Sunday 19 September 2010

a134622 amira lj08

Assalamualaikum diucapkan kepada Dr Zamri dan Selamat hari raya.Raya pada thn ini disambut dengan penuh kemeriahan namun jurnal bg kelas pengurusan emosi tidak dilupakan.Tajuk pada minggu ini ialah emosi dan motivasi.Emosi mendorong seseorang dan memotivasikan seseorang untuk melakukan sesuatu tibdakan.Berikut ialah cerita yang berkaitan dengan tajuk pada minggu ini.   

 

      Pelajaran bermula seperti biasa. Kelas pada pagi tersebut ialah matematik. Guru yang mengajar ialah puan saidah selaku guru kelas kami juga. sebelum beliau memulakan pembelajaran, beliau mengatakan bahawa seorang pelajar baru akan masuk ke kelas kami. Akhirnya pelajar baru tersebut masuk ke kelas kami dengan muka selamber. Kami hanya memandang pelik terhadap dia. Dia memperkenalkan dirinya sebagai aisya. Selepas dia memperkenalkan dirinya,puan saidah menyuruhnya duduk di se belah aku yang kebetulannya tempat duduk tersebut kosong. Aku melihat dia bergerak kearah ku dan  aku hanya tersenyum dan mengharapkan dia membalas semula senyuman aku itu. Ternyata aku salah, dia hanya buat tidak tahu sahaja. Aku hanya menarik nafas dan mengeluh akan tindakan dia dan aku tidak mengambil perkara tersebut sebagai perkara yang serius.

                       Loceng rehat berbunyi dan kami semua ke kantin tetapi aku tidak berganjak sedikit pun daripada tempat duduk aku dan aku hanya memandang aisya dan ingin mengajak dia turun rehat bersama. Akhirnya tanpa pelawaan aku,aisya dahulu yang mengajakku turun rehat. Aku hanya melemparkan senyuman dan kami turun bersama ke kantin. Aku memperkenalkan diri dan menceritakan serba sedikit tentang hidup,keluarga dan diri aku sendiri kepadanya. begitu juga dengan aisya,menceritakan tentangnya . tapi apabila aku bertanya tentang sebab dia pindah ke sekolah ini,dia terus menukar topik seakan-akan tidak mahu bercerita tentang migrasi dia ke sekolah ini.

                    Waktu sekolah tamat dan aisya mengatakan kepadaku bahawa  dia ingin kerumah aku petang ini kerana ingin cerita sesuatu kepada aku. Aku hanya mengangguk dan mengalu-alukan kedatangan kawan baru itu. Sampainya dirumah,aku melakukan rutin harian seperti biasa. Tepat jam 4.30 petang,aisya mengetuk pintu rumah dan memberi salam. Aku menyambutnya dan memperkenalkan aisya kepada keluargaku . selang beberapa minit,aisya mengajak aku ke kamar tidur aku untuk menceritakan tentang apa yang ingin diceritakan olehnya kepada aku sebentar tadi di sekolah. Rupa-rupanya dia ingin menceritakan hal sebenar kepadaku mengapa dia berpindah ke sekolah aku di ibu kota ini.

                    Aisya berasal daripada keluarga kaya di ibu kota. Dahulunya dia bersekolah di sekolah berasrama penuh di  Pahang . dia merupakan pelajar contoh di sana. Aisya juga sering mendapat keputusan yang terbaik di sekolah. Akhirnya hidup dia berubah akan kehadiran seorang pelajar yang bernama aina. Aina merupakan pelajar baru di sekolah aisya. Meraka berdua sudah kenal antara satu sama lain kerana aina merupakan kawan aisya semasa kecil dulu. Hari demi hari aina mendedahkan perkara-perkara negatif kepada aisya. Aisya tidak sedar bahawa dia sedikit sebanyak terpengaruh dengan perkara-perkara yang tidak elok seperti merokok,'clubing',gejala sosial yang melampau dan sebagainya. Aisya hanya mengikut jejak langkah dan perjalanan aina setiap hari.  Pernah suatu ketika aina membawa aisya ke suatu tempat yang gelap dan membawa aisya kea rah dadah. Aiaya tudak mengambil benda kotor tersebut sebaliknya hanya melihat tingkah laku teman yang disayanginya dengan tiada perasaan dan menganggap perkara tersebut hanya perkara biasa.

                Di sekolah aisya sudah pandai melawan guru dan melanggar peraturan sekolah. Aisya sering kali keluar masuk bilik disiplin tapi aisya hanya memandang enteng terhadap perkara tersebut. Guru disiplin pernah memberi  amaran kepada aisya bahawa dia akan dibuang sekolah jika dia mengulangi perkara tersebut . tapi aisya hanya mengangkat bahu dan keluar daripada bilik disiplin tersebut dengan perasaan tidak bersalah. Aina dan aisya yang sekarang nama mereka popular di kalangan guru-guru. Makin hari mereka semakin menjadi-jadi dan guru sering melontarkan pendapat bahawa mereka sangat kecewa akan sikap aisya.

 

                    Cikgu mengumumkan bahawa peperiksaan percubaan sudah hampir,hanya beberapa minggu lagi. Calon-calon penilaian menengah rendah sudah kelam kabut dengan persediaan masing-masing. Begitu juga dengan aisya. Tapi sebaliknya bagi aina. Aina hanya duduk sambil baca komik. Aina memberitahu aisya bahawa dia sudah ada persediaan sendiri.aisya hanya memandang pelik dan berharap bahawa aina memberitahu persediaan aina tersebut. Akhirnya,hajat aisya tercapai kerana aina memberitahu  persediaan yang dilakukan oleh  aina. Aina memberitahu aisya bahawa malam sebelum peperiksaan percubaan dia ingin ke pejabat sekolah dengan hajat ingin mencuri kertas peperiksaan. Tanpa berfikir panjang,aisya bersetuju dengan rancangan aina dan ingin menolong aina dalam hal tersebut.

                    Pejam celik-pejam celik  malam yang ditunggu-tunggu telah tiba. Aina dan aisya tetap ingin meneruskan rancangan  mereka tanpa memikirkan kesan yang akan dialami oleh mereka. Sedang asyik mereka mengutip kertas tersebut, pengawal keselamatan yang lalu-lalang di situ terdengar bunyi yang mencurigakan di dalam pejabat tersebut. Pengawal tersebut pun melihat jika terdapat sesuatu di dalam pejabat itu,akhirnya pengawal tersebut dapat tangkap aisya dan aina yang sedang mencuri solan peperiksaan tersebut. Bak kata mutiara, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Aisya dan aina dibawa ke bilik disiplin dengan secepat yang mungkin. Cikgu disiplin,en.zahid memarahi mereka berdua dan beliau memanggil kedua-dua ibu bapa mereka. Di saat itu terbit rasa bersalah dan menyesal dalam diri aisya apabila melihat ibunya menangis dihadapannya. Akhirnya, aisya dan aina dijatuhkan hukuman gantung asrama selama tiga minggu. Di rumah,aisya tidak putus-putus meminta maaf kepada ibunya kerana dia sudah menghampakan ibunya dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya itu.

                  Sepanjang hukumannya,aisya hanya mengulang kaji pelajaran untuk peperiksaan penilaian menengah rendahnya. Dia mahu mendapat keputusan cemerlang kerana dia mendpat keputusan yang teruk semasa percubaan tempoh hari.  Apabila tamat tempoh hukumannya itu, aisya kembali ke asrama dan sekolah seperti dulu tapi keadaan sekeliling tidak seperti dulu. Semua orang di situ memandang serong terhadap aisya dan ada juga yang perli-perli aisya tentang kesilapan yang dilakukan olehnya sebelum ini. Aisya sering menangis di asrama kerana tidak suka dilayan begitu oleh pelajar lain. Tapi aisya tetap bersabar dan mengambil perkara tersebut sebagai pengajaran dan motivasi kepada dirinya sendiri.

                       Beberapa bulan kemudian,keputusan penilaian menengah rendah dikeluarkan . aisya adalah salah satu pelajar cemerlang di sekolahnya. Aisya berbangga dengan keputusan yang diperoleh olehnya. Walaupun dia mendapat keputusan yang cemerlang,aisya tidak dapat melupakan kesalahan dan dosa yang dilakukannya olehnya dahulu. Pandangan pelajar lain juga tidak berubah yang tetap memandang seromg terhadap aisya. Akhirnya aisya mengambil keputusan untuk berpindah ke sekolah lain iaitu ke sekolah aku.

                     Selepas aisya bercerita panjang, akhirnya dia menitiskan air mata tanda dia menyesal atas kesalahan yang dilakukan. Aku memberi  sedikit nasihat dan kata-kata semangat kepadanya. Kini aku tahu bahawa aisya seorang yang baik dan tudak sombong. Aku berjanji aku akan menjaga aisya supaya menjadi pelajar yang baik. Sekian,terima kasih.


No comments:

Post a Comment