Sunday 5 September 2010

A134420 FARAH LJ08

Tajuk kuliah pada kali ini agak istimewa kerana ia dilakukan bukan secara bersemuka malah melalui audio.Ini dilakukan bersempena ramai pelajar yang pulang kekampung sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba dalam beberapa hari sahaja lagi.Walaupun kami seronok dan bersemangat untuk pulang kekampung halaman masing-masing,namun tugasan ini tetap tidak dilupakan.Mengikut tarikh yang ditetapkan oleh pensyarah kami,beliau memberi keringanan dan kemudahan kepada kami supaya menghantar Learning Jurnal pada kali ini selepas raya.Namun,saya ingin menyelesaikan tugasan ini sebelum balik beraya kerana dikampung saya tidak ada kemudahan internet.Ini agak menyusahkan kerana kawasan kampung terletak agak jauh dari kawasan bandar.Jadi,tugasan ini terpaksa disiapkan lebih awal. Ini juga dapat memberi kemudahan kepada saya supaya saya dapat mengulangkaji dengan lebih fokus pada cuti raya nanti kerana akan manghadapi peperiksaan pada minggu pertama selepas raya.Tajuk pada minggu yang lain daripada yang lain ini adalah Emosi da Motivasi.

                        Objektif pembelajaran tajuk ini adalah untuk memahami apa itu motivasi dan memahami perhubungan diantara emosi dan motivasi. Perkataan motivasi adalah bermaksud sebab, tujuan atau pendorong, maka tujuan seseorang itulah sebenarnya yang menjadi penggerak utama baginya berusaha keras mencapai atau mendapat apa juga yang diinginkannya sama ada secara negatif atau positif.Ramai cendekiawan,usahawan dan golongan yang berjaya yang mengatakan kita perlu sentiasa memotivasikan diri untuk terus maju dan berjaya.Inisiatif diri sendiri yang membuatkan kita menjadi seorang yang postif atau negatif.Seperti yang kita pelajari dalam pembelajaran sebelum ini emosi terdiri daripada beberapa komponen emosi iaitu perasaan,proses kognitif ,perubahan fisiologi dan tingkah laku berkaitan.

                        Terdapat beberapa contoh yang berkaitan dengan pernyataan diatas,Seseorang yang melakukan pembunuhan atau motif pembunuhan,melakukan perkara itu kerana ingin mendapatkan duit untuk kepentingan diri sendiri dan juga berlaku disebabkan oleh kebencian yang amat sangat terhadap seseorang.Contoh yang lain,cinta menimbulkan perasaan suka,gembira dan seronok.Emosi ini mendorong seseorang untuk menghantar mesej pesanan ringkas dan menghubungi orang yang disayangi kerana terlalu seronok.Ini juga mendorong seseorang untuk member hadiah dan seterusnya mendirikan rumah tanggan dengan pilihan hati mereka.Saya juga mempunyai contoh peristiwa berdasarkan pengalaman yang saya lalui sendiri.Ketika dibangku sekolah,saya bukanlah merupakan pelajar yang cerdik dan aktif.Saya mempunyai seorang rakan yang suka merendah-rendahkan kekurangan diri saya dan merasakan dirinya terlalu hebat jika dibandingkan dengan diri saya sendiri.Akibat perasaan marah ,saya bertekad untuk mengalahkan dia dalam pelajaran dan mengaktifkan diri saya seboleh yang mungkin.Saya berasa sangat tercabar dengan tindaknnya yang suka merendahkan diri saya.Sejak hari itu,saya berusaha bersungguh-sunggu untuk menyaingi dia dalam setiap pepriksaan,Sikap saya yang pantang dipandang rendah orang lain itu akhirnya membuahkan hasil.Saya mendapat keputusan yang berganda-ganda lebih baik daripada kawan saya itu.Saya berasa puas namun usaha saya tidah berhenti setakat itu sahaja.Saya terus berusaha dengan lebih gigih.Akhirnya,kawan saya terdiam dengan keputusan yang saya perolehi dan dia berasa sangat dengki dengan saya.

                        Walaubagaimanapun,tidak semua keadaan,emosi menjadi pendorong.Contohnya seperti belajar kuat dan makan.Saya suka makan dan saya akan makan pada bila-bila masa tanpa mengira masa.Tetapi terdapat juga sesetengah orang yang menghadapi tekanan dan akan mengurangkan tekanannya dengan makan sepuas hati.Namun begitu,tindakan ini akan mendatangkan kesan yang buruk kepada kesihatan badan kita kerana pemakanan yang tidak dikawal akan mengundang pelbagai penyakit yang berbahaya seperti Obesiti,Diabetes,jantung dan sebagainya.Menurut teori James-Lange,tindakan akan menyusul dahulu kemudian baru diikuti dengan emosi.Sebagai contoh,apabila seseorang wanita terlihat seseorang yang mencurigakan mengikutnya dari belakang,merekan akan lari dan kemudian berasa takut.Ini sangat berbeza dengan teori Cannon,dimulai dengan emosi kemudian baru disusuli dengan tindakan.Terdapat beberapa contoh yang berkaitan dengan teori ini,saya pernah terlihat seorang pesakit mental yang berlegar-legar ditepi jalan sambil menghunus sebilah parang kepada orang ramai.Saya berasa sangat takut lalu saya terus menghampiri ayah saya untuk mendapatkan perlindungan.

                        Tajuk ini banyak memberi maklumat kepada kita bahawa kebanyakan tindakan kita didorong oleh emosi.Hal ini dapat menunjukkan emosi dan motivasi mempunyai perkaitan antara satu sama lain.Sebagai contoh seperti yang sering berlaku dalam kehidupan seharian,juga terdapat dalam drama-drama yang ditayangkan ditelevisyen,apabila kita mengalami perasaan sedih dan kecewa,ada dalam kalangan mereka yang sanggup membunuh diri sendiri dengan terjun dari bangunan dan mengelar tangan sendiri.Baru-baru ini,di Kelantan,terdapat seorang bapa yang telah menyembelih anaknya sendiri yang berumur 3 tahun.Lelaki ini disyaki merupakan pesakit mental dan diberitahu oleh isterinya bahawa dia tidak mengambil uba-ubatan selama 3 bulan.Mungkin hal ini berlaku disebabkan tekanan.Daripada peristiwa ini,kita boleh lihat emosi tekanan yang dialami oleh lelaki ini telah mendorongnya untuk melakukan pembunuhan.Oleh itu,kita perlu pandai mengawal emosi dan memastikan diri kita dapat bertindak secara waras dan tidak melakukan perkara diluar tabii.

No comments:

Post a Comment