Wednesday 15 September 2010

A135584 Qurratu Aini LJ08

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada kali ini, tajuk yang yang akan dikupas ialah Emosi & Motivasi. Dua perkara yang berbeza tetpi sangat berkait rapat dalam kehidupan manusia. Pertama sekali, emosi bermaksud satu perasaan yang timbul sama ada negatif atau positif melibatkan otak, tubuh badan, kognitif dan perasaan manakala motivasi ialah secara umumnya pemacu kepada sesuatu tindakan.

Empat komponen yang terdapat dalam satu-satu emosi ialah perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkah laku berkaitan. Kita ambil contoh satu kes pembunuhan. Seorang perompak akan membunuh mangsa rompakan sekiranya dia merasakan rahsia dirinya telah terbongkar dan mengancam dirinya. Jadi, oleh sebab dirinya dikuasai perasaan takut, berlaku proses perubahan-perubahan fisiologi lalu mempengaruhi  akal warasnya dan bertindak membunuh mangsa. Seperti kes pembunuhan terbaru di negara kita, seorang ahli perniagaan yang sangat dikenali telah dibunuh dengan kejam dan tiada perikemanusiaan. Ini mungkin terjadi akibat dorongan-dorongan luar ( motivation ) contohnya perkelahian antara pembunuh dan mangsa yang mendorong pembunuh itu menyembelih dan membakar mangsa.

Selain daripada kesan negatif, motivasi juga mendorong seseorang berfikiran positif. Contonhnya, kerana  minat, seseorang itu akan berusaha bersugguh-sungguh untuk berjaya dalam apa-apa bidang yang diminatinya. Dari pembacaan saya, terdapat ramai tokoh-tokoh korporat yang menceburi bidang perniagaan kerana minat berniaga. Minat ini mendorong mereka untuk terus mengembangkan perniagaan mereka hingga ke maksimumnya. Tanpa minat seseorang mungkin hanya melakukannya separuh jalan. Begitu juga sekiranya sesuatu pekerjaan itu hanya berlandaskan minat sahaja tanpa usaha. Kesimpulannya, minat dan usaha haruslah seiring untuk memajukan diri kerana minat itu adalah motivation manakala usaha itu adalah tingkahlaku hasil dari emosi yang terdorong oleh motivation.

Motivasi pula mempunyai 6 teori iaitu:
i.   Drive
ii.   Incentive
iii.  Instinct
iv. Arousal
v.  Humanistic theory
vi. Unconscious motivation

Motivasi secara amnya adalah satu aspek pemilihan dalam sesuatu proses. Maka dari itu, wujudnya 6 teori di atas. Drive lebih cenderung kepada proses biologi yang berlaku dalam diri. Incentive pula apa sahaja faktor yang mendorong seseorang melakukan tindakan contohnya, apabila seseorang menghadapi masalah kewangan, dia mungkin akan berfikir bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut lalu sedaya-upaya mencapai segala perancangannya. Instinct atau naluri bagi saya adalah menarik. Ia tidak boleh dipelajari tapi timbul secara spontan dan dipengaruhi oleh satu-satu ransangan.  Saya teringat kata orang-orang tua, iaitu naluri ibu sentiasa benar. Hal itu benar malah sering kali berlaku. Dari pengalaman saya, setiap tegahan ibu saya ada hikmah seolah-olah satu petanda untuk tidak melakukannya. Contohnya, ketika saya masih kecil, saya dilarang ibu untuk tidak bermain di luar kerana beliau merasakan sesuatu yang buruk seperti akan berlaku. Tetapi saya tetap keluar dan disebabkan kedegilan saya, saya telah mengalami kemalangan dan mendapat kecederaan di dada. Ibu sangat marah kerana saya tidak mendengar kata. Dan saya hanya mampu tersenyum sambil menahan kesakitan. 

Arousal pula ialah kesedaran psikologi. Manusia sering dipengaruhi oleh sifat ingin tahu untuk lebih mengetahui apa sebenarnya yang berlaku di sebalik proses semulajadi. Hal ini dapat kita aitkan dengan para saintis kerana atas dasar perasaan ingin tahu inilah yang mendorong mereka untuk mencari jawapan seterusnya menghasilkan teknologi dan pengetahuan saintifik yang tidak terjangka oleh manusia itu sendiri.

Teori yang kelima ialah Humanistic Theory yang diasaskan oleh Abraham Maslow yang menyatakan motif dibahagi kepada beberapa peringkat dari keperluan asas sehingga kepada peringkat kehendak.

Secara ringkasnya, emosi dan motivasi sangat berkait rapat kerana emosi menekankan perasaan manakala motivasi pula cenderung untuk mempengaruhi tindakan seseorang.


No comments:

Post a Comment