Monday 13 September 2010

A134606 ting ting LJ08

untitled.jpg hari raya ...  | http://www.bing.com/images/search?mkt=en-MY&q=raya&FORM=HOTAPI#focal=c...
 
Sesi perkuliahan pada minggu ke-lapan ini agak menarik kerana Encik Zamri telah menggunakan audio dan visual sebagai medium pembelajaran. Tajuk pada minggu ini ialah emosi dan motivasi. Objektif pembelajaran tajuk ini adalah untuk memahami apa itu motivasi dan juga perhubungan antara emosi dengan motivasi. Emosi ini didefinisikan dengan nada yang berkesan, sama ada positif atau negatif dan bukannya neutral. Manakala, motivasi merupakan pemacu atau pendorong yang menjadi penggerak  seseorang untuk terus bermaju dan berusaha untuk mencapai atau mendapat apa yang diinginkannya. Sebagai contoh, keinginan untuk mempunyai kehidupan masa depan yang selesa dan cerah telah menjadikan motivasi saya untuk berusaha berterusan dalam pembelajaran.  

Seperti yang kita belajar dalam kuliah sebelum ini, emosi ini dibahagikan kepada empat komponen iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkahlaku berkaitan. Sebagai contoh, emosi marah dilahirkan mungkin disebabkan perasaan yang tidak puas hati terhadap sesuatu perkara dan menyebabkan perubahan fisiologi seperti muka menjadi merah dan sesetengah orang akan membaling benda atau bergaduh dengan orang lain untuk melepaskan geram. Keempat-empat komponen ini menjadi suatu proses apabila sesuatu emosi dilahirkan. Menurut Baron and Logan, 1993, emosi juga tidak boleh dipisahkan dengan motivasi. Menurut Lang et al,1992, emosi sebagai motivasi kepada tingkah laku dan motif boleh menjadi emosional. Contohnya, kebanyakkan motif kes pembunuhan diri adalah disebabkan gangguan emosi yang negatif oleh itu, mereka memilih untuk menamatkan kesengsaraan hidup ini dengan membunuhkan diri. Hal ini merupakan tindakan yang dibangkitkan oleh sesuatu emosi negatif. Walaubagaimanapun, bukan dalam semua keadaan di mana emosi akan menjadi pendorong dan pendorong akan berasaskan emosi. Contohnya, kita makan sebab kita lapar.

Emosi merupakan reaksi atau tindak balas kita terhadap sesuatu keadaan atau situasi dan juga sebagai alat komunikasi bagi mengeluarkan niat atau hasrat kita kepada orang lain. Emosi kita menyebabkan kita mengambil tindakan atau melakukan sesuatu berdasarkan masalah atau keadaan tertentu. Sebagai contoh, apabila saya mengalami tekanan dalam pembelajaran, saya akan berasa gementar dan risau sebab takut tidak dapat menghabiskan assigment. Perasaan ini akan membangkitkan emosi takut. Emosi ini sentiasa menyebabkan saya tidak dapat tidur dengan selesa pada waktu malam. Malah motivasi pula melibatkan pemilihan tindakan-tindakan yang ingin dilakukan.

Arousal theories merupakan fisiologikal dan psikologikal dalam keadaan sedar. Manusia dimotivasikan bagi mengekalkan kebangkitan sesuatu emosi  pada tahap optimum, tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah. Perasaan ingin tahu akan membantu kita untuk memahami atau menyesuaikan diri dalam sesuatu keadaan.

Teori kemanusiaan atau humanistic theories mengatakan bahawa motif boleh dibahagikan kepada beberapa tahap iaitu daripada keperluan asas, keperluan psikologi dan keperluan sendiri. Teori membincangkan bahawa apabila kita melakukan sesuatu, kita akan memenuhi keperluan yang asas seperti air,makanan, keselamatan,tempat tinggal dan seterusnya ke tahap keperluan psikologi seperti hubungan dengan kawan,rasa kepuasan dan akhirnya ke tahap keperluan sendiri iaitu hasrat atau impian sendiri. Sebagai contoh, manusia dikatakan sentiasa tidak berasa puas hati dengan kehidupan sendiri. Seseorang yang miskin akan sentiasa mencari rezeki supaya dapat memperolehkan duit yang banyak dan menjalankan kehidupan yang selesa. Tetapi, apabila mereka mendapat pekerjaan yang baik dan memperoleh pendapat yang sederhana mereka pula berfikir untuk menjalankan hidup yang mewah dan seperti membeli rumah besar dan kereta berjenama. Selepas itu, mereka pula berfikir untuk menjadi seorang yang popular. Hal ini jelas menunjukkan keinginan manusia yang tidak dapat mengenyangkan.

Kesimpulannya, emosi dan motivasi ini saling berkait. Kebanyakan tindakan dan perilaku yang dilakukan oleh manusia adalah dipengaruhi oleh emosi kita. Oleh itu, kita haruslah berhati-hati dalam mengurus emosi kita dan sentiasa berfikiran positif! =D

No comments:

Post a Comment