

A135584 Qurratu Aini LJ09

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Masa terasa begitu pantas. Sedar tak sedar hampir sebulan lebih sahaja lagi untuk menghadapi peperiksaan akhir semester. Tajuk kuliyah juga pula semakin hampir diulas sepenuhnya. Pada minggu ini, kita membincangkan tajuk ke-9 iaitu EMOSI, PERSONALITI DAN TINGKAHLAKU.

Sebelum kita kupas lebih lanjut, perhatikan situasi di bawah.

"As mempunyai tiga rakan baik. Sejak di bangku sekolah lagi, mereka lah yang banyak mendorong kepada kejayaan As memandangkan As adalah seorang anak yatim. Peliknya , walaupun mereka berempat masing-masing mempunyai personaliti yang berbeza tetapi, akar persahabatan mereka tetap utuh sehinga kini. Noni seorang yang agak pendiam tetapi seorang yang cukup memahami. Hatinya mudah tersentuh dengan kesusahan orang lain. Lain pula dengan Tasya yang agak berani. Katanya-katanya lantang dan sangat tegas. Dia bagaikan kakak yang sentiasa menjaga adik-adiknya.Bagi Nad pula, kelebihannya pada keramahannya. Nad sentiasa menghiburkan hati dengan cerita-cerita lucunya......"

Saya pada mulanya kurang faham apa sebenarnya personaliti ini sebenarnya. Tetapi setelah pensyarah melakukan ujian personaliti kepada kami, baru saya faham. Dalam ujian personaliti bukanlah semata-mata untuk mencapai markah penuh dalam ujian personaliti itu. Tiada yang baik atau buruk dalam personaliti. Ia hanyalah kecenderungan kita untuk bertindak balas dlam satu-satu perkara.Setiap manusia mempunyai personaliti yang berbeza-beza. Ini menjadikan manusia begitu unik dan sangat menarik untuk dikenali dan dikaji. Seperti ayat Al-Quran yang berbunyi:

Maksudnya: "Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal....." (Al-Hujurat, ayat  11) 

Perbezaan ini juga menjadikan manusia saling melengkapi seperti contoh dalam satu-satu organisasi, ia memerlukan seorang ketua yang tegas dan produktif dan juga pekerja-pekerja yang berdedikasi dan menurut perintah ketuanya untuk mengembangkan kemajuan sesebuah organisasi itu. Tidak semua idea dan pandangan setiap individu adalah sama. Oleh itu, perlunya kepada kepelbagaian personaliti untuk menjana pemikiran dan perancangan yang strategik.
 
Terdapat dua metod untuk mengukur personaliti seseorang iaitu The Big Five Model  dan Myers-Briggs Type Indicator. MBTI adalah satu instrument yang digunakan secara meluas untuk mengukur tahap dan jenis personaliti setiap individu. Ia terbahagi kepada 4jenis iaitu Extrovert (E) versus Introvert (I), Sensing (S) versus Intuitive (N), Thinking (T) versus  Feeling (F) dan Judging (J) versus Perceiving (P). Kemudian 4 komponen tersebut dianalisa  dan dipadankan dengan personaliti masing-masing.

The Big Five Model  pula terdiri daripada:

1. Extroversion – Tahap keselesaan seseorang dalam satu-satu perhubungan.
2. Agreeableness – Kecenderungan seseorang untuk menghormati orang lain.
3. Conscientiousness – Untuk mengukur tahap kepercayaan seseorang.
4. Emotional Stability – Kebolehan seseorang untuk mengawal tekanan. 
5. Openness to Experience – Ukuran minat dan tarikan seseorang terhadap sesuatu yang baru.

Selain daripada itu, terdapat juga pelbagai faktor yang boleh mendorong kepada personaliti seseorang itu. Pada pandangan saya, personaliti mungkin boleh dipengaruhi oleh faktor sekitaran contonhya masyarakat sekeliling seperti ibu bapa, keluarga atau rakan-rakan. 

Terdapat juga beberapa teori yang boleh menyumbang kepada pembangunan personaliti individu tersebut iaitu:

1. Locus of control – Percaya bahawa kehidupan itu dikawal samada oleh diri sendiri atau orang lain.
2. Machiavellianism – Kecenderungan untuk memanipulasi atau mengekalkan jarak satu-satu emosi.
3. Self-esteem – Tahap percaya kepada diri sendiri.
4. Self-monitoring – Sensitif kepada keadaan unutk berubah menjadi lebih baik (muhasabah).
5. Risk propensity – Kesanggupan mengambil peluang.
6. Type A personality – Berusaha dengan kuat untuk medapat lebih pencapaian.

Dengan mengetahui personaliti seseorang individu, kita juga dapat mengetahui kecenderungan individu dan kesesuaian mereka terhadap satu-satu pekerjaan. Inilah yang selalu dilakukan oleh pakar-pakar motivasi unutk menilai seseorang yang mempunyai masalah dalam alam pekerjaannya. Kadang-kadang jiwa yang tidak sesuai dengan keadaan sekeliling tidak menggalakkan kita berjaya dengan lebih cemerlang. 

Oleh itu, wajar sekiranya saya menyatakan personaliti dan emosi sangat penting dalam kehidupan manusia. Ia juga menjadi panduan kepada kita untuk sentiasa berfikiran positif dan percaya bahawa setipa manusia ada lebihnya  dan perbezaan itulah yang menyatukan dan melengkapi kita.


No comments:

Post a Comment