Saturday 25 September 2010

A134329 NUR AFIFI LJ09

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Pada minggu yang ke 9, saya telah memahami tajuk emosi ,personaliti dan tingkahlaku.Objektifnya,saya akan dapat memahami pendekatan pengelasan emosi mengikut jenis dan intensiti dan memahami perhubungan di antara emosi, personaliti dan tingkahlaku.Terdapat tiga komponen utama emosi iaitu perasaan,perubahan tubuh dan kecenderungan tindakan. Reaksi emosi akan berbeza walaupun peristiwa yang sama berlaku.Perbezaan ini ada berkaitan dengan personaliti individu.Oleh itu, emosi & personaliti berguna dari segi membezakan individu.


Apakah maksud sebenar personaliti?Personaliti bermaksud satu kombinasi berkaitan psychological yang selalu kita kelaskan dan tafsir tentang seseorang dari segi karakter seperti pendiam ,pasif,agresif dan lain lain.


Saya juga belajar tentang sifat yang bertentang.Contohnya,extroverted vs. introverted.Extroverted bermaksud bersikap terbuka ataupun bersosial.Manakala ,introverted bemaksud pendiam dan pemalu.Selain itu, sensing vs. intuitive,thinking vs. feeling,dan judging vs. perceiving.Terdapat lima model iaitu extroversion, agreeableness, conscientiousness,emotional stability,dan openness to experience.


Ada satu gambar dimana ada tiga anak kecil.Ada dua anak kecil ini bercium,dan seorang itu berasa geram. Tidak semua merasa lucu atau tersenyum melihat gambar tersebut dan sudah tentu terdapat perbezaan reaksi emosi walaupun pada peristiwa yang sama.


Keadaan dan gaya emosi.Antaranya, Keadaan emosi vs tret emosi. Keadaan Emosi (ES) adalah transitory, lebih bergantung kepada situasi daripada individu yang spesifik.Manakala, Tret Emosi (ET) adalah pola reaksi emosi yang konsisten dipamerkan oleh individu dalam banyak situasi kehidupan.


Semakin dekat setiap dua emosi satu sama lain pada kontinum, semakin banyak orang mungkin adalah untuk mengelirukan mereka.Contohnya ,bahagia,kejutan,takut,sedih,marah dan menyampah. Saya juga belajar mengenai mempengaruhi,emosi dan mood.

 

Secara konklusinya,saya belajar mengenai  emosi versus sifat-sifat emosional,pendekatan kategoris versus dimensi,emosional kandungan versus gaya emosional dan gaya berinteraksi dalam orang untuk menghasilkan kelainan yang berbeza dari kehidupan emosional.

Saya minta maaf sekiranya ada kekurangan dalam jurnal ini.

Sekian terima kasih


Maaf ayahlong,saya tidak hadir untuk kuliah  ini.tapi saya buat shaja.Maaf ya.

Assalamualaikum.end#


No comments:

Post a Comment