Wednesday 15 September 2010

A134329 NUR AFIFI LJ08

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

    Pertama sekali saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf zahir dan batin kepada mahasiswa dan mahasiswi UKM dan tidak dilupakan juga kepada Ayahlong.

    Pada minggu ini,secara online,saya telah mempelajari tajuk yang ke lapan iaitu emosi dan motivasi.Objektif saya mempelajari tajuk ini adalah untuk memahami apa itu motivasi dan yang penting sekali ,memahami perhubungan di antara emosi dan motivasi.
Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu nada yang efektf. Sama ada positif atau negatif dan tak akan neutral. Motivasi pula boleh didefinisikan sebagai pembelajaran tentang arah dan tenaga dari segi aspek tingkahlaku.

    Terdapat empat komponen emosi iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi, dan tingkahlaku berkaitan. Oleh itu, emosi lebih luas maknanya dari perasaan. Mengikut Baron & Logan,1993, emosi juga tidak dapat dipisahkan dari motivasi. Tetapi berdasarkan pendapat Lang et al,1992, emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi emosional .

    Antara contoh emosi sebagai motivasi, pertama kes pembunuhan. Motif pembunuhan adalah untuk mendapat duit dan juga disebabkan kebencian(emosi). Kes pembunuhan yang hangat diperkatakan sekarang iaitu kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik iaitu Puan Sosilawati dan 3 orang yang lain . Mereka berempat berurusan tanah di Banting dan disyaki membawa 4 juta ringgit Malaysia.

Contoh yang kedua ialah cinta akan memotivasikan seseorang untuk terlibat dalam tingkahlaku tertentu seperti  meng'sms', menelefon, memberi hadiah dan akhirnya  mendirikan rumahtangga. Tetapi tidak semua keadaan, emosi mendorong motivasi dan  tidak semua motivasi  berasaskan kepada emosi. Sebagai contoh, belajar kuat (achievement motive) dan makan (hunger motive)

    Seterusnya saya cuba memahami emosi sebagai respon asas. "Emotions serve as our body's adaptive response to events in the environment and they assist in communicating our intentions to others". Perasaan membawa kita kepada sesuatu tindakan seperti bergerak, dan mengambil langkah yang sepatutnya.

    Motivasi juga ada teori dan konsepnya. Motivasi adalah satu faktor dalaman atau luaran sesuatu organisma  yang akan menyebabkan organisma itu melakukan sesuatu tindakan atau tingkahlaku pada masa yang tertentu. Konsep yang lain adalah  instinct, arousal ,humanistic theory, dan unconscious motivation.

    Sudah tentu emosi dan ingatan melibatkan otak terutama di bahagian hypothalamus. Bahagian lain yang terlibat adalah cerebral cortex,portion of limbic system ,pituitary gland, dan  brainstem. Saya juga mempelajari tentang incentives yang memberi maksud satu faktor yang mendorong kita untuk bertindak. Terdapat tiga jenis incentives iaitu financial, moral,dan  coercive.

Selain itu, Teori Humanistik, Abraham Maslow mencadangkan bahawa  "motives are divided into several levels from basic survival needs to psychological and self-fulfillment needs". Secara konklusinya, dalam tajuk ini ,"emotion emphasizes arousal, while motivation emphasizes action."


Minta maaf sekiranya jurnal ini terdapat kelemahannya.Sekian terima kasih.end#



No comments:

Post a Comment