Friday 24 September 2010

A134381 Abu Bakar LJ09

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan, bertemunya kita kembali
dalam meneruskan pembelajaran dalam kursus pengurusan emosi setelah bercuti
selama 2 minggu menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tajuk pengurusan emosi pada
minggu ini ialah Emosi, Personaliti Dan Tingkahlaku. Tajuk kuliah pada minggu
ini begitu menarik sekali minat saya kerana saya dapat mempelajari mengenai
personaliti diri dengan lebih mendalam. Sehubungan dengan itu, kita dapat
ketahui hubungan antara emosi manusia dan personaliti yang akan ditonjolkan.
Maka dengan itu, jika emosi seseorang itu terganggu, maka ia akan menjejaskan
personaliti kita sekaligus dapat memberikan impak yang buruk pada diri kita.
Daripada pembelajaran, kita dapat memahami lebih dekat mengenai emosi dengan
mengikut jenis dan intensiti
Sehubungan dengan itu, pada permulaan kuliah kami telah menonton video mengenai
dua personaliti yang berbeza iaitu Type A dan Type B. Melalui tontonan video
tersebut kami dapat membezakan antara dua jenis personaliti berikut antaranya
jika Type A merupakan seorang yang sempurna seperti mereka ini seorang yang
rajin, suka menepati masa, berdisiplin dan sentiasa berfikir dan membuat
keputusan yang mudah manakala Type B pula, seorang yang gagal, iaitu seseorang
yang teburu-buru, seorang yang suka menangguh kerja, dan lain- lain. Selain itu,
emosi mempunyai tiga komponen yang utama iaitu perasaan, perubahan tubuh dan
kecenderungan tindakan seseorang. Jadi perbezaan ini dapat dikaitkan dengan
personaliti individu itu sendiri yang dipengaruhi oleh emosi yang ada pada masa
tertentunya tidak dapat dihalang.
Dalam konteks personaliti, terdapat pelbagai teori yang dikemukakan. Salah satu
daripadanya adalah Myer-Briggs Type Indicator (MBTI). MBTI adalah satu instrumen
yang digunakan secara meluas untuk mengukur tahap dan jenis personaliti setiap
individu. Ia diklasifikasikan kepada empat bahagian iaitu eksrovert vs introvert
(E dan T), sensing vs intuitive (S dan N), thingking vs feeling (T dan F) dan
judging vs perceiving (J dan P). Teori jenis ini menerangkan personaliti
individu apabila berhadapan dengan sesuatu keadaan ataupun dengan orang ramai.
Bagi kesemua jenis-jenis personaliti yang telah dikemukakan oleh Myer-Briggs
Type Indicator (MBTI) Dr Zamri telah membuat ujian bagi setiap pelajar di dalam
kelas untuk mengetahui tahap personaliti masing-masing. Maka dengan menjalani
beberapa ujian, kami dapati setiap individu mempunyai tahap personaliti yang
berbeza. Apa yang dapat kita simpulkan, bagi personaliti Extroverted ialah bagi
mereka yang suka menonjol dalam kalangan orang ramai, seorang yang sosial dan
seseorang yang suka bergaul dan mudah dikenali manakala personaliti introverts
pula merupakan seorang individu yang pendiam,pemalu dan kurang bergaul dengan
orang ramai dan ada masa tertentunya lebih suka bersebdirian di tempat yang aman
tanpa gangguan. Setelah membuat ujian tersebut didapati didalam kuliah, Dr Zamri
dapati kebanyakan mereka merupakan seorang yang Introverted.
Berbeza pula dengan intuitives dan sensitives, sifat intuitive ini adalah
berkaitan dengan individu itu tidak suka akan perkara-perkara remeh dan melihat
sesuatu itu hanya secara global manakala personality sensitives pula ialah
seorang yang sangat praktikal, memberikan sepenuh perhatian dan membuat kerja
dengan teliti. Sebagai contoh, jika dia terpilih sebagai ketua kumpulan maka dia
akan berusaha sedaya upaya akan membuat kerja tersebut dengan lebih teliti dan
efisien. Melalui thingking vs feeling pula, thinking lebih mencirikan sifat
suka menggunakan alasan dan logik sebagai sumber utama penyelesaian masalah dan
feeling pula lebih bersifat emosi dan menggunakan kata hati. Terakhir adalah
judging vs perceiving. Judging adalah sifat yang sukakan sesuatu kehidupan yang
teratur dan berstruktur. Kebanyakan individu jenis ini, kehidupan mereka adalah
lebih teratur berbanding individu yang bersifat perceiving. Perceiving adalah
individu yang bersifat spontan dan kehidupan mereka adalah jenis fleksibel dan
tidak teratur.
Terdapat lima model yang diperkenalkan,iaitu dikenali dengan The Big Five Model
iaitu extroversion, agreeableness, conscientiousness, emotional
stability dan openness to experience. Extroversion merujuk kepada keselesaan
seseorang mengenai sesuatu perhubungan manakala agreeablenesspula merujuk kepada
kecenderungan individu itu berbeza daripada orang lain. Selain
itu, conscientiousness pula merujuk kepada individu yang boleh diharap dan
kebolehan seseorang dalam menangani tekanan tergolong dalam modelemotional
stability. Openness to experience pula adalah jenis individu yang terbuka untuk
menerima atau mengalami sesuatu perubahan dalam hidup mereka. Kesimpulannya,
setlah mempelajari tajuk ini saya dapat mengenali personaliti sebenar saya
sekaligus dapat memperbaiki kelemahan dalam diri setiap individu itu sendiri.

No comments:

Post a Comment