Thursday 16 September 2010

A134394 Amal LJ08

Pada jurnal kali ini, kita akan membincangkan tentang emosi dan motivasi. Emosi dan motivasi dipecahkan kepada 5 perkara iaitu, aktiviti neuron, respon hormon, reaksi psilogikal, persediaan perangai, dan menganalisis kognitif.Hanya dua sistem di dalam badan manusia yang berkemampuan untuk membuat keputusan iaiti minda dan hati. Tetapi antara keduanya,minda lah yang akan menguasai segalanya. Ini kerana minda tidak akan dipengaruhi oleh hati.
Emosi mampu mempengaruhi sesuatu keputusan yang akan dibuat oleh seseorang.Jika seseorang sedang berada dalam keadaan emosi yang tidak stabil, maka hendaklah dia tidak membuat keputusan pada saat itu. Kita boleh mengesan kesan motivasi dalam keputusan yang kita lakukan menggunakan kaedah ruang empati panas-sejuk(kita tidak akan membincangkan tentangnya disini)
Emosi yang tidak stabil akan mempengaruhi kehidupan seharian seseorang. Contohnya seperti emosi negatif(sentiasa memerhatikan orang disekeliling dengan teliti), emosi tenang(sentiasa membuatkan oarang disekeliling berasa selesa) emosi positif dan takut.
Kesimpulannya, biarlah kita menjadi seseorang yang memberikan motivasi kepada orang-orang disekeliling kita. Sentiasa senyum kepada orang disekeliling kita agar mereka mendapat aura yang akan membuatkan mereka sentiasa gembira.

No comments:

Post a Comment