Wednesday 29 September 2010

A134420 FARAH LJ10

Jurnal kali ini merupakan jurnal yang ke-10 yang kami telah laksanakan sepanjang mempelajari Kursus Pengurusan Emosi.Hari ini saya sangat seronok mempelajari ilmu berkenaan Kebijaksanaan Emosi.Walaupun pada mulanya,saya agak mengantuk dan penat berikutan jadual yang agak padat dan lokasi kelas yang agak jauh.Sebelum sesi pembelajaran bermula,kami telah ditayangkan dengan beberapa video oleh pensyarah kami.Tayangan video yang menyentuh hati ini telah membuka mata dan hati saya tentang besarnya jasa dan pengorbanan kedua ibubapa kita.Jasa mereka tidak dapat dibalas dengan wang.Video yang ditayangkan kepada kami berkenaan dengan seorang anak yang sangat membenci ibunya kerana sifat fizikal ibunya yang tidak sempurna kerana ibunya hanya mempunyai satu mata.Dia sangat malu dengan keadaan ibunya yang hanya bermata satu.Kawan-kawannya mentertawakannya kerana kekurangan ibu si anak itu.Akhirnya,ibunya telah tiada didunia lagi dan ibunya telah meninggalkan si anak itu sekeping surat yang menyatakan bahawa salah satu mata yang dimiliki anaknya itu adalah hasil ihsan ibu kepada anaknya itu.Ibunya tidak sanggup melihat anaknya hidup dengan hanya memiliki satu mata akibat kemalangan.Dengan rasa penuh tanggungjawab dan kasih saying yang tidak berbelah bagi,ibunya telah memberi sebelah mata kepada anak kesayangannya itu.

                        Sebelum pensyarah kami menerangkan dengan lebih lanjut mengenai tajuk yang bakal dipelajari,kami telah diuji dengan beberapa ujian untuk mengenal emosi dan reaksi pada wajah seseorang.Terdapat beberapa reaksi wajah yang biasa ditunjukkan oleh manusia seperti marah,sedih,gembira,takut,terkejut dan sebagainya.Kami telah ditunjukkan beberapa reaksi wajah dan kami perlu menjawab apakah emosi yang dialami oleh seseorang itu.Pada ujian pertama,hampir keseluruhan pelajar didalam kelas itu dapat meneka dan menjawab dengan baik tentang reaksi itu.Namun,pada ujian yang ke-2,ramai juga yang tidak dapat meneka dengan baik reaksi wajah yang ditunjukkan dalam video.Walaupun begitu,kami rasa sangat seronok dan betul-betul dapat mengaplikasikan apa yang kami pelajari selama ini.Berkenaan tajuk Kebijaksanaan Emosi ini.Tujuan kita mempelajari tajuk ini adalah untuk memahami makna pengurusan emosi,memahami pangaplikasian teori-teori emosi bagi megurus emosi,memahami bahawa pengurusan emosi memerlukan kebijaksanaan dan kematangan emosi dan akhir sekali,memahami konsep kebijaksanaan dan kematangan emosi.Definisi pengurusan emosi bermaksud kawalan emosi merujuk kepada cara mereka mengurus dan mengawal perasaan dan ekspresi mereka dan cara mereka mempengaruhi perasaan orang lain.Terdapat beberapa fakta tenntang emosi yang telah dipelajari.Emosi dapat dikenal pasti melalui wajah dan intonasi suara.Sebagai contoh,suara yang perlahan dan sayu selalunya dikaitkan dengan emosi sedih.Saya mempunyai pengalaman baru-baru ini.Kawan saya,mempunyai masalah yang agak besar.Tetapi disebabkan dirinya yang agak pendiam,dia jarang meluahkan perasaannya kepada orang lain.Pada suatu masa,saya telah berpeluang untuk berbicara dan berbual-bual dengannya secara persendirian.Suaranya sangat sayu dan perlahan.Saya bertanya sama ada beliau sedang bersedih.Beliau menjawab memang betul yang dia sedang bersedih ekoran beberapa masalah yang melanda dirinya sejak kebelakangan ini.

 

 

                        Saya juga ingin menegaskan bahawa emosi dan ingatkan mempunyai hubung kait antara satu sama lain.Setiap perisitiwa yang berlaku yang melibatkkan emosi akan mudah diingati oleh mereka yang megalami peristiwa itu.Sebagai contoh,apabila seseorang pelajar seronok menghadiri kuliah dan dapat fokus dengan sebaiknya,sesuatu pelajaran itu lebih mudah diingati.Oleh sebab itu,guru-guru kita selalu berpesan supaya seronok dalam mempelajari sesuatu kerana perkara itu akan lebih mudah diingati berbanding dengan perisitiwa yang tidak disusuli dengan emosi.Dalam pembelajaran ini,kami juga telah mempelajari sesuatu perkara baru mengenai Alexithymia atau gejala kekosongan emosi.Mereka yang menagalami masalah seperti ini tidak tahu apakah perasaan yang sedang dialami.Mereka juga tidak dapat menyatakan secara terbuka apakah emosi yang sedang mereka alami.Alexithymia tidak dapat merasakan perasaan marah,sedih dan suka dan jarang menangis.Mereka mengannggap itu kekurangan paling besar yang mereka alami.Kadang-kadang,mereka yang mengalami masalah ini sangat senang dipergunakan oleh orang lain.Namun begitu,kita perlu tahu cara setiap orang mengekspresikan emosi seseorang supaya tidak menimbulkan salah faham.Menurut kajian,lelaki sangat susah untuk mengenal pasti reaksi wajah seseorang berbanding dengan wanita.Sebab itu juga,setiap ibubapa perlu cara yang berbeza untuk mengajar dan mendidik anak perempuan dan anak lelaki mereka.Hanya dengan nasihat menggunakan mulut,lelaki jarang untuk mengambil peduli akan nasihat yang diberikan,mereka perlu diberi tunjuk ajar dengan cara yang lain.Namun begitu,anak perempuan biasanya mudah mendengar kata dengan hanya mendengar nasihat.Itulah perbezaan yang Allah telah berikan dan kurniakan kepada setiap manusia supaya hidup ini penuh dengan warna dan rentak.end#

                               


No comments:

Post a Comment