Monday 13 September 2010

A134569 NURUL NABILA LJ08

  Pada minggu ini saya berasa sangat gembira kerana saya dan seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri. Jadi saya ingin kembali ke kampung agak awal oleh itu saya dan rakan sekuliah lain meminta pensyarah kami tidak mengadakan kelas pada hari Rabu kerana ingin pulang. Encik Zamri bersetuju dan menyediakan alternatif lain iaitu menyediakan audio di samping power point. Ia agak istimewa kerana ini kali pertama saya mengikuti kelas dengan cara begini.
  Pada minggu ini tajuk yang saya pelajari ialah emosi dan motivasi. Apa itu emosi dan motivasi sebenarnya? Emosi ialah nada sama ada positif mahupun negetif tetapi ia tidak pernah negatif. Motivasi pula bermaksud tindakan yang dapat mendorong kita melakukan sesuatu.
Jadi saya berandaian bahawa kadangkala emosi dapat mendorong kita melakukan sesuatu itu dapat di kira sebagai satu motivasi,namun andaian ini semakin kuat setelah saya mengikuti paparan seterusnya.
  Emosi di bahagikan kepada empat komponen iaitu perasaan, perasaan kognitif, perubahan tingkah laku dan perubahan fisiologi. Menurut baron & Logan emosi dan motivasi tidak dapat di pisahkan. Sebagai contoh, cinta dapat memotivasikan seseorang untuk melakukan tingkah laku tertentu seperti menghantar kad, dan sebagainya. Semasa saya kecil, ibu bapa saya memberi saya galakan untuk melaksanakan ibadah berpuasa dengan berjanji untu memberi saya duit dengan hari yang saya berpuasa. Uniknya, setiap tahun, lain pula ganjaran yang diberi dan lama kelamaan saya sudah terbiasa dengan puasa dan booleh berpuasa selama sebulan.
                                 
  . Drive merupakan keadaan dalaman atau dorongan yang menghidupkan perilaku untuk mengurangkan keperluan dan memulihkan homeostasis. Inceptive merupakan luaran tujuan yang "menarik" atau "mendorong" perilaku. Konsep yang lain seperti instinct iaitu motif bawaan.  Insentif adalah setiap faktor (kewangan atau bukan-kewangan) yang menyediakan motif untuk tindakan tertentu, atau dianggap sebagai alasan untuk memilih satu pilihan dengan alternative seperti kewangan.Bagi humanistic theories pula, Abraham Maslow menyarankan bahawa motif terbahagi dalam beberapa tingkatan dari keperluan asas bertahan hidup untuk keperluan psikologi dan pemenuhan diri. 
                                  
  Jelasnya di sini, emosi menekankan perasaan tetapi motivasi menekankan tindakan. Saya sendiri menjadikan keluarga saya sebagai motivasi saya untuk menjalani kehidupan dengan berjaya dan gembira.

No comments:

Post a Comment