Thursday 23 September 2010

A134420 FARAH LJ09

Hari ini saya sangat bersemangat untuk menghadiri kursus Pengurusan Emosi kerana ini merupakan minggu pertama setelah bercuti selama seminggu sempena Hari Raya Aidilfitri yang lalu.Tajuk kali ini agak menarik dan membuat saya tertarik untuk mendengar dan mengetahui dengan lebih lanjut tentang tajuk kali ini.Tajuk pada minggu ini adalah berkaitan Emosi dan Personaliti.Saya sangat berminat dengan tajuk kali ini kerana kita boleh mengetahui personaliti diri kita sendiri.Sepanjang 2 jam kursus ini berjalan,kami telah membuat beberapa ujian personaliti.Walaupun agak keletihan,saya sangat berminat untuk mempelajari dengan lebih mendalam lagi tentang tajuk ini.Kami juga telah dipertontonkan beberapa video yang berkaitang dengan tajuk kali ini.

                                Perasaan dan emosi seperti tangisan,gelak,sedih dan gelak ketawa mencorakkan warna kehidupan,membentuk sikap dan personaliti serta menggerakkan arah kehidupan seseorang manusia.Manusia berbeza dari segi emosi walaupun pada perisitiwa yang sama.Sebagai contoh,saya teringat sesuatu peristiwa yang melibatkan saya dan ayah saya.Sewaktu saya sedang menuntut di matrikulasi,saya mempunyai banyak assignment yang perlu disiapkan dalam masa terdekat.Saya memberitahu ayah saya yang kehidupan di matrikulasi ini sangat susah jika tidak mempunyai laptop sendiri.Saya sengaja memberitahu dengan niat mahu mengusik kerana saya sangat teringin untuk memiliki sebuah laptop.Ayah saya sangat sedih apabila mendengar cerita saya walaupun sebenarnya niat saya ingin mengusik kerana banyak komputer yang disediakan oleh pihak kolej untuk kemudahan para pelajar.Jadi,tidak ada masalah bagi saya dalam hal itu.Kerana sifat penyayang,ayah telah membelikan sebuah laptop untuk kemudahan saya.Dalam masa seminggu,ayah telah menghadiahkan saya sebuah laptop.Perbezaan ini ada kaitan dengan personality individu.Oleh itu,emosi dan personaliti berguna dari segi membezakan individu.Untuk pengetahuan juga,emosi dan personaliti berperanan menentukan reaksi terhadap affek.

                Personaliti atau keperibadian merupakan satu cabang psikologi yang mengkaji keperibadian dan proses individu lain yang menjadikan kita manusia. Antara definisi yang lain merujuk kepada sesuatu kualiti atau keadaan yang terdapat atau sedia wujud di dalam seseorang individu untuk individu tersebut menggelar dirinya sebagai seorang insan.Personaliti ini merangkumi satu penyusunan di antara faktor-faktor seperti biologi, psikologi dan sosiologi. Untuk proses pergaulan (sosialisasi) berlaku, seseorang itu haruslah mempunyai personaliti. Setiap individu yang wujud di permukaan bumi ini mempunyai sifat, sikap, gaya, dan personaliti tersendiri. Dikalangan individu juga berbeza – beza, maksudnya tidak ada individu yang benar–benar sama dari sifat–sifatnya dan setiap individu adalah unik, tetapi berkongsi sama beberapa sifat tertentu dengan orang lain. Personaliti atau sahsiah melambangkan ciri–ciri keperibadian seseorang individu itu, dan sememangnya mencirikan perbezaan seorang manusia dengan manusia yang lain. Dua konsep yang perlu diberikan penekanan iaitu tipikal dan berbeza. Personaliti seseorang adalah mengandungi kesemua ciri psikologi yang secara relatifnya tidak berubah, yang tipikal (yang biasa terdapat) pada orang tersebut. Contohnya mereka mempunyai tipikal yang pemurah, pemalu, impulif dan lain–lain. Penekanan kedua terhadap istilah berbeza. Pola – pola unik tipikal cara bertindak, berfikir, dan merasa setiap orang adalah yang menyebabkannya berbeza daripada orang lain.

 

                Dalam tajuk ini,kami telah mendapat satu ilmu mengenai Extroverted dan Introverted.Orang yang mempunyai personaliti extroverted mempunyai personaliti yang senang didekati,sosial dan aktif.Manakala untuk orang yang mempunyai personaliti introverted merupakan seorang yang pemalu dan pendiam.Mereka tidak banyak terlibat dalam aktiviti-aktiviti sosial dan sangat kurang berkomunikasi dihadapan orang ramai.Mereka lebih selesa untuk berkomunikasi secara bersemuka dengan seseorang.Bagi saya,diri saya mempunyai personaliti introverted kerana saya tidak pandai untuk memulakan sesuatu pengenalan dengan kawan yang baru saya kenal.Saya juga sangat tidak selesa berkomunikasi dihadapan orang ramai.Jika saya diletakkan dalam suasana baru,saya tida pandai untuk membawa diri.Saya rasa sangat tidak selesa dengan keadaan itu.Tetapi,jika berkomunikasi dengan orang yang saya kenal dan selalu berjumpa,saya sangat peramah dan senang bergurau.Tapi,saya sangat suka bila saya dapat mendalami perasaan orang lain.Dari riak wajah mereka,saya boleh tahu mereka sedang sedih,gembira atau kecewa.Hakikatnya,saya sering belajar untuk berkomunikasi dihadapan orang ramai.Walaupun gementar untuk berhadapan dengan orang ramai,tapi rakan-rakan saya mengatakan yang saya sangat berkeyakinan bila berhadapan dengan orang ramai.Saya sangat suka mencabar diri saya untuk melakukan perkara yang saya tidak pernah lakukan untuk kemajuan diri sendiri.

No comments:

Post a Comment