Sunday 5 September 2010

a134622 amira lj07

JURNAL 7

 

  Assalmualaikum diucapkan kepada prof zamri. Pada minggu ini kami didedahkan mengenai topic emosi,ingatan dan pembelajaran, apa yang saya pelajari mengenai topik ini adalah emosi member kesan yang kuat atas ingatan. Peristiwa beremosi lebih mudah diingati berbanding peristiwa neutral. Hal ini kerana emosi gembira lebih lambat hilang dari ingatan berbanding emosi yang tidak mengembirakan . saya sangat bersetuju mengenai teori ini kerana saya mempunyai pengalaman yang dapt dikaitkan mengenai teori ini.

 

 

                Jika aku terdengar lagu 'only one'  nyanyian kumpulan popular di amerika syarikat 'yellow card'di corong-corong radio, satu memori yang masih belum hilang dari ingatan sering berlegar-legar dalam fikiran. Aku  ingin memadamkan memori ini dari ingatan tapi aku belum berjaya untuk memadamkannya. Tapi bagi aku biarlah kenangan ini menjadi pengajaran bagi aku dalam erti menjadi seorang pelajar.

 

          Awal tahun tahun 2010 . aku masih teringat sewaktu itu  hujan rintik-rintik dan semua pelajar asrama smk sultanah hajjah kalsom pulang ke asrama dengan perasaan sayu tidak mahu meninggalkan rumah yang penuh dengan hiburan . maklumlah remaja zaman sekarang semuanya  bersikap hedeonisme. Begitu juga dengan aku dan rakan-rakan. Dalam fikiran aku hanya memikirkan  ingin membawa benda haram iaitu telefon bimbit. Aku tahu itu adalah kesalahan besar tapi sikap ego dan degil telah membuatkan aku tidak pernah hadir perasaan serik dalam hal ini . tapi pada hari itu pintu hati terbuka tidak mahu membawa  benda haram tersebut kerana hadir perasaan tidak sedap hati .

 

         Selepas siap mengemas barang,aku pergi ke bilik ira yang hanya bersebelahan dengan bilikku . aku menolong ira mengemas dan berbisik kepadanya 'ira,kau bawa telefon? . ira hanya menggeleng kepala . aku mengerti bahasa isyaratnya yang mengatakan tidak Aku ternampak syaz di atas katil. Aku terus mendapatkannya di atas katil . aku pun bertanya soalan sama seperti yang diajukan kepada ira . syaz hanya tersenyum dan menunjukkan telefon tersebut kepada aku . aku sudah  agak yang syaz akan membawa benda haram tersebut kerana aku tahu  syaz seorang yang tegar . aku mengangkat bahu dan terus melangkah masuk ke bilik . kak shima selaku ketua bilik kecuh  mengatakan yang minggu ini warden dan pengawas akan mengadakan 'spotcheck' besar-besaran . aku hanya menarik nafas lega kerana aku terselamat daripada perangkap warden-warden tersebut .

 

 

            Kami semua ke kelas persediaan yang lebih formal dipanggil 'prep' dengan  biasa . dengan secara tiba-tiba syaz memberitahu aku yang dia membawa telefon ke kelas.aku hanya berkata kepadanya supaya berhati-hati kerana takut warden atau pengawas membuat 'spotcheck' di kelas secara mengejut . setibanya kami di kelas, kami membuat rutin biasa kami iaitu membuat kerja sekolah yang diberikan oleh cikgu . selepas setengah jam, penghibur kelas,mira memulakan bicara dengan menyanyikan lagu only one . kami berpandangan antara satu sama lain dan menyertai 'konsert' tersebut . kami semua terhibur dan bergelak ketawa di situ .  kemudian tiqa bertanya  kepada aku ' izyan,syaz dengan eka mana?' aku hanya berkata tidak tahu dan terus menyambung 'konsert' tersebut . selang beberapa minit, Pengawas asrama ,kak syiera masuk ke kelas dengan perasaan cemas dan memberitahu kami bahawa telefon syaz dirampas oleh warden yang digeruni  oleh pelajar aspuri iaitu cikgu haryatee . kak syiera memberitahu kami bahawa syaz mengecas telefonnya di bilik bahasa yang ditemani oleh eka . perbualan kami berhenti apabila cikgu haryatee membuat pengumuman menyuruh pelajar aspuri pulang 10 minit awal ke aspuri . kami sudah mengagak bahawa cikgu akan membuat perjumpaan tentang telefon yang dirampasnya sebentar tadi . kami berkemas dan pulang ke aspuri.

                   

 

 

 

              Apabila semua pelajar aspuri berkumpul di dataran, kami melihat syaz dan eka berdiri dihadapan seperti seorang pesalah yang besar . kami mendapati bahawa cikgu haryatee memegang telefon dah pengecas milik syaz . selepas cikgu memarahi syaz dan memberitahu pelajar aspuri akan keburukan membawa telefon ke asrama dan sebagainya , aku terdengar cikgu memanggil nama aku,ira,aimi dan tiqa . kami semua berpandangan dan berdiri dengan perasaan yang cemas kerana kami dicop bersubahat dnegan syaz . jauh di sudut hati aku berkata ini tidak adil kerana ini bukan kes pertama telefon dirampas tapi sebaliknya . telefon yang dirampas sebelum ini terus diberikan kepada guru penolong kanan dan tidak menjadi seperti peristiwa malam itu .aku tidak berpuas hati akan tindakan yang dilontarkan oleh warden. Aku tahu bahawa perbuatan membawa telefon bimbit ke sekolah adalah haram di sisi peraturan sekolah tapi aku berharap cikgu dan warden-warden bersikap adil atas tindakan yang diberikan terhadap pelajar . aku menerima  hukuman yang akan diberikan oleh cikgu dengan hati yang terbuka kerana aku juga bersalah dalam hal ini . selepas cikgu bersyarah panjang lebar kepada kami, cikgu menyuruh pelajar yang sebilik dengan aku,ira,aimi,tiqa dan eka berdiri dan kami dikenakan hukuman yang sama . saat itu , aku berasa marah kerana cikgu melibatkan budak bilik aku yang tiada kena mengena dengan kes ini . aku terkerjut dengan tindakan cikgu yang drastik itu.

 

                       

 

                      Dalam kes  ini , budak bilik tidak patut disabitkan bersalah kerana mereka tiada kena mengena dengan kes ini.perasaan marah dan takut dimarahi oleh budak bilik bercampur-baur dalam hati . akhirnya cikgu memutuskan bahawa syaz dan eka dibuang asrama ,aku dan rakan-rakan dikenakan kemasukan bersyarat dan budak-budak bilik kami dikenakan amaran ketiga . tepat pukul 12.30 pagi kami bersurai . aku nekad mahu meminta maaf kepada budak bilik dan sanggup dimarahi oleh mereka .aku tahu aku telah mengecewakan budak bilik .tetapi  aku tersenyum apabila budak bilik aku sikit pun tidak marah atau meninggikan suara kepada aku sebaliknya  mereka tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat kepada aku supaya bersabar . pada masa itu aku sedar bahawa hubungan aku bersama budak bilik seperti aur dengan tebing .ketua bilik aku berkata  bahawa susah senang kita bersama .

 

 

                          Keesokan paginya, kami  ke sekolah seperti biasa dan syaz memberitahu kami bahawa dia ditampar dan ditengking seperti anak kucing yang mencuri ikan di dapur. Aku dan kawan-kawan mengatakan bahawa itu adalah perbuatan yang melampau  kerana itu sudah boleh dikatakan mendera dan buli . kami semua sedih kerana kawan karib kami sendiri kena sebegitu rupa . syaz memujuk cikgu supaya letakkan hukuman yang diberikan oleh aku,rakan-rakan dan budak bilik kami kepada syaz seorang dan dia berani menanggung  kesalahan dan hukuman tersebut seorang . tapi cikgu tetap berkeras hati .aku perasan sepanjang perjalanan kami ke sekolah,ramai pelajar aspuri memandang enteng dan memandang dengan perasaan tidak puas hati kepada kami semua . kami membuat tidak tahu sahaja dan meneruskan langkah kami dengan biasa. Setibanya kami di kelas, kami berpecah dan meneruskan pelajaran seperti biasa.

 

                                Selepas tamat sesi persekolahan,kami ke surau untuk mendengar tazkirah oleh ustazah atau pengawas. Setiap minggu kami mengadakan program ilmu ini . aku ternampak cikgu haryatee menunggu di hadapan pintu surau dan aku sudah agak bahawa dia akan membicarakan tentang peristiwa hitam yang berlaku malam tadi. Setelah pelajar aspuri berselawat dan sebagainya,cikgu mengambil peluang untuk bercakap. Cikgu meminta maaf akan perkara yang berlaku dan melucutkan hukuman yang dikenakan ke atas kami semua. Tujuan cikgu melakukan yang sedemikian hanyalah untuk memberikan pengajaran kepada pelajar supaya jangan melanggar peraturan sekolah . kami juga faham akan tugas seorang insan yang bergelar guru.tanggungjawab mereka amt besar untuk membentuk pelajar mereka menjadi insane yang berguna. Selepas tamat tazkirah, kami bersalaman dengan cikgu dan meminta maaf serta berjanji tidak akan mengulang lagi kesalahan berikut.

 

 

                                Apakan daya nasi sudah menjadi bubur dan peristiwa tersebut menjadi peristiwa dan kenangan pahit kepada kami seterusnya menjadi pengajaran kepada kami semua. Inilah kisah dan pengalaman saya menjadi seorang insan yang bergelar pelajar sering melakukan kesilapan. Kini saya tidak lagi membawa telefon bimbit ke sekolah dan mengikut peraturan sekolah dengan sejujurnya . kejadian ini boleh dikatakan bak kata mutiara sudah terhantuk baru terngadah. Sekian,terima kasih. =DD

No comments:

Post a Comment