Wednesday 1 September 2010

A134569 NURUL NABILA LJ07

  Pada hari ini, kami memulakan kelas dengan dua klip video yang berkaitan dengan tajuk pembelajaran kami pada hari ini. Klip- klip video ini memaparkan tentang kemusnahan sebuah bandar di Indonesia akibat bencana alam iaitu Tsunami yang melanda pada bulan 12,2004.  Sesungguhnya,kuasa tuhan itu amat besar sekali dan peristiwa itu memang terpahat di dalam ingatan penduduk Aceh, dan juga seluruh manusia terutamanya orang Islam kerana ia merupakan salah satu tanda kekuasaan Allah.  Selepas itu,kami memulakan tajuk kami pada hari ini iaitu EMOSI, INGATAN DAN PEMBELAJARAN. 
 
  Sebenarnya otak manusia terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu A.C.P. kata kunci bagi Amygdala yang berfungsi untuk mengira sejauh mana kepentingan emosi itu terhada sesuatu peristiwa. Namun ia lebih tertumpu kepada emosi negatif. Cerebellum pula lebih tertumpu kepada skil koordinasi. Akhir sekali ialah Prefontal Cortex iaitu bahagian yang memproses maklumat serta mentafsirnya. Jadi lebih senang jika kita mengingati A.C.P bagi mengingati bahagian otak ini.
                                                          
           
  Sebenarnya emosi positif lebih senang di ingati berbanding emosi negatif. Emosi negatif yang terbit atas kesalahan diri mahupun keadaan merupakan perkara yang tidak mahu di ingati. Hal ini seperti yang berlaku kepada rakan saya yang ketika itu ingin pergi ke kantin untuk membeli makanan tetapi dia tersilap langkah lantas jatuh tersembam di atas lantai di saksikan oleh hampir satu aras kelas kami yang ketika itu berada di aras 3. Betapa merahnya muka dia menahan malu, sudahlah sakit jatuh tangga, di gelak pula oleh hampir semua orang yang menyaksikan kejadian itu. Dia amat marah jika kami membangkitkan peristiwa yang kami gelar peristiwa tangga itu ketika kami berkumpul. Jelasnya di sini, kawan saya itu sememangnya tidak mahu mengingati peristiwa tersebut oleh itu padanlah dengan pernyataan yang perkara yang buruk jangan di kenang lagi.
  Usia dan jantina turut memainkan peranan dalam emosi dan juga ingatan. Biasanya wanita lebih kuat ingatan dan lebih teliti berbanding lelaki. Hal ini di sebabkan wanita merasakan sesuatu itu amat bermakna kepada diri mereka biarpun hal hal yang remeh temeh seperti warna kegemaran ahli keluarga sendiri serta perkara yang di sukai mereka. Ini dapat dilihat dalam keluarga yang selalunya mengadakan majlis- majlis hari jadi, hari ulang tahun, dan sebagainya adalah anak perempuan. Saya selalu melihat cerita di mana jika wanita yang di tanya, mesti dia akan memberi kenyataan yang hampir penuh berbanding lelaki yang hanya memberi kenyataan yang mana pentinga sahaja. Usia juga turut memberi efek, di mana semakin kita berumur,di dapati kita semakin penyabar. Ketika saya berumur 9-12 tahun, saya serig bergaduh dengan adik saya. Hal yang kecil seperti siapa yang dapat makan kek ibu saya turut menjadi punca kami bergaduh. Namun,setelah saya meningkat dewasa, saya tidak lagi mahu bertelagah dengan dia. malah saya pula yang memanjakan dirinya.
                                      
                                                                                    
           

Tetapi kadang kala, saya masih lagi suka mengusik adik saya kerana saya suka melihat karenah dia. sekian

No comments:

Post a Comment