Thursday 2 September 2010

A134420 FARAH LJ07

Pada minggu seterusnya ini,kami telah mempelajari semakin mendalam tentang Pengurusan Emosi.Kali ini berkenaan tajuk Emosi dan Ingatan.Tajuk ini agak ringkas dan senang difahami.Banyak peristiwa atau pengalaman yang boleh dikaitkan dengan hal ini malah kita manghadapinya hampir setiap hari.Tidak kira lelaki atau perempuan akan mengalami pelbagai manusia kerana itu lumrah kehidupan sebagai manusia.Mungkin cara mengatasi dan mengawal emosi agak berbeza dengan orang lain.Dalam tajuk ini,kita akan melihat perbezaan antara lelaki dan wanita.Berdasarkan fakta ini,wanita berpotensi untuk mengingati sesuatu peristiwa lebih baik daripada lelaki.Saya sangat setuju dengan hal ini kerana saya mempunyai ramai kawan lelaki dan sedikit sebanyak saya dapat menyelami apa yang mereka lalui dalam kehidupan seharian mereka.Minggu ini bagi saya adalah minggu yang agak memenatkan kerana banyak perkara yang perlu diselesaikan dan disegerakan sebelum pulang beraya kat rumah.Namun,saya gagahi juga untuk meneruskan pembelajaran ini walaupun ada ketikanya saya terlelap.Berikut menunjukkan pengalaman yang dialami oleh saya dan sebagai contoh kepada fakta diatas.

                        Sebagai contoh yang sering dialami oleh saya.Sewaktu saya menghadiri satu Program Integrasi disalah sebuah kem diSelangor.Saya dan salah seorang kawan lelaki ini merupakan satu kumpulan.Sampai sekarang,saya masih ingat lagi setiap peristiwa yang berlaku sewaktu kem itu,tetapi kawan lelaki saya itu hanya sekadar ingat-ingat lupa.Ini sesuai dengan fakta sewaktu peristiwa mudah diingati apabila melibatkan sesuatu emosi.Kenyataan ini sangat tepat kerana saya sangat seronok dan ada juga mengalami kesedihan sewaktu menjalani kem itu.Pada hakikatnya,kita lebih senang mengingati sesuatu peristiwa yang melibatkan emosi seperti sedih,seronok,tekanan,takut dari aktiviti yang membosankan dan pasif.Pasti ramai yang menyokong kenyataan ini.

            .Saya teringat sesuatu peristiwa yang telah berlaku kepada mak cik dan pak cik saya.Ketika mereka mengingat kembali peristiwa pada hari bahagia mereka iaitu ketika hari perkahwinan mereka.Apabila mereka diminta menceritakan balik setiap peristiwa yang berlaku pada hari bersejarah itu,pak cik saya tidak dapat menceritakan dengan terperinci,namun mak cik saya menyambung setiap rentetan peristiwa itu dengan sebaiknya.Kami sangat teruja dengan ceritanya itu.

                        Emosi dan perasaan seperti tangisan, gelak ketawa, kesedihan dan ketakutan

mencorakkan warna kehidupan, membentuk sikap dan personaliti serta menggerakkan

arah hidup manusia. Perkataan emosi berasal dari perkataan Greek "emovere" yang

membawa maksud 'untuk keluar'. Emosi akan ditonjolkan keluar sebagai satu

bentuk bagi memenuhi kepuasan seseorang. Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu

keadaan yang dialami oleh manusia yang melibatkan beberapa perubahan proses

fisiologi, diri dan psikologi. (Mohmood Nazar Mohamad, 1992). Hurlock (1973), mengatakan bahawa masalah emosi juga perlu dilihat dari

aspek kesannya ke atas individu, masyarakat dan juga negara. Gangguan dan

ketegangan emosi yang tinggi atau berterusan bukan hanya mempengaruhi tingkah

laku tetapi juga sikap dan keadaan psikologikal, nilai dan kebolehan mereka.

Erikson (1968) mendapati bahawa keadaan kritikal dalam diri seseorang

pelajar boleh mempengaruhi keadaan emosi pelajar tersebut. Piaget (1950) pula

berpendapat bahawa domain kognitif dan kesannya mempengaruhi perkembangan

intelek pelajar yang seterusnya mempengaruhi emosi menerusi persepsi, pembelajaran

dan ingatan. Teori Perkembangan Etika dan Kognitif oleh Perry (1970) mendapati

bahawa emosi pelajar dipengaruhi oleh sistem nilai diri dan nilai komitmen dari

dalam dirinya. Kholberg (1969) menjelaskan bahawa perkembangan kognitif dapat

membawa kepada kemajuan dalam penyelesaian masalah dan pilihan moral.Ini menunjukkan emosi dan ingatan berkait rapat antara satu sama lain.

                        Mengingati adalah lebih senang jika emosi anda bertepatan dan bersesuaian dengan pengalaman yang dialami dan ketika mempelajari sesuatu maklumat.Sebagai contoh,jika anda seronok hadir kekuliah setiap hari dan anda sentiasa fokus kepada apa yang diajar oleh pensyarah,kita akan lebih mudah mengingati.Oleh kerana itu,guru-guru kita selalu mengatakan yang kita kena seronok dan ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara.Jika sesuatu peristiwa melibatkan sesuatu emosi yang kuat,maka semakin juga kesannya kepada memori kita.

                        Sekarang kita akan mempelajari dengan lebih mendalam tentang perbezaan umur dan jantina dalam hal ini.Seperti yang saya katakan tadi,terdapat cara yang berbeza lelaki dan perempuan memproses memori emosi.Perempuan adalah lebih cenderung untuk mengingati sesuatu peristiwa dengan lebih baik dan memori emosi.Mereka juga cenderung untuk melupakan sesuatu maklumat dengan lebih cepat .Kesimpulannya.emosi dan perhatian berkaitan dengan fenomena yang berlaku.

No comments:

Post a Comment