Tuesday 28 September 2010

A134730 Farzana LJ08

Salam sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pelajar kelas ini. Kuliah kali ini tidak diadakan di dalam kelas aka tetapi nota kuliah tetap disediakan oleh pensyarah beserta dengan audio. Tajuk pembelajaran pada minggu ini adalah  Emosi dan Motivasi.

Emosi boleh dikonotasikan melalui nada keberkesanannya yang antaranya adalah positif, negatif, mahupun semulajadi. Motivasi pula sering dianggap pembelajaran tentang aspek kelakuan. Terdapat empat komponen utama dalam emosi. Komponen yang pertama ialah perasaan. Seterusnya ialah proses kognitif, perubahan fisiologi, dan juga tingkahlaku berkaitan. Menurut Baron & Logan  (1993), emosi dan juga motivasi tidak dapat dipisahkan. Emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi emosional, Lang et al, 1992. Emosi sering dikatakan pendorong kepada motivasi akan tetapi tidak semua keadaan dimana emosi menjadi pendorong dan juga tidak semua pendorong berasaskan emosi. Emosi merupakan satu kelakuan yang melibatkan muka, pergerakan badan, perasaan subjektif, dan juga kecenderungan terhadap sesuatu kelakuan.

Menurut Bickhard, 1997, motivasi merupakan salah satu aspek dalam proses pemilihan. Motivasi adalah antisipasi kepada sesuatu yang tidak mustahil untuk berlaku. Terdapat beberapa konsep dan juga teori motivasi. Motivasi merupakan faktor luaran organisma yang menyebabkan organisma tersebut berkelakuan dalam cara yang berlainan pada tiap-tiap masa. Drive pula murupakan keadaan dalaman ataupun yang mengaktifkan kelakuan untuk mengurangkan keperluan dan juga untuk melakukan semula homeostasis.  Intensif adalah sesuatu yang mendesak kelakuan.  Instinct tidak dipelajari dan juga tidak diwarisi.

Teori Arousal adalah keadaan fisiologikal dalam keadaan sedar. Individu sering termotivasi untuk mengekalkan tahap arousal. Perasaan ingin tahu akan menyebabkan individu lebih paham keadaan persekitaran. Teori Humanistik pula menerangkan bahawa motivasi dibahagikan kepada beberapa tahap.

Sebagai kesimpulan, emosi sangat berkait rapat dengan motivasi. Sekian, terima kasih.


No comments:

Post a Comment