Friday 17 September 2010

A134717 CHAN SEE YA LJ08

Kali ini lebih beza sikit daripada kelas lain. Hal ini kerana kali ini kelas tidak dijalankan tetapi dijalan di rumah saya iaitu melalui audio. Tajuk yang saya berlajar melalui audio tersebut ialah motivasi dan emosi. Daripada audio tersebut saya mengetahui emosi boleh dibahagikan kepada emosi positif dan juga emosi negatif. Motivasi ialah kajian tingkah lakun yang mendorong kita membuat sesuatu perkara. Emosi terdiri daripada empat komponen, iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan yang akhir sekali,tingkah laku yang berkaitan. Oleh itu, emosi lebih luas makna daripada perasaan. Menurut Baron & Logan, 1993, emosi tidak dapat dipisahkan dari motivasi. Manakala mengikut Lang etal, 1992, emosi adalah motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi emotional seseorang. Oleh itu, motivasi lebih berkait rapat dengan tingahlaku. Sebagai contohnya, perasaan cinta akan mendorong seseorang membuat perkara yang bodoh. Misalnya, seorang lelaki sanggup menunggu girlfriend yang lewat selama beberapa jam. Seseorang boleh membunuh kawannya kerana berasa benci ataupun irihati terhadapnya. Sekiranya kita tidak suka terhadap sesuatu kita juga akan menolaknya. Sebagai contohnya, seseorang yang tidak suka makan bawang tidak akan makan sekali pun walaupun dihidang di hadapannya. Walaubagaimanapun, bukan semua keadaan emosi akan menjadi motivasi atau pendorong kepada tingkahlaku kita dan bukan semua pendorong berasas daripada emosi. Misalnya kita berlajar kerana ingin mendapat ilmu pengetahuan. Kita makan adalah kerana berasa lapar. Selain itu, saya juga mempelajari motivation konsept dan teorinya. Motivation is the factors within and outside an organism that cause it to behave a certain way at a certain time. Drive is an internal condition or impulse that activates behavior to reduce a need and restore homeostasis while incentive is an external goal that pull or pushes behavior. Begitulah junual saya pada minggu ini. #

No comments:

Post a Comment